Tepat pukul 6 petang, Ilham sudah memasuki pagar rumah mewah milik keluarganya. Cepat-cepat Ilham parkir motosikal sebelum helmet diletakkan diatas kusyen motor. Langkah diatur ke taman mini yang dipenuhi bunga-bunga hasil tanaman uminya.
Ada Umi, abah dan kak Intan yang sedang minum petang diatas kerusi disudut taman yang penuh dengan bunga-bungaan. Sikembar pula kelihatan bermain sesama sendiri diatas gazebo kayu yang ditempah khas.
"Assalamualaikum..." dia duduk diatas kerusi kosong bersebelahan kakaknya. "Macam mana, umi?" Gelas berisi air sirap ais yang dihulurkan oleh Intan diambil dan diteguk perlahan. Hanya suara Tuan Iskandar kedengaran menjawab salam Ilham.
"Lia tolak", perlahan sahaja suara Puan Zanariah. Anak mata Ilham tunak memandang wajah mendung uminya. Belakang badan disandar pada kerusi besi berukiran kerawang itu. Keluhan dilepaskan perlahan.
"Kenapa?"
"Dia cakap dia tak sesuai dengan family kita. Am ingat dia cakap mama dia meninggal sebab lemas? Mama dia bunuh diri, terjun jambatan. Dia tak nak keluarga kita malu dengan kisah silam keluarga dia." Melihat uminya yang diam, Intan bersuara. Dia tahu Puan Zanariah masih bersedih dengan penolakkan Dahlia.
Ucapan yang keluar dari mulut Intan menyentakkan Ilham. Anak matanya dialih kewajah kakaknya sebelum kedua tangan naik meraup wajah. Tidak disangka gadis yang nampak periang itu memikul ujian yang berat.
"Lagipun sekarang ni dia belum bersedia, dia tengah kumpul duit untuk pembedahan adik dia." Sambung Intan lagi.
Ilham bangun. Wajah sunggul uminya dipandang sebelum dia melangkah kearah motosikalnya.
"Am, nak pergi mana?!" Laung Puan Zanariah yang bangun dari duduknya. Bunyi gauman motosikal berkuasa tinggi sahaja menjawab soalan darinya.
Tuan Iskandar yang memerhati hanya menggeleng kepala. Anak bongsunya memang sukar dijangka. Semalam mulutnya ternganga tatkala isterinya memberitahu yang Ilham memintanya untuk meminang Dahlia. Ilham Hakimi yang unpredictable!
•*•*•
Setelah pulang dari rumah Puan Zanariah, Dahlia bersiap-siap pula mahu ke hospital, malam ni dia akan menemani Daiyan memandang esok hari minggu.
Selesai mengenakan tudung bawal berwarna cream, dia bersiap untuk keluar. Daun pintu ditutup sebelum pintu grill ditarik untuk dikunci.
"Assalamualaikum, Lia."
Perbuatan Dahlia terhenti tatkala suara seorang wanita menjengah gegendang telinganya. Pantas dia menoleh ke sisi. Senyuman manis dilorekkan dibibir bogelnya.
"Waalaikumusalam, Kak Zaidah!" Tangan dihulurkan kepada tuan rumah yang disewanya. Dahinya berkerut, pelik dengan kedatangan Zaidah. Rumah sewa sudah dibayar beberapa hari lalu. Lalu apa tujuan wanita itu kesini?
"Ada apa akak datang? Eh.. masuklah dulu, kak", ajak Dahlia sambil tangannya lincah membuka pintu grill yang baru dikunci.
"Eh, tak apa Lia. Akak tak lama. Abang Omar ada dekat bawah tunggu akak. Sebenarnya Lia.." Zaidah jeda sebentar.
Melihat wajah serba salah Zaidah, jantung Dahlia berkocak hebat. 'Ya Allah.. janganlah....', bisik hatinya.

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...