Dahlia dan Ilham berjalan seiringan ke parkir kereta. Dahlia ingin menghantar lelaki itu ke kereta dan dia akan kembali ke wad untuk menemani Daiyan malam ini.
Sampai sahaja ditepi kereta, Ilham palingkan badan kearah Dahlia. Matanya dipaku pada wajah suram dihadapannya. Gadis separa bahu Ilham itu hanya menunduk.
"Motor kau macam mana?"
"Esok saya pergi ambil. Maaf terpaksa tumpangkan motor saya dekat rumah Puan." Dahlia donggak pandang wajah lelaki itu. "Encik... terima kasih hantarkan saya ke sini. Maaf juga saya dah susahkan Encik. Encik belum sihat, kan? Jangan lupa makan ubat, ya", polos Dahlia berpesan.
Ilham yang mendengar ucapan Dahlia, melangkah selangkah kehadapan. Kini jarak antara dia dan Dahlia hanyalah seinci. Dahlia yang kaget dengan tindakan itu terpaku ditempatnya berdiri. Membulat matanya memandang lelaki yang sudah berada dekat dengannya. Haruman lelaki itu jelas dapat dihidu. Wangi!
"Terima kasih sebab dah tolong aku semalam." Perlahan sahaja suara garau itu mengetuk gegendang telinga Dahlia. Kening Dahlia yang rapi berkerut saat jemari lelaki itu sudah mendarat diatas bibirnya. Dahlia kaget. Badannya mengeras secara spontan. Terasa bahang panas menyerbu ke muka.
Dahlia dapat rasakan ibu jari lelaki itu mengusap lembut bibir pucatnya. "Encik...", seru Dahlia apabila dirasakan tindakan lelaki itu diluar norma.
Ilham yang tersedar terus menarik tangannya kembali. "Sorry." Tanpa pamit, Ilham berlalu masuk kedalam perut kereta.
Dahlia pegang dadanya yang berdengup kencang. "Ya Allah, berdosanya aku!", bibirnya diketap.
•*•*•
Ilham garu pelipis yang tak gatal. Sedari tadi fikirannya terganggu. Terganggu dengan kehadiran wajah Dahlia disegenap fikirannya. Wajah terkejut gadis itu dengan tindakannya. Terasa dirinya bodoh saat teringat apa yang telah dilakukan kepada gadis itu.
Kalau bukan kerana tahi lalat yang berada dibawah garis bibir bawah gadis itu, pasti tindakan itu tidak akan berlaku. Tahi lalat yang mengingatkan dia kepada Angel. Kedudukan yang sama cuma membezakan hanyalah tahi lalat gadis itu lebih gelap berbanding Angel. Dan tahi lalat itu sentiasa mengamit sepasang matanya untuk merenung wajah wanita kesayangannya.
Dia bangun menuju ke balkoni. Sliding door ditolak. Dada langit dipandang. Malam yang cerah dengan bintang-bintang bertaburan di angkasa mengingatkan dia kepada Angel. Angel suka waktu malam kerana adanya bintang. Dia mengeluh berat.
Rindu.
Dia rindukan Angel separuh mati. Sejak berpisah dengan wanita itu, Ilham bagaikan mati tapi bernyawa. Empat tahun sudah perpisahan itu namun sukar untuk dia menerima kenyataan.
Ilham geleng kepala beberapa kali sambil matanya dipejam. Wajah Angel, lenggang lenggok Angel, kelakuan Angel, semuanya bermain-main difikirannya. Setiap saat dan ketika. Tidak pernah sehari pun dia tidak merindui wanita itu. Keluhan berat dilepaskan.
Ilham bawa langkah kakinya menuruni tangga. Sampai sahaja ditingkat bawah, kelihatan umi dan abahnya yang sedang menonton televisyen.
"Tak tidur lagi umi, abah?" Punggungnya dilabuhkan diatas sofa bersebelah Puan Zanariah. Kepalanya dijatuhkan keatas peha wanita lewat 50-an itu. Tangan Puan Zanariah naik mengusap rambut hitam pekat anak bongsunya.
"Umi teman abah tengok cerita P.Ramlee ni. Am kenapa tak tidur lagi? Kan Am belum sihat?" Kerana risaukan kesihatan Ilhamlah, dia melarang Ilham untuk pulang ke rumahnya sendiri.
