BAB 31 🦩

22 0 0
                                    

      Seharian berada dirumah mertuanya, Dahlia cukup gembira, ditambah dengan kehadiran sikembar membuatkan Dahlia tak kering gusi.

Usai bersolat Insyak, Dahlia duduk diatas katil. Keluhan kecil terbit dari bibir comelnya apabila terpandang beg pakaian milik suaminya. Dia cuma meminta Ilham menghantarnya kesini tapi tidak disangka lelaki itu juga turut membawa pakaiannya untuk bermalam disini.

"Orang nak lari dari dia, boleh pula dia ikut. Aishhh...", bebel Dahlia sambil membetulkan tudung bawal dikepala. Setelah memastikan tudungnya dalam keadaan baik, Dahlia turun kebawah. Belum pun sampai kebawah, sudah kedengaran suara riuh rendah sikembar membuatkan bibir Dahlia kulum senyum. Terdengar juga suara milik suami dan abah mertuanya, mungkin mereka juga sudah pulang dari masjid.

    Dari jauh Dahlia nampak Ilham sedang ketawa bersama Iman dan Imani. Tawa dan senyuman yang tak pernah ditujukan kepadanya. Dahlia senyum lebar apabila namanya dipanggil oleh Imani. Tubuh kecil itu berlari anak dan memeluk kaki Dahlia.

    "Maksu, tengok Paksu ni.. main tipu! Maksu marahlah Paksu!", rungut Imani sambil mengoncang tangan Dahlia.

   Dahlia duduk menyamai ketinggian Imani. Tangan naik mengusap rambut lebat kanak-kanak itu.

   "Nanti Maksu marah Paksu, ya? Tak mau nangis-nangis, nanti tak cantik princess Maksu", Dahlia memujuk. Pipi Imani menjadi sasaran cubitan manja Dahlia. Geram dengan telatah kanak-kanak itu. Tangan kecil itu digenggam dan dibawa ke ruang tamu Dimana semua keluarga berkumpul.

    Saat mata Dahlia terpandang Ilham, tangan lelaki itu menepuk-nepuk sofa kosong disebelahnya, menyuruh Dahlia duduk disitu. Dengan berat hati Dahlia labuhkan punggungnya disisi Ilham. Dia cuba memainkan peranan sebagai seorang isteri yang baik seperti mana Ilham sedang memainkan peranannya.

"Bila pula agaknya umi boleh main dengan cucu baru?", tanya Puan Zanariah sambil tersenyum.

Hampir tersedak liur sendiri apabila Dahlia mendengar bicara ibu mertuanya. Suami disebelah dipandang, lelaki itu dengan senyuman manisnya menyebalkan hati Dahlia.

      "InsyaAllah umi... kami tak merancang, kalau ada rezeki, adalah. Kan, sayang?" Tangan Ilham naik memeluk bahu isterinya.

    "Hah? Hurm umm... InsyaAllah umi." Dahlia senyum cuma. Serta merta tubuhnya kaku bila jemari suaminya bermain-main dibahunya. Bahu diangkat sedikit untuk memberitahu lelaki itu agar melepaskan pegangannya namun tanpa perasaan lelaki itu meneruskan usapannya. Dahlia mengeluh perlahan.

    "Oh ya, alang-alang Am dengan Lia ada ni, umi ingat nak buat makan-makan sikit. Abah nak ajak geng surau dia dengan Uncle Sham sekali."

    "Uncle Sham dah balik?" Soal Ilham.

    "Sudah, dah seminggu dia ada dekat KL. Katanya nak menetap dekat Malaysia dah", terang Puan Zanariah.

"Siapa Uncle Sham?", bisik Dahlia ditelinga Ilham.

"Kawan baik Abah", tenang Ilham menjawab tanpa memandang kearah isterinya namum Kepalanya di dekatkan kearah Dahlia. Dahlia pejam mata menikmati keharuman bau suaminya. Bau yang lembut, kegemaran Dahlia!

    "Nanti Lia buatkan karipap kentang, ya? Mesti ramai yang suka, karipap Lia sedap. Boleh Lia?" Pinta Puan Zanariah.

   "Boleh umi", senyum Dahlia. Karipap kentang adalah menu yang selalu diminta oleh ibu mertuanya apabila dia bermalam disini.

*•*•*

      Ilham melangkah masuk ke dalam bilik dengan hati yang berat. Kalau dirumah sendiri dia boleh tidur dibilik bacaan, tapi dirumah orang tuanya, dia harus sebilik dengan Dahlia supaya penipuan mereka tidak dihidu.

    Langkah kaki dibawa kearah katil yang menempatkan Dahlia yang sedang lena. Ilham berhenti disebelah katil tempat Dahlia lena. Raut wajah lembut itu mengamit matanya untuk terus merenung. Lama.

    Ilham mengeluh perlahan. Dia tidak betah berada sebilik dengan Dahlia walaupun gadis itu sedang lena. Dia mahu turun ke bawah, mengambil angin ditaman bunga mini uminya.

      *•*•*

      "Tak tidur lagi, Am?" Intan labuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan Ilham. Niatnya mahu mengambil beg pakaian didalam kereta, nanum dilengcungkan kearah Ilham apabila terlihat adiknya yang sedang termenung diatas kerusi dihalaman rumah.

    "Belum mengantuk. Akak pula? Kembar dah tidur?"

    "Dah tidur dah diorang. Akak nak ambil beg dalam kereta, nampak Am, sajalah nak bersembang dengan adik akak ni, Amkan selalu sibuk memanjang", Intan ketawa kecil.

    Ilham senyum. "Pukul berapa Abang Yus sampai? Akak ambil dekat airport? Ke nak Am ambilkan? Am free je esok."

     "Pukul 2 petang macam tu. Abah cakap nak ambil sebab abah ada kerja dekat airport esok. Lagipun akak teman umi beli barang esok, kan nak buat makan-makan."

    Ilham angguk beberapa kali. Matanya ralit memandang pepohon yang ditiup angin. Hawa sejuk mula memanah kekulit menandakan hujan bakal turun.

    Lama Intan memehatikan gelagat adiknya. "Am..."

    Ilham paling muka memandang Intan. Kening diangkat.

    "Am bahagia?"

    Ilham telan liur. Duduk dibetulkan agar selesa. "Bahagia", ucapnya sepatah. Senyuman nipis diberikan agar meyakinkan.

    Intan ketawa perlahan. Ketawa yang agak sinis kedengaran ditelingan Ilham.

    "Am mungkin boleh tipu umi dengan abah, tapi akak tahu Am dengan Lia tak bahagia, betul tak?"

     "Lia bagitahu akak?" Tanya Ilham. Palsu sangatkah lakonan mereka hingga berjaya dihidu oleh kakaknya sendiri?

   "Tak ada sesiapa bagitahu akak, akak boleh nampak Am dan Lia tak bahagia. Yes, kau orang nampak macam lovely couple tapi deep down akak tahu kau orang menipu. Betul tak? Ke perasaan akak sahaja?"

    Jeda. Tiada balasan dari Ilham. Lelaki itu hanya mendongak memandang langit hitam.

   "Kenapa Am?"

    Hanya keluhan kecil terbit dari mulut Ilham.

    "Sebab Angel?" Intan berteka teki. "Am tahukan Lia tu anak yatim piatu. Dah tak ada keluarga pula tu. Am tak rasa berdosa ke buat Lia macam tu?" Tegas suara Intan. Sudah lama dia pendam amarahnya pada Ilham.

Bersambung...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 09 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now