Kaki Dahlia teragak-agak untuk melangkah masuk kerumah dua tingkat itu. Hatinya masih ragu-ragu dengan lamaran lelaki itu semalam. Risau sekiranya lelaki itu tidak bergurau seperti yang Dahlia harapkan.
Lagi pula dia tak ada nombor telefon lelaki itu untuk diajak berbincang semalam. Nafas panjang dihela perlahan. Kedua tangan digenggam kemas. 'Masuk jelah, Lia. Lagipun kau datang sini sebab nak buat kerja!'
"Assalamualaikum...", Dahlia beri salam. Selang beberapa saat, kedengaran suara kecoh kanak-kanak melalui pintu utama yang terbuka luas itu.
Sengihan Dahlia lebar hingga menampakkan gusi saat terpandang Iman dan Imani yang sedang berlari untuk memeluknya. Lututnya dijatuhkan diatas lantai dan tangan didepakan.
"Kakak!" Serentak kedua-dua kanak-kanak itu berada didalam pelukan Dahlia.
"Waalaikumusalam..", muncul Intan dengan senyuman manisnya saat menyaksikan gelagat anak kembarnya yang teruja dengan kehadiran gadis itu. "Mari masuk, Lia." Dahlia bangun dan bersalam dengan Intan.
Sikembar menarik tangan Dahlia menghampiri sofa diruang tamu rumah itu. Dahlia hanya mengikut sambil tersenyum. Suka hatinya bertemu dengan sikembar yang comel itu.
"Mana Puan, kak Intan?" Soal Dahlia sambil melabuhkankan punggung diatas sofa panjang. Disebelah kanannya ada Iman dan kirinya pula ada Imani. Keduanya becok bertanya itu dan ini kepada Dahlia.
"Sekejap lagi umi turun. Lia dah sarapan?"
"Dah, Lia sarapan dekat rumah tadi."
"Iman.. Imani.. pergi main dalam bilik dulu ya, mama dengan nenek ada benda nak cakap dengan kakak."
Dahlia tersentak apabila mendengar ucapan Intan. Dia memandang kedua wajah sikembar disebelahnya. Muka yang cemberut tanda tidak berpuas hati itu mengundang tawa halus Dahlia.
"Nanti kita borak lagi, ya?" Tangannya naik mengusap perlahan kepala sikembar seakan memujuk. "Okeyyyy..." balas mereka serentak sambil bangun dan menuju ke tingkat atas.
Dahlia telan liur. 'Nak cakap apa ni? Alamak.. takutnyaa..!'
"Lia dah sampai?" Dahlia toleh kearah tangga, kelihatan Puan Zanariah yang cantik berbaju blouse berwarna merah hati. Walaupun sudah berusia, namun Puan Zanariah sangat cantik pada pandangan mata Dahlia. Kulitnya yang putih melepak itu menampakkan wanita itu tampak muda. Patutlah anak-anaknya juga berkulit putih, mesti ikut baka Puan Zanariah!
Dahlia bangun dari duduknya. Tangan dihulurkan kepada Puan Zanariah yang sudah berada dihadapannya. Puan Zanariah menyambut tangan Dahlia mesra. "Duduk dulu." Pinta Puan Zanariah. Dia ikut duduk bersebelahan Dahlia.
"Lia.. sebenarnya..." Jemari Dahlia ditarik dan digenggam. Puan Zanariah senyum memandang wajah gadis manis dihadapannya.
Dahlia gigit bibir bawah. Seperti boleh diagak apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh wanita itu. Anak matanya tunak memandang wajah tua Puan Zanariah. Sesekali dia toleh kearah wajah Intan yang hanya tersenyum itu.
"Sebenarnya umi nak meminang Lia untuk Am." Tanpa berselindung, Puan Zanariah lontarkan tujuannya. Hatinya gembira bukan kepalang apabila Ilham menyuruhnya meminang gadis itu untuk dirinya. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang.
Dahlia kerut dahi. Liur yang ditelan terasa pahit. Kepalanya ditunduk memandang jemari yang berada didalam genggam Puan Zanariah sebelum dia memandang wajah yang penuh mengharap itu kembali.
Melihat reaksi Dahlia, Puan Zanariah menambah; "Umi minta maaf sebab meminang Lia dengan cara macam ni. Yalah, kami tak kenal keluarga Lia. Umi tanya tuan badan dululah, ya? Hurm... Lia setuju?" Kening dinaikkan kepada gadis itu.
