Usai solat Zuhur, Dahlia berbaring diatas katil. Kipas yang berputar laju, Dahlia pandang. Dia mengeluh perlahan. Puas dipujuk Puan Zanariah agar membenarkan dia menyambung pekerjaannya namun wanita itu berkeras mahu Dahlia berehat hingga habis waktu berkerja. Lagi 2 jam waktu kerjanya habis. Sudahnya Dahlia hanya baring diatas katil empuk dibilik tetamu rumah mewah itu.
Puas dipejamkan mata agar tidur namun Dahlia tidak biasa tidur petang. Kalau dulu selepas balik kerja sebagai tukang cuci, dia akan berkerja dikedai makan dari pukul 8 malam hingga 12 malam sebagai pembancuh air. Namun sejak kesihatan Daiyan semakin membimbangkan, Dahlia mengambil keputusan untuk berhenti agar dia ada banyak masa untuk melawat adiknya.
Megingatkan Daiyan membuatkan bibir Dahlia lorek senyuman. Satu-satunya darah daging yang dia ada. Dia tak kenal saudara mara kerana Mama adalah anak yatim piatu. Saudara sebelah papa pula dia tidak pasti bahawa mereka wujud atau tidak.
Dahlia selalu menyalahkan dirinya kerana penyakit Daiyan. Seperti dia gagal menjadi seorang kakak yang baik. Dia bukan sahaja tidak mampu memberikan kemewahan kepada adiknya malah dia masih tidak mampu memberikan perubatan yang sewajarnya buat Daiyan.
Daiyan yang disahkan menghidap Leukemia sejak berusia 2 tahun, ketika mama didalam fasa kesedihan kerana papanya mengambil keputusan untuk tinggalkan mereka tanpa khabar berita. Mama digantung tak bertali sehingga hujung nyawanya. Wajah papanya juga Dahlia lupa kerana tiada sekeping pun gambar dalam kenangannya.
Dahlia mengeluh berat. Sakit kepalanya bertandang saat kenangan lama berlegar difikiran. Sebolehnya dia mahu melupakan namun kenangan pahit itu seakan pita rakaman yang sentiasa dimainkan.
Bunyi telefon mematikan lamunan Dahlia. Dia bangun dari pembaringan dan duduk dibirai katil. Tangannya lantas mengambil telefon yang berada dalam beg sandangnya. Dahinya berkerut saat nama pemanggil dibaca. Butang ANSWER ditekan.
"Assalamualaikum, Kak Ana. Ada apa akak call?" Senyuman manis dilorek walaupun tahu jururawat bernama Ana itu tidak dapat melihatnya.
"Waalaikumusalam.. Lia, boleh datang hospital sekarang tak? Daiyan..."
"Kenapa dengan Daiyan, kak?!" Belum sempat Ana habiskan ayat, suara cemas Dahlia sudah memotong ayatnya.
"Daiyan tak sedarkan diri. Oksigen dia drop. Doktor sedang usaha nak selamatkan Daiyan. Doktor minta kami hubungi Lia", tenang suara Ana supaya Dahlia tidak panik. Namun sangkaannya meleset apabila sudah kedengaran tangisan halus Dahlia.
"Lia...", panggil Ana lembut. Walaupun sudah biasa menyampaikan berita kurang enak tentang keadaan pesakit kepada ahli keluarga namun hatinya tetap rapuh lagi-lagi perihal Daiyan yang sudah dianggap seperti adik sendiri.
"Lia datang sekarang!" Dahlia terus mematikan panggilan. Beg sandang diambil dan dia keluar dari bilik yang berada di tingkat bawah itu.
Langkah kakinya dibawa kearah ruang tamu. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat Puan Zanariah. Saat matanya terpandang wanita itu yang sedang berada didapur, Dahlia bawa langkah kakinya ke dapur. Air mata yang gugur, dia kesat dengan jemarinya.
"Puan, saya minta izin balik, ya?" Ucap Dahlia dalam esakkan halus. Dia cuba bertenang supaya tangisannya berhenti namun dia gagal.

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...