Air mineral yang sudah dibuka penutupnya dihulurkan Ilham, Dahlia sambut. Lelaki itu turut duduk disebelah Dahlia. Sudah 2 jam Daiyan dimasukkan ke bilik ICU. Dahlia dan Ilham masih disitu.
Dahlia tiada hati mahu bertanya kenapa lelaki itu masih disitu. Hati dan fikirannya cuma ada Daiyan. Air mata yang mengalir kering dengan sendiri.
Dahlia teguk air mineral perlahan. Terasa lega tekaknya. Dia tunduk menekur lantai.
"Saya terima."
Ilham menoleh ke arah gadis disebelahnya. Dahi dikerutkan.
Dahlia tarik nafas panjang sebelum dihela perlahan. Mengumpul kekuatan. Badannya dipusing kearah Ilham. Anak mata lelaki disebelah dipandang. Lama. Entah kenapa mata hazel pekat itu menenangkan gelora perasaannya ketika ini.
Suara berdeham Ilham mematikan renungan Dahlia terhadap Ilham. Pantas wajahnya dialih kearah lain. Ilham senyum senget.
"Apa yang kau terima?" Kepala di sengetkan untuk mencari wajah Dahlia yang sudah merona merah.
Tanpa toleh Dahlia bersuara; "Saya terima pinangan umi Encik." Perlahan sahaja suara Dahlia, cukup sekadar dipendengaran Ilham.
Ilham senyum nipis. "Okey.. Terima kasih."
Dahlia angguk kepala. Dia perlu korbankan dirinya demi Daiyan. Daripada perlu menjual organnya, baiklah dia berkahwin dengan lelaki dingin itu. Sekurang-kurangnya organ dalamannya masih selamat.
•*•*•
Ilham terjaga saat terasa bahunya memberat. Bau manis buah buahan meresap ke dalam rongga hidungnya. Tangan naik mengurut leher yang terasa lenguh.
Bahu kanan ditoleh. Keningnya mengerut bila terpandang kepala Dahlia lentok dibahunya. Bila masa dia dan gadis itu terlena diatas kerusi didepan bilik ICU juga dia tidak sedar. Jam ditangan dipandang. Pukul 2 pagi!
Ilham pejam mata menikmati haruman dari kepala Dahlia. Haruman manis yang mengingatkan dia kepada Angel. Angel suka wangian manis. Sesuai dengan perwatakan gadis manis itu. Tanpa sedar Ilham mengeluh. Hatinya masih kuat buat Angel, mampukah dia berkahwin dengan gadis ini semata-mata mahu membahagiakan uminya? Bagaimana dengan kebahagiaannya?
Keluhan Ilham mengejutkan Dahlia dari lena. Matanya dibuka perlahan. Peha berseluar hitam menjamah anak matanya. Pantas dia angkat kepala. Mulutnya terlopong saat terpandang wajah lelaki disebelahnya. 'Aku tidur atas bahu dia ke? Ya Allah.'
"Maaf, tak sengaja", pelipis yang tak gatal digaru. Malu! Macam perempuan gatal pula dirasakan.
Baru sahaja Ilham mahu bersuara, seorang lelaki berbaju putih keluar dari pintu bilik ICU. Doktor Adli berjalan merapati Dahlia dan Ilham. Senyuman nipis dihadiahkan buat mereka.
Dahlia bangun diikuti Ilham.
"Macam mana adik saya, doktor?"
"Alhamdulillah, keadaan Daiyan stabil sekarang. Cuma dia belum sedarkan diri akibat ubat bius." Tangannya dimasukkan kedalam poket jubah putihnya.
"Alhamdulillah.." Dahlia pegang dadanya. Syukur dipanjatkan.
"Lia.." panggil Doktor Adli. "Lia tahu kan yang Daiyan kena buat pembedahan segera?"

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...