"Am dah sihat, umi. Esok pun Am dah boleh masuk kerja."
"Hah! Kerja, kerja, kerja... sama je bapak dengan anak!" Suara Puan Zanariah naik seoktaf.
Tuan Iskandar yang sedang menonton televisyen toleh kearah isterinya. "Eh, kenapa saya pun kena?" Cermin mata dikemaskan.
"Yalah... sorang dah tak sihat nak pergi kerja juga. Sorang lagi pula, dah sepatutnya pencen tapi tetap nak bekerja. Tak fahamlah!" Marah Puan Zanariah. Kedua tangan disilangkan ke dada.
"Ala umi ni..." Ilham bangun dari baring. Duduknya dirapatkan kearah Puan Zanariah. Dagunya disangkut pada bahu uminya. "Yalah.. esok Am MC lagi, ya?" Ilham memujuk. Bibirnya tersenyum nipis. Faham dengan sikap uminya yang selalu marah sekiranya suami dan anak-anaknya gilakan kerja.
"Yalah... tahun depan, abang pencen ya sayang..." ajuk Tuan Iskandar. Puan Zanariah mencebik. Ilham ketawa dengan gurauan abahnya.
•*•*•
Selesai membersihkan muka dan badan Daiyan yang masih lena, Dahlia duduk diatas kerusi. Tangan kiri adiknya dicapai dan dibawa ke pipinya. Wajah lena itu Dahlia tenung.
Kasihan adiknya. Masa kecil dan remaja Daiyan hanya ditemani rawatan dan ubatan. Daiyan hanya sempat bersekolah rendah sahaja itu pun banyak bercuti dari hadir ke sekolah. Mujurlah rumah anak-anak yatim yang mereka tumpang berteduh sangat mengambil berat tentang kesihatan Daiyan.
Bonda Zaitun sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit untuk memastikan anak-anak yatim dibawah jagaannya sihat. Namun penyakit Daiyan tiada ubatnya.
Mengingatkan Bonda Zaitun, Dahlia mengeluh perlahan. Wanita tua itu sedang sakit. Dahlia tak sampai hati mahu memberitahu tentang keadaan Daiyan kepadanya. Kalau Bonda tahu, mesti dia dimarahi kerana Bonda selalu bertanyakan khabar Daiyan melaluinya. Perjalanan yang jauh dengan keadaan kesihatan Bonda menghalangnya untuk selalu melawat Daiyan.
Dahlia bersyukur kerana dia tahu masih ada yang sayang dan mengambil berat tentang dirinya dan Daiyan. Nak harapkan bapa kandung? Entah hidup atau sudah mati Dahlia kurang pasti.
Dahlia lentukkan kepala diatas katil. Genggam tangan Daiyan dikemaskan, menyalurkan kekuatan untuk adiknya. "Daiyan jangan tinggalkan kakak, ya? Kakak akan buat apa sahaja untuk pastikan Daiyan sihat. InsyaAllah." Bisiknya perlahan.
•*•*•
"Am, mari sarapan sekali", ajak Puan Zanariah.
"Awal lagilah umi. Am nak sambung tidur." Ilham dan Tuan Iskandar baru pulang dari solat berjemaah dimasjid berdekatan perumahan mereka. Baru sahaja kakinya mahu mendaki anak tangga, Puan Zanariah sudah mengajaknya makan.
"Marilah Am. Sekejap lagi nak pergi ambil Lia." Ilham yang masih berada dianak tangga kerut dahi.
"Kan Am dah cakap dekat umi semalam yang dia nak datang ambil motor dia nanti."
"Am pergilah ambil dia datang sini. Umi masak nasi lemak banyak ni. Bolehlah dia sarapan dekat sini." Puan Zanariah lorekkan seyuman pada anaknya. Tangan Ilham diambil dan ditarik kearah meja makan. Nak tak nak Ilham terpaksa mengikut.
"Makan dulu. Nanti pergi ambil Lia, ya?" Katanya sambil melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan suaminya.
Ilham diam. Air kopi panas yang sudah dituang kedalam cawan, dicicip perlahan. Dia tak pandai untuk menidakkan arahan orang tuanya lagi-lagi Puan Zanariah yang telah melahirkannya.
Bersambung....•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•~ Terima kasih sudi baca. 💕
~ Kalau suka, bolehlah vote 🤭•*•*•
YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...