BAB 10 🦩

41 3 0
                                    

Ilham sandarkan badan ke palang pagar balkoni biliknya. Kedua tangan naik meraup rambut yang masih basah. Walaupun dihalang uminya namun Ilham tetap berkeras mahu pulang ke rumahnya sendiri. Dia sudah cukup sihat untuk memulakan kerja. Cukuplah dua hari dia berehat.

Setelah Dahlia pulang tengah hari tadi, dia bertanyakan perihal gadis itu kepada uminya.

"Lia dah 4 bulan kerja dekat sini. Dia datang tiga kali seminggu. Bila dia datang, si kembar ni ada, memang gamatlah rumah. Dia suka si kembar, kembar pun suka dia."

"Kan, umi? Iman dengan Imani tu bukan jenis peramah dengan orang yang dia tak kenal tapi dengan Lia cepat je diorang ngam", sambung Intan. Dia juga ikut senang dengan keperibadian Dahlia. Gadis itu masih muda namun matang.

"Baik budaknya, umi suka. Kalaulah umi ada anak lelaki yang belum kahwin, mesti umi dah masuk meminang Dahlia tu", Wajah Puan Zanariah kelihatan mendung. Kalaulah anak sulongnya, Imran belum berkahwin, mahu sahaja dijodohkan mereka bersama.

"Umi lupa ke anak umi ni lelaki dan masih belum bernikah?", ucap Intan. Matanya dijelingkan kepada Ilham. Ilham yang mendengar hanya diam. Nafas dihela perlahan.

"Entahlah Intan... kalaulah anak umi ni nak kahwin, dah lama Lia tu jadi menantu umi. Tapi masalahnya dia tak nak kahwin. Duk berharap pada yang dah tak ada. Entah-entah umi ni tutup mata dulu barulah dia nak ada pengganti", suara lirih Puan Zanariah kedengaran lemah. Sungguh dia terkilan dengan penerimaan anak lelakinya itu dengan kehilangan kekasihnya. Susah benar Ilham mahu meneruskan kehidupannya. Sudah berbuih mulutnya menasihati Ilham, namun anak bongsunya itu seakan hanyut dengan cintanya kepada insan yang telah tiada.

"Umi bagi Am masa", tanpa riak Ilham bersuara. Mahu menyedapkan hati uminya.

Jauh disudut hatinya, dia kecewa apabila sudah mengecewakan wanita yang sudah melahirkannya namun buat masa sekarang Ilham tidak mampu menunaikan permintaan uminya. Hati dan cintanya masih kuat untuk Angel. Mana mungkin dia boleh menerima wanita lain dalam hatinya.

Ilham hela nafas berat. Rokok yang berada diatas meja dicapai lalu diletakkan dibibirnya. Lantas rokok dinyalakan. Ilham jarang merokok. Tersangatlah jarang malah dia bukanlah perokok namun sejak kematian Angel, dia mencari ketenangan dengan menghisap rokok.

Begitu juga dengan malam ni. Ketenangan yang sudah lama dirasai lenyap setelah mendengar kata-kata uminya. Rokok disedut rakus sebelum lebihan ditonyoh kedalam ashtray. Ilham mengeluh lagi. Otaknya terasa berat saat ini lantas kakinya dibawa masuk kebilik.

•*•*•

      Bayu sejuk malam yang menampar wajah mulus Dahlia bagaikan mengerti keadaan hatinya yang dingin. Dahlia mengeluh perlahan. Perjumpaan dengan doktor yang merawat Daiyan pada tengah hari tadi menghenyak tangkai hati Dahlia. Air mata yang mengalir dibiarkan kering sendiri.

      "Daiyan perlu buat pembedahan jantung dengan segera. Kalau terlambat boleh membahayakan kesihatannya, lagi pula Daiyan perlu menjalani kimoterapi yang memerlukan dia sentiasa dalam keadaan sihat", terang Doktor Suraj.

