"Dahlia, kahwin dengan aku."
Dahlia yang mendengar ucapan lelaki itu hanya kaku. Kedua tangan digenggam kemas. Dahinya berkerut memandang lelaki yang kelihatan mamai itu. 'Aku salah dengar ke? Dia mimpi ke ni? Ke dia tengah praktis teater?'
Melihat kepada reaksi Dahlia, Ilham masukkan kedua tangannya ke dalam poket. Langkah kaki diatur mendekati gadis yang sedang kaku itu.
"Kau dengar tak?"
Jeda.
"Dahlia," Ilham petik jari dihadapan Dahlia, menyedarkan gadis itu dari lamunan.
Bahu Dahlia terhenjut sedikit. Anak matanya masih tunak memandang wajah lelaki tanpa riak dihadapannya.
"Hurm?" Dahlia mengumam. Kening dinaikkan.
"Tskk... aku ajak kau kahwin dengan aku. Kau nak tak?" Mendatar sahaja suara Ilham.
"Encik demam lagi ke?" Bibirnya digetap perlahan. Naik pusing kepalanya dengan lamaran Ilham.
"Kahwin dengan aku." Ilham ulang lagi. Dia sudah mula bosan. Teringat kembali perbualannya bersama Puan Zanariah tiga hari lepas sebelum berangkat ke Pulau Pinang.
"Umi carilah sesiapa sahaja yang sudi kahwin dengan Am. Am serahkan pada umi." Ilham mengeluh. Kalau bukan kerana dipaksa Puan Zanariah, dia tak terfikir untuk berkahwin.
"Betul ke, Am? Am nak suruh umi carikan Am calon isteri?" Membulat biji mata Puan Zanariah saat mendengar ucapan anak bongsunya. Bibirnya mengorak senyuman lebar. Gembira tak terkata hati tuanya apabila anak bongsunya sudah bersedia mahu bernikah. Tuan Iskandar yang berada disebelah isterinya juga terkejut dengan apa yang baru didengarinya. Dalam hatinya mengucapkan syukur kerana Ilham sudah melupakan kisah silamnya.
Ilham angguk kepala. Wajahnya ditundukkan kebawah. Dia penat dipaksa dan ditanyakan orang sekeliling. Ibarat tidak bernikah itu berdosa besar!
"Kalau macam tu, umi nak masuk meminang Lia untuk Am." Teruja sekali suara Puan Zanariah. Matanya ditoleh kearah anak lelaki dan suaminya silih berganti.
Mendengarkan nama itu, Ilham angkat kepala. Raup wajah teruja uminya dipandang. Dahi berkerut. "Am nak cari isteri, umi.. bukan orang gaji!" Keras nada suara Ilham membuatkan senyuman dibibir tua Puan Zanariah mati.
"Apa pula orang gaji? Umi nak jadikan Lia tu isteri Am bukan orang gaji. Umi berkenan dengan Lia tu, baik budaknya. Bonuslah tu Am dapat isteri yang pandai buat kerja rumah." Terangnya sambil bangun berjalan kearah Ilham. Punggung dilabuhkan diatas sofa sebelah anak bongsunya. Bahu Ilham digosok perlahan.
"Umi tak nak paksa Am. Kalau Am tak sukakan Lia, umi boleh cari orang lain." Tangannya yang tadi mengosok bahu Ilham dijatuhkan keatas peha sendiri. Wajah ditundukkan. "Terkilanlah umi kalau tak dapat bermenantukan Lia." Puan Zanariah bernada sedih.
Dia bangun dari duduknya. Langkah diatur kearah suaminya, Tuan Iskandar. "Abang, Zamri tu single lagi, kan? Tak dapat jadi menantu, jadi anak saudara pun tak apalah", suaranya diperlahankan seperti merajuk.
Ilham yang mendengar ucapan uminya hanya mengeluh perlahan. 'Dia dah start dah drama Maghrib.'
"Nanti aku suruh umi masuk meminang kau."
Dahlia bulatkan mata memandang wajah datar lelaki dihadapannya. "Tapi...."
"Esok kau pergi rumah umi, kan? Esok nanti kita bincang. By the way, tolong kemas bilik aku sekali, ya?" Tanpa pamit Ilham berlalu keluar dari rumahnya.
Dahlia yang masih kaku cuba memproses apa sebenarnya yang sudah belaku. Dia berpaling ke belakang dan berjalan menuju ke sofa panjang. Punggung dilabuhkan disitu. Otaknya masih ligat berfikir.
"Kejap... dia ajak aku kahwin? Kahwin? Nikah ke? Ke main kahwin-kahwin? Esok? Bincang dengan umi?" Gumam Dahlia perlahan. Hanya telinganya sahaja yang mendengar soalan yang keluar dari mulutnya sendiri. Jari telunjuk diketuk pada dagu berkali-kali.
"Dia tengah praktis ajak girlfriend dia kahwin kot. Lambat lagilah kalau dia nak ajak kau kahwin, Lia oiii..." lalu dia bangun dan beg sandang diletakkan diatas meja sebelum bersiap-siap untuk bekerja. Malas mahu memikirkan lamaran Ilham kerana baginya sangatlah mustahil lelaki seperti Ilham mahukan dia sebagai isteri. Jauh panggang dari api.
Peralatan mencuci yang diambil dari bilik belakang dijinjit ditangan kiri dan kanannya. Langkah kaki dibawa ketingkat atas. Teringat pesanan lelaki itu untuk membersihkan bilik tidurnya. Sejak bekerja disini, inilah kali pertama lelaki itu membenarkannya memasuki master bedroom itu. Selalu berkunci sahaja.
Sampai sahaja didepan pintu bilik itu, Dahlia pulas tombol pintu yang terukir cantik itu. Tatkala daun pintu dibuka, membulat matanya memandang bilik yang luas itu. Serba serbi putih. Selimut yang sedikit berkeronyok sahaja yang berwarna kelabu muda. Dah macam fairytale punya bilik! Sudahlah bau bilik pun wangi. Kembang kempis hidung Dahlia mencium bauan manis.
"Nak kemas apa ni? Macam dah kemas je", alatan diletakkan diatas lantai. Tangannya lantas membetulkan kedudukan selimut yang tebal itu. Bau selimut pun wangi!
Tanpa membuang masa, Dahlia berlalu ke bilik air. Bilik air yang agak luas dengan ada bathtub itu Dahlia basuh hingga bersih berkilat. Setelah berpuas hati, dia beralih pula ke bilik. Lantai divacum dan dimop menggunakan pewangi. Segala perabut yang terdapat didalam bilik itu juga dilap menggunakan kain basah.
Dahlia bangun dan pinggang yang sakit diurut perlahan. Penat. Langkah kaki diatur pula ke arah balkoni. Pintu gelangsar kaca dilap dari dalam dahulu sebelum dia keluar ke balkoni.
Dahinya berkerut saat terpandang bekas ashtray yang dipenuhi oleh putung rokok berada diatas meja kecil ditepi dinding. "Dia merokok? Tapi tak pernah bau rokok pula sepanjang aku kerja dekat sini?" Gumamnya perlahan. Dahlia sangat alah dengan bau rokok. Hidungnya boleh merah dan bersin bila terbau asap rokok. Namun anehnya tak pernah dia terbau asap rokok apabila membersihkan rumah ini. 'Mungkin dia merokok dekat luar kot.'
Bersambung...
•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•~ Terima kasih sudi baca. 💕
~ Kalau suka, bolehlah vote 🤭•*•*•

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...