BAB 1 🦩

78 3 2
                                    

⚠️TRIGGER WARNING ⚠️
- Bunuh diri merupakan dosa besar dalam agama Islam!
~ Dilarang meniru aksi yang tidak baik!-

•*•*•

"Lia jaga diri baik-baik, ya? Mama pergi sekejap. Nanti mama balik. Lia janji jaga adik, ya?" Senyuman manis dihadiahkan buat kanak-kanak berusia 9 tahun itu. Pipi Dahlia yang sudah basah dengan air mata itu diusap lembut sebelum dicium lama.

     Setelah ciuman dilepaskan, dia tunduk kepala kearah kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang sedang memegang erat tangan kakaknya, Dahlia. Kepala Daiyan diusap lembut sebelum dicium ubun-ubun anak bongsunya sebelum beralih kepada kedua belah pipi pula.

     Lama dia tunduk merenung wajah kedua anaknya. Air mata yang ditahan akhirnya jatuh dipipi. Lantas dia berpaling ke belakang. Langkah diatur kehadapan. Palang besi dipanjat. Kini tubuhkan sudah berada dibelakang palang besi diatas jambatan.

     Dahlia sudah menangis teresak-esak manakala Daiyan yang memerhatikan tingkah mamanya hanya diam. Wajah mama dan kakaknya dipandang silih berganti.

     Atirah menoleh sejenak kearah kedua anaknya. Air mata semakin lebat mengalir ke pipi. Tubuhnya yang mengigil akibat kesejukkan malam dan angin kuat yang menerpa. Pegangan dipalang besi dikemaskan.

     Atirah berpaling semula kebelakang, kearah anak-anaknya. Lama wajah kesayangannya dipandang. "Maafkan mama, sayang. Mama sayang Lia dan Daiyan", ucapnya dalam tangisan kuat. Genggaman tangan dipalang besi lepaskan.

     Bushhh....!!! Bunyi kuat yang terhasil diatas permukaan air akibat dari sesuatu yang jatuh.

     "Mama!!" Dahlia tarik tangan adiknya kearah palang besi jambatan. Kepalanya dijenguk kebawah. Ada percikan air yang besar diatas permukaan air.

     "Mama..!!" Tangisannya yang kuat menyentakkan Daiyan yang terpinga-pinga. Dahlia jatuh terjelepuk diatas jambatan itu. Daiyan yang melihat kakaknya menangis, memeluk kanak-kanak perempuan itu.

     "Tak apa kakak, Daiyan ada." Pujuknya polos.

    "MAMA...!!"

     "Astarofirullah Al-Azim..." Dahlia bangun dari baringan. Wajah yang dibasahi peluh diraup kasar. Mulutnya tak lepas beristighfar. Mimpi buruknya datang lagi.

     Jam didinding dikerling, pukul 4 pagi. Lalu dia bangun dan tuala yang tersangkut pada pintu diambil dan kakinya melangkah ke luar bilik untuk ke bilik air yang terletak didapur perumahan flat itu.

Usai membersihkan diri, dia masuk ke dapur. Peti sejuk dibuka dan beberapa bekas berisi karipap sejuk beku diambil. Karipap berinti kentang itu dibuat semalam untuk jualan hariannya. Karipap itu akan diletakkan dikedai Mak Ucu, penghuni flat yang berniaga sarapan pagi.

Hampir sejam mengoreng karipap, Dahlia masuk ke bilik untuk bersiap. Baju kemeja putih berlengan panjang dan seluar slack biru disarungkan ke tubuh. Tudung bawal hitam hanya disilang sederhana. Beg galas lusuh yang sudah 2 tahun digunakan diambil dan disandang ke belakang.

     Karipap yang sudah disusun didalam bekas dimasukkan ke dalam beg plastik. Kasut disarung dan pintu dikunci. Langkahnya dibawa kearah lift.

     Sampai sahaja dibawah perumahan flat, Dahlia mendekati gerai kecil Mak Ucu.

