"Dahlia?"
"Abang Naem?" Lebar senyuman Dahlia apabila berjaya mengingati lelaki dihadapannya.
Ilham dan Dato' Omar berpandangan sesama sendiri.
"Kamu kenal dengan isteri Ilham, Naem?", tanya Dato' Omar.
"Kenal abah.. abah ingat tak Naem pernah adakan program dengan anak-anak yatim masa kolej dulu. Syarikat abah yang jadi penaja", jelas Naem. Seronok bukan kepalang hatinya apabila dapat berjumpa kembali dengan gadis yang diminatinya ketika program itu berlangsung. Dato' Omar hanya menganggukkan kepalanya.
Walaupun cuma mengenali Dahlia selama 3 hari tapi sudah cukup membuatkan seorang Muhammad Naem menjadi angau. Dahlialah yang banyak membantunya sepanjang program dirumah anak-anak yatim yang dihuni Dahlia dan kecantikkan dan kebaikkan gadis itu berjaya mencuri hatinya dalam masa yang singkat.
Ilham yang memandang wajah teruja Naem terus menarik tangan Dahlia dan digenggam kemas. Hatinya kurang enak dengan tatapan mata lelaki itu. Dia lelaki dan dia mengerti dengan panahan mata itu.
Dahlia sedikit tersentak dengan genggam kemas Ilham. Matanya melirik pada suami disebelahnya. Pandangan mata Ilham pada Naem memgerunkan hatinya. Marahkah suaminya itu?
"Lama abang cari Lia. Abang ada pergi rumah anak yatim tu tapi Bonda Zaitun cakap Lia dah pindah duduk KL. Puas abang cari Lia. Jumpa juga akhirnya." Penuh keterujaan nada suara Naem. Senyuman lebar tak luntur dari wajah kacaknya.
"Ya Abang Naem, Lia pindah duduk KL untuk perubatan Daiyan." Dahlia senyum nipis. Wajah Naem yang tidak berubah itu mencuit hatinya. Kalaulah Nurin ada mesti sahabatnya itu melompat kegirangan kerana Nurin meminati Naem ketika program itu berlangsung.
"Owh ya, apa khabar Daiyan?"
"Daiyan dah tak ada, Abang", tutur Dahlia perlahan. Sebak bertandang dihatinya apabila mengingatkan arwah Daiyan.
"Maaf, Lia.. Abang tak tahu", lirih suara Naem. Dia kenal dan tahu tentang penyakit Daiyan. Ketika program itu berlangsung, Daiyan masih sihat walaupun penyakitnya sudah teruk.
Dahlia senyum nipis. Dirasakan genggaman tangan suaminya semakin kemas. Mungkin suaminya berniat mahu mengalirkan kekuatan kepadanya.
"Abang Naem, ni suami Lia", kata Dahlia kepada Naem. Risau seandainya lelaki itu tidak sedar langsung dengan kehadiran Ilham sebelahnya.
"Owh ya, ya. Abang tak sangka Lia dah nikah. Apa khabar?" Tangan Naem dinaikkan untuk bersalam dengan Ilham. Matanya tajam memandang wajah Ilham. Remuk hatinya bila gadis yang diminati telah pun menjadi milik orang.
Ilham sambut huluran dengan senyuman nipis. "Baik", jawabnya sepatah. Matanya juga tunak kearah Naem. Masing-masing beradu pandangan tajam. Apa yang dibisikkan oleh sang hati, hanya mereka yang tahu.
"Kamu jangan risau, Ilham. Walaupun saya dah bersara tapi syarikat kami tetap akan menggunakan khidmat kamu untuk melindungi data dan siber syarikat kami. Sebab tu saya kenalkan Naem pada kamu, supaya senang kamu nak berkerjasama nanti", ucap Dato' Omar yang kelihatan bangga dengan anak lelakinya.
Mana tak bangga, Naemlah satu-satu anak lelaki yang ada setelah dua orang adik lelaki kembar Naem meninggal dalam kemalangan selepas pulang dari sekolah. Naem satu-satunya pewaris yang dia ada untuk meneruskan legasi yang sudah dibina selama 40 tahun.
"Terima kasih, Dato' kerana percayakan syarikat kami," ringkas sahaja Ilham menjawab. Itulah asbab kenapa dia paksakan diri dan mengheret Dahlia datang ke majlis persaraan Dato' Omar. Tak sanggup dibiarkan syarikat perkapalan milik lelaki itu jatuh ke tangan syarikat siber security lain setelah hampir 4 tahun mereka berkerjasama.
