Saat matanya memandang cahaya lampu dari luar, senyuman Dahlia melebar. Cepat-cepat dia bangun dan berlari kearah pintu utama. Kunci dibuka dan pintu dikuak. Wajah terkejut Ilham menjamah kornea matanya.
"Abang dah balik?", sapanya mesra. Tangan dihulur untuk menyalami Ilham.
"Kenapa tak tidur lagi?"
"Lia tunggu abang. Lia masak ayam masak lemak. Jom makan", ajak Dahlia. Lengan sasa suaminya dipeluk.
Perlahan Ilham menarik tangannya, cuba untuk meleraikan pelukkan Dahlia pada lengannya. "Makanlah.. aku tak lapar", tolak Ilham dengan suara mendatar. Tanpa pamit dia terus berlalu naik ke atas.
Dahlia pegun ditempatnya berdiri sambil menghantar kepergian Ilham dengan mata berkaca. Sejak pulang dari makan malam dihotel minggu lalu, Ilham semakin dingin dengannya. Lelaki itu juga masih tidak mahu makan masakannya. Pun begitu, Dahlia tidak pernah berputus asa.
"Sabar Dahlia, sabar", dada diurut perlahan. Dia berdoa supaya Allah SWT sentiasa meniupkan kesabaran dalam dirinya.
•*•*•
Remote tv ditekan berkali-kali. Dahlia mengeluh bosan. Tiada siaran yang menarik perhatiannya. Remote kemudian dicampak ke atas sofa disebelahnya. Sudah 2 minggu dia terperuk dirumah.
Dahlia bangun dan menuju ke pintu gelangsar ruang tamu. Dia duduk disitu sambil memeluk lutut. Taman mini dan kolam renang yang biru mengamit matanya. Sekejap lagi matahari akan terbenam menandakan siang bakal melabuhkan tirai. Sudah lama dia tidak keluar dari rumah. Bosan dirumah tapi Dahlia tak ada kawan untuk diajak berbual apatah lagi keluar. Suaminya itu ada seperti tiada. Kadang kala, dalam sehari Dahlia langsung tidak berpeluang berjumpa apatah lagi bercakap dengan Ilham. Mereka seperti orang asing.
Apabila Dahlia bangun untuk solat Subuh, Ilham sudah pun keluar dari rumah. Saat Dahlia tidur, barulah Ilham pulang. Namun Dahlia tetap menyediakan makanan untuk Ilham. Bab kata orang tua-tua, nak pikat suami, ikatlah perutnya dahulu walaupun Ilham tidak pernah menjamah masakannya.
Adalah sesekali ibu mertuanya menelefon, tapi mustahil untuk Dahlia ceritakan hal rumah tangganya.
Perkahwinan mereka adalah kegembiraan Puan Zanariah, mana mungkin Dahlia melukai hati wanita itu dengan ceritanya. Nurin pula sudah berpindah duduk di Kuantan, rumah keluarga Mak Su. Walaupun sahabatnya itu kerap bertanya khabarnya namun hati Dahlia sunyi.
Tanpa sedar air mata Dahlia mengalir. Kalaulah Daiyan masih ada, sekurang-kurangnya dia ada teman berbual. Mengingatkan Daiyan, air mata Dahlia semakin laju mengalir. Dia rindukan adiknya. Kini Dahlia sebatang kara. Sangkakan perkahwinan boleh memberikannya kebahagian namun Dahlia silap. Ilham benar-benar menikahinya sekadar untuk mengembirakan hati Puan Zanariah.
Dahlia kesat air mata apabila bunyi motosikal berkuasa tinggi memasuk garaj rumah. Keningnya berlaga sendiri. 'Awalnya balik?' Dia bangun dan menuju ke pintu utama.
Belum sempat Dahlia memegang tombol pintu, pintu sudah terkuak dari luar. Dahlia berundur sedikit untuk memberi ruang Ilham masuk.
"Awal abang balik?", tegurnya ramah.
Ilham pandang seraut wajah Dahlia yang sembab menandakan gadis itu menangis. Tapi untuk bertanya, dia rasa kekok. Sedar akan sikapnya pada Dahlia, Ilham dipagut rasa bersalah.
"Lepas Maghrib kita keluar."
"Abang nak bawa Lia keluar? Pergi mana?", senyum Dahlia melebar.
"Pergi rumah Johan.", jawab Ilham sambil kakinya melangkah naik ke tingkat atas. Sekejap lagi masuk waktu Maghrib, dia mahu mandi dan bersiap. Janjinya dengan Johan selepas Maghrib jadi dia tidak mahu lambat.
•*•*•
Selesai bersiap ala kadar, Dahlia turun kebawah untuk mengemas lauk pauk yang dimasak, sudah mengjangkakan bahawa Ilham tidak akan menjamahnya.
Usai mengemas, Dahlia naik ke atas. Ketika dia turun tadi, suaminya masih berada di bilik air. Mungkin lelaki itu telah selesai solat Maghrib.
Pintu dibuka tanpa diketuk. Terpana Dahlia apabila memandang sebatang tubuh suaminya yang hanya berseluar kargo hitam. Ilham pula hanya mengendahkan Dahlia dan terus mengambil sehelai baju t-shirt polo berwarna kelabu gelap dan disarungkan kebadannya.
Dahlia menghampiri Ilham. Dia berdiri dihadapan suaminya sambil tersenyum nipis. Tangannya lincah memasukkan dua butang baju yang tersarung dibadan suaminya.
Ilham yang melihat hanya kaku. Kornea matanya asyik memandang seraut wajah yang manis tapi jauh disudut hati Ilham tahu Dahlia terluka dengan layanannya.
Saat kornea matanya menjamah bibir separa penuh yang dihiasi tahi lalat itu, jemari Ilham naik mengusap bibir itu lembut. Tahi lalat itu menyebabkan Ilham semakin sukar untuk melupakan Angel.
Entah apa yang merasuk seorang Dahlia apabila jemarinya juga naik mengusap pipi putih suaminya. Dirinya seoleh dipukau oleh mata hazel pekat yang selalu mendamaikan sekeping hati milik Dahlia.
Ilham ambil jemari Dahlia dipipinya dan dikucup lembut tapak tangan isterinya sebelum diletakkan semula ke pipinya. Senyuman manis Dahlia seolah menghanyutkan Ilham. Tangannya beralih memegang dagu Dahlia dan diangkat sedikit. Perlahan dia tunduk dan bibir Dahlia dikucup lembut.
Mata Dahlia terkatup saat merasakan kelembutan bibir Ilham. Terbuai perasaannya mendapatkan sentuhan dari sang suami.
Beberapa saat kemudian, dengan pantas Ilham menarik wajahnya. Bulat matanya memandang Dahlia yang terpinga-pinga. Dadanya yang berombak kencang cuba ditenangkan namun gagal. Ilham telan liur.
"Maaf." Tanpa pamit Ilham keluar dari bilik.
Dahlia gigit bibir bawahnya. Dada terasa sebak. Kenapa suaminya meminta maaf darinya? Adakah Ilham jijik dengannya? Mata yang berkaca dikerdip beberapa kali untuk mengusir air mata yang bertakung.
Bersambung...
•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...