Dahlia gengam kedua tangan yang berada diribanya. Terasa lemah seluruh badannya. "Berapa kos yang perlu saya bayar, Doktor?", tanya Dahlia lemah.

"Untuk pintasan jantung anggaran dalam RM15 ribu belum termasuk apa-apa cas lagi." Anak mata Doktor Suraj memandang tepat ke wajah gadis dihadapannya. Simpatinya tumpah pada gadis itu.

Membulat mata Dahlia saat mendengar omongan Doktor Suraj. RM15 ribu?! Matanya berkaca. 'Ya Allah.. mana nak cari duit sebanyak itu?'

Pelipis diurut perlahan. Keluhan dilepaskan lagi. Nampaknya dia perlu berkerja lebih keras. Demi adiknya yang satu itu, Dahlia sanggup melakukan apa sahaja.

•*•*•

Tukk... Tukk... bunyi ketukan dipintu kaca mematikan jemari Ilham yang sedang berlari diatas papan kekunci komputer.

Ilham angkat wajah menoleh kearah lelaki yang sedang menghampiri meja kerjanya. Kening diangkat kearah Johan sebagai pertanyaan akan tujuan sahabatnya datang ke biliknya.

"Aku jumpa Amir semalam." Tanpa disuruh, punggungnya dilabuhkan diatas kerusi dihadapan Ilham.

"So?" Tanpa riak Ilham memandang wajah Johan.

Johan mendecit. "Dia ajak pergi majlis kahwin dia. Dia datang sini bagi kad tapi kau cuti, so dia wakilkan aku jelah bagi kad ni pada kau." Johan hulurkan sekeping sampul berwarna putih kepada Ilham. Tertera namanya disampul itu. Sampul diambil dan dibuka. Sekeping kad berbunga dikeluarkan.

AHMAD AMIRUDDIN BIN AHMAD ALI
&
SHARIFAH ANNISA BINTI SYED ABU HASSAN

Ilham kerut dahi. Anak mata ditalakan kearah Johan. "Annisa?" Johan angguk kepala. Siku dinaikkan keatas meja. Bibirnya mengorak senyum sinis.

"Nampaknya dia dah move on dari kau. Dia pilih kawan kau pula tu." Dia ketawa kecil.

"Good for her. Aku memang tak akan ada hati dengan dia." Kad dimasukkan kembali kedalam sampul. Johan angguk. Sedar bahawa Ilham tidak akan menerima cinta wanita itu walau sejauh mana Annisa mengejarnya. Hati sahabatnya sudah dibawa pergi oleh Angel bersama jasadnya.

     Masih segar diingatan Johan, pada akhir semesta pengajian mereka diuniversiti, Annisa meluahkan perasannya kepada Ilham, namun lelaki itu menolak kerana sudah menjalinkan hubungan dengan Angel. Satu universiti tahu hubungan cinta Ilham bersama Angel, namun Annisa masih berani meluahkan perasaannya tanpa takut ditolak.

     Beberapa bulan setelah kematian Angel, Annisa sekali lagi meluahkan perasaannya terhadap Ilham, namun Ilham tetap menolak dengan alasan dia masih mencintai Angel. Siapa sangka seorang Annisa tidak berputus asa. Dua tahun dia mengejar cinta Ilham sehinggalah akhirnya dia sendiri mengundurkan diri setelah diberi amaran oleh Ilham agar berhenti menganggunya.

     Dan kini Annisa akan berkahwin dengan kawan satu universiti meraka sendiri iaitu Amir. Sejujurnya Johan tumpang gembira, sekurang-kurangnya Annisa sudah menemui kebahagiannya. Dan dia juga tidak jemu berdoa supaya sahabatnya, ilham juga menemui kebahagiannya yang lain.

Bersambung....

•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•

~ Terima kasih sudi baca. 💕
~ Kalau suka, bolehlah vote 🤭

•*•*•

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now