Selepas bersembang ringkas, Dato' Omar dan isterinya bergerak menyapa tetamu yang lain. Manakala Naem masih setia berdiri dihadapan Dahlia sambil matanya tak lepas memandang wajah gadis itu.
Dahlia yang merasa tidak selesa diperhatikan oleh Naem meminta diri untuk pergi ke tandas. Ilham hanya angguk kepala, matanya tidak lepas memandang wajah Naem yang masih merenung isterinya. Mahu sahaja wajah kacak itu dilayangkan penumbuk, namun akal warasnya menentang.
"Well, nice meeting you, Encik Ilham", senyum Naem sinis. Tiba-tiba hatinya membara apabila melihat lelaki dihadapannya terus menerus memgenggam tangan Dahlia. Serasa dia yang lebih layak untuk gadis selembut Dahlia. Namun belum sempat Ilham bersuara, Naem sudah berlalu pergi.
•*•*•
Sekejap-sekejap Ilham pandang jam ditangannya. Sudah pukul 11.30 malam dan sudah setengah jam Dahlia keluar ke selepas meminta izin ke tandas. 'Sesat ke?' Ilham sudah tidak senang duduk dan akhirnya dia bangun untuk mencari isterinya.
Kaki panjangnya dibawa keluar dari dewan utama Hotel Mustika. Belum beberapa langkah matanya sudah tertacap pada dua orang manusia yang sedang berbual mesra. Diwajah mereka nampak bahagia dengan senyuman lebar dan tawa kecil yang menyakitkan hati Ilham. Laju langkahnya dibawa kearah pasangan itu.
"Sayang...", panggilnya seraya meraih tangan Dahlia dan digenggam kemas.Dahlia tersentak dengan kehadiran Ilham dan panggilan yang digunakan suaminya. Genggaman tangan Ilham juga dirasakan kemas dan ketat.
"Abang ingat sayang sesat tadi, rupanya dekat sini." Ilham maniskan wajah dengan senyuman palsu. Sebelah tangan dimasukkan kedalam poket seluar slacknya. Matanya dihalakan kepada Naem yang sedang senyum sinis kepadanya.
"Maaf, Encik Ilham. Aku berborak sekejap dengan isteri kau. Biasalah lama tak jumpa, terkenang kisah lama", Naem senyum senget.
Dahlia yang mendengar ucapan Naem mengerutkan dahi. Hatinya tak sudah-sudah berdoa supaya Ilham membawanya pulang. Sungguh dia tidak selesa dengan kehadiran Naem. Lelaki itu mengikutnya hingga ke luar dewan untuk meminta nombor telefon. Puas Dahlia menolak namun Naem masih tidak putus asa sehinggalah Ilham sampai. Lega hatinya namun genggaman tangan Ilham seperti menyatakan bahawa lelaki itu marah padanya.
Ilham hanya senyum dan beriak biasa. "Apa pun tahniah kerana mengantikan Dato' Omar. Kami balik dulu", Ilham hulurkan salam.
"Terima kasih. Tak tunggu habis majlis dulu?", salam Ilham disambut dengan senyuman sinis. Naem dapat rasakan aura cemburu dari diri Ilham.
"It's okey, isteri aku dah mengantuk. Lagipun malam-malam macam ni masa untuk suami isteri", Ilham tergelak kecil dengan ucapannya sendiri. Dahlia yang mendengar mengerutkan dahi. Naem pula senyum sinis sahaja. Kedua tangannya dikepal kuat, kurang senang dengan kata-kata Ilham.
Lantas Ilham menarik tangan Dahlia dan berlalu dari situ. Dahlia hanya menuruti langkah laju Ilham. Genggaman tangan sudah beralih, Ilham kini menarik pergelangan tangan Dahlia. Sesekali Dahlia mengerutkan dahi apabila terasa pergelangan tangannya sakit akibat cengkaman kuat itu.
"Abang...", panggilnya perlahan. Ilham mengendahkan sahaja.
Sampai sahaja dikereta, pintu penumpang dibuka. Pergelangan tangan Dahlia yang digenggam kemas, dilepaskan. Tanpa bicara hanya menggunakan isyarat mata, Ilham menyuruh Dahlia masuk kedalam perut kereta. Dahlia telan liur. Air muka dingin suaminya membibitkan debar dihati.
Kereta hitam itu meluncur perlahan diatas jalan raya yang masih sibuk. Maklumlah hari minggu, ramai warga kota yang keluar berhibur. Sunyi sahaja suasana didalam kereta. Dahlia yang kekenyangan tahan kantuk. Sesekali wajah dingin suaminya disebelah dipandang, tidak berani untuk menegur.
Bersambung...
•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...