Dahlia senyum nipis. Dadanya bagai dihempap batu besar saat ini. 'Pak cik ni memang tak main-main eh? Aku nak jawab apa ni? Tak nakkk!'
"Lia dah tak ada siapa-siapa, Puan. Dan Lia minta maaf, Lia tak boleh terima pinangan ni", lambat-lambat dan berhati-hati Dahlia bersuara. Bimbang seandainya dia terlepas cakap hingga menguris hati wanita itu. Kepala ditundukkan. Tidak tega untuk terus menatap wajah penuh sinar itu.
Sejak bekerja dirumah itu, Dahlia perasan yang Puan Zanariah sangat baik dengannya. Pernah juga wanita itu mengatakan mahu jadikan Dahlia sebagai menantu sekiranya anak lelakinya mahu menikah kelak. Dahlia senyum sahaja dengan menganggap ucapan itu hanyalah gurauan semata-mata.
"Kenapa Lia?" Mata Puan Zanariah mula berkaca. Besar harapannya untuk menyunting Dahlia. Dia tidak kesah tentang latar belakang gadis itu. Hatinya sudah tertarik dengan keperibadian Dahlia. Dan satu kejayaan besar bilamana Ilham juga menyukai gadis itu.
"Lia anak yatim piatu, Puan. Lia tak layak untuk keluarga ni." Lirih suara Dahlia. Sungguh, itu yang dia rasakan. Keluarga Puan Zanariah keluarga terhormat. Tuan Iskandar seorang pensyarah di salah sebuah universiti terkenal, Puan Zanariah pula bekas ketua pengarah jabatan kerajaan sebelum bersara, jauh hendak dibandingkan dengan salasiah keluarganya.
"Lagipun Lia masih ada tanggungjawab besar yang Lia kena pikul."
"Maksud Lia?" Dahlia toleh kearah Intan yang duduk dihadapannya.
"Lia kena kerja, Daiyan perlukan pembelanjaan yang besar untuk buat pembedahan. Lagipun Lia belum bersedia untuk menyusahkan sesiapa dengan tanggunjawab Lia." Kepala di tundukkan lagi. Jemari yang masih berada didalam genggam Puan Zanariah terasa kemas.
"Umi pasti, Am akan faham dengan tanggungjawab Lia dan Am pasti akan tolong Lia. Umi kenal anak umi." Bersungguh-sungguh dia cuba meyakinkan Dahlia.
'Alamak... macam mana ni? Nak bagi alasan apa pula ni?' Dahinya yang merecik dengan peluh membuatkan Dahlia tak senang duduk. 'Nak terus terang tak eah? Ah cakap ajelah daripada kena kahwin!'
"Puan ingat Lia pernah cakap arwah mama Lia meninggal sebab lemas?"
Puan Zanariah angguk kepala. Hatinya mulai rasa tidak senang dengan penolakkan Dahlia.
"Sebenarnya..." Dahlia jeda, berkira-kira mahu berterus terang atau tidak. Nafas dihela perlahan. Anak matanya tunak kearah wanita dihadapannya.
"Sebenarnya mama terjun jambatan. Mama.. mama bunuh diri", Dahlia tunduk memandang jemarinya. Air mata mengalir tanpa dipinta. Mengingatkan aib keluarga membuatkan hatinya rapuh.
Puan Zanariah dan Intan yang mendengar omongan Dahlia ternganga mulut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Bunuh diri?
Tanpa pamit, Puan Zanariah tarik tubuh Dahlia kedalam pelukkannya. Ya Allah, beratnya dugaan bakal menantunya. Air matanya ikut mengalir.
Bahu Dahlia terhinjut didalam pelukkan wanita itu. Pelukkan yang menghangatkan jiwa kosongnya yang sudah lama dahagakan kasih sayang seorang ibu.
"Lia..." Intan bangun dari duduknya. Langkah kaki diatur kearah Dahlia. Punggung dilabuhkan disebelah gadis itu. Bahu Dahlia yang membelakanginya digosok perlahan. Sungguh kenyataan yang baru didengari merobek hatinya. Tidak disangka bahawa gadis polos itu diuji sebegitu.
Bersambung....
•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•~ Terima kasih sudi baca. 💕
~ Kalau suka, bolehlah vote 🤭•*•*•

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...