     "Assalamualaikum, Mak Ucu. Ni ha karipap. Harini 50 biji je, Mak Ucu." Tangannya ligat mengambil bekas besar dibawah meja dan menyusun karipap didalamnya.

"Waalaikumusalam.. sikitnya Lia. Kang pelanggan complaint karipap cepat habis. Sudahlah karipap Lia tu sedap." Bebel Mak Ucu sambil membungkus nasi lemak.

"Maaflah, Mak Ucu. Semalam Lia balik lambat, tak sempat nak buat banyak-banyak." Dahlia sengeh menampakkan giginya yang tersusun cantik. Biasanya dia akan menghantar lebih 50 hingga 80 biji karipap sehari. Dan dia bersyukur karipap inti kentangnya selalu habis dijual. Kalau tak habis pun hanya beberapa biji sahaja dan sudah dipesan kepada Mak Ucu supaya disedekahkan kepada sesiapa sahaja.

"Jaga diri kamu tu, Lia. Jangan kerja kuat sangat. Jangan balik lambat sangat, bahaya. Kamu tu perempuan", pesan Mak Ucu sambil menghulurkan plastik berisi nasi lemak untuk Dahlia. Hati tuanya risau dengan gadis berusia 20 tahun itu. Muda-muda dah bekerja keras menyara hidupnya.

Dahlia senyum manis. Terharu dengan pesanan Mak Ucu. "InsyaAllah Mak Ucu, Lia jaga diri baik-baik. Lia pergi dulu, ya? Terima kasih, Mak Ucu. Assalamualaikum", kekura tangan tua Mak Ucu dikucup lembut. Wanita lewat 50-an itu sudah dianggap seperti ibunya sendiri.

"Waalaikumusalam... hati-hati, Lia." Bahu Dahlia ditepuk lembut. "Okey." Senyuman manis dihadiahkan untuk Mak Ucu.

Langkah kakinya dibawa ke parkir motosikal. Kunci motosikal dikeluarkan dari poket seluar dan enjin dipanaskan.

Bunyi enjin yang bingit mengundang beberapa mata yang lalu lalang memandang kearahnya. Maklumlah motosikal skuter secondhand yang dibeli sejak 4 bulan lepas menggunakan duit gajinya yang dikumpul sejak berusia 14 tahun. Tak adalah buruk sangat dan tidaklah baru.

"Hai, Lia", suara garau kedengaran digegendang telinga Dahlia yang sudah pun memakai helmet. Kepalanya ditoleh kearah suara itu. Senyumannya melebar saat matanya terpandang wajah Afiq. "Nak pergi kerja dah?", sambungnya.

"Aah nak pergi dah. Kau tak kerja ke harini?" Soalnya sambil menyarungkan sweater.

"Kerja shift petang harini. Karipap kau dah ada?" Langkah didekatkan kearah Dahlia yang sudah berada diatas motosikal.

"Ada tapi harini tak banyak. Kalau kau nak cepatlah pergi warung Mak Ucu, kang habis menangis Milah tu, aku tak tahu." Dahlia ketawa halus.

     Afiq ikut ketawa dengan ucapan Dahlia. Jamilah adik bongsunya yang mengidap Down Syndrome itu sangat mengemari karipap kentang Dahlia. Boleh dikatakan sarapannya tiap hari hanyalah karipap yang dibuat Dahlia. Pernah dia berikan karipap orang lain namun adiknya itu menjerit dan mengamuk mahukan karipap air tangan Dahlia.

     "Hati-hati, Lia. Apa-apa call aku." Pesan lelaki itu. Dahlia hanya angguk kepala sambil tersenyum.

Bersambung....

•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•

~ Macam yang penulis nyatakan yang Dahlia Untuk Dahlia sudah digarap/diolah semula jalan ceritanya cuma penulis kekalkan nama watak sahaja.
~ Diharapkan cerita ni menarik untuk bacaan uolls.
~ Kalau rasa menarik, bolehlah vote. 🤭

•*•*•

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now