BAB 3 🦩

43 5 0
                                    

     Dahlia parkir motosikal dihadapan pintu pagar kecil rumah teres 2 tingkat itu. Perumahan mewah ini bukanlah baru sekali Dahlia jejaki. Ada beberapa buah rumah lain juga yang mengambil khidmatnya sebagai pembantu rumah. Bahkan security guard juga sudah mengenali Dahlia. Tak perlu banyak soal ketika mahu masuk kesitu.

     Dan hari ini rumah bernombor 84 menjadi destinasi Dahlia untuk megemas. Malah tugasnya untuk rumah ini bukan sekadar mengemas tetapi juga membelikan barangan basah juga.

     Dahlia turun dari motosikal, plastik yang diambil dari raga motosikal dijinjit dikiri dan kanan tangannya. Rumah teres dua tingkat dikawasan perumahan mewah itu, Dahlia pandang. Cantiknya!

Pintu pagar kecil yang tidak berkunci Dahlia tolak. Ada sebiji kereta berwarna hitam diparkir dihadapan rumah. Disebelah kiri pula ada taman mini kecil dan kolam renang tapi kosong, tanpa pokok bunga.

     Dahlia masukkan kunci kedalam soket pintu kayu yang terukir cantik. Kunci itu diberikan Manisa kepadanya.

     Saat daun pintu ditolak, membulat mata Dahlia dengan apa yang dilihat. Hiasan dalaman yang simple dan minimalis. Dinding rumah berwarna putih itu menampakkan ruang menjadi luas kerana kebanyakkan perabut dan hiasan berwarna kelabu dan cream.

     Dahlia menuju ke dapur. Dapur pula nampak mewah dengan kebanyakkannya berwarna putih. Cantik sangat, dapur impiannya! Plastik diletakkan diatas island table. Dia mula mengeluarkan satu persatu barang-barang yang dibawa untuk disusun didalam kabinet dan peti ais.

     Usai mengemas barangan dapur, Dahlia mengemas bahagian ruang tamu pula. Perabut disapu menggunakan bulu ayam dan vacum sebelum disembur pewangi. Lantai yang sudah berkilat disapu sebelum dimop. Karpet juga divacum sehingga bersih. Manakala kabinet dan tv dilap menggunakan kain basah dan pencuci.

     Setelah berpuas hati dengan kerjanya diruang tamu, Dahlia melangkah naik ke tingkat 2.

Di tingkat 2 ada 4 buah bilik. Satu master bedroom yang sudah dipesan oleh Manisa supaya tidak dibuka dan dikemas. Arahan dari pemilik rumah itu sendiri. Satu bilik yang dijadikan bilik kerja dan pepustakaan, dua bilik tetamu dan dua bilik air.

Usai membersihkan kedua bilik tetamu, Dahlia masuk pula ke bilik yang dijadikan bilik kerja dan perpustakaan. Matanya buntang saat terpandang bilik yang besar itu dipenuhi dengan almari yang tersusun pelbagai buku, dari tebal hinggalah nipis. Beberapa kitab Al-Quran juga tersusun disitu. Lantas tangannya menyusun atur buku-buku yang sedikit berselerak.

Meja komputer dan komputer juga disapu dan dilap dengan kain basah. Lantai dan kerusi sofa panjang juga divacum supaya tidak berhabuk. Sesekali Dahlia bangun berdiri apabila pinggangnya terasa sakit. Kepala yang lenguh juga digerakkan ke kiri dan kanan. Tingkat atas ni memang memenatkan kerana ruang dan bilik yang banyak dan luas.

     Tanpa berlengah, Dahlia langkah kaki ke bilik air pertama. Bilik air yang nampak seperti tidak digunakan itu dipenuhi dengan habuk dan tahi cicak. Dia mengeluh perlahan. 'Kena kerahkan tenaga sikit ni', bisik hatinya. Hampir satu jam dia peruntukkan untuk mencuci satu bilik air sebelum beralih kepada bilik air yang seterusnya.

     Usai membersihkan kesemua bilik ditingkat 2, Dahlia melangkah untuk turun ke bawah. Masih ada satu bilik, bilik air dan dapur yang perlu dia bersihkan.

     Saat kakinya melangkah ketangga paling bawah, dahi Dahlia berkerut apabila terpandang sebatang tubuh yang sedang berbaring disofa panjang. Hatinya mula berdebar kencang. 'Siapa tu? Perompak ke?'

     Dahlia garu kepala tak gatal. Pintu utama sudah dikunci sebelum naik ke tingkat atas tadi. 'Owner rumah ni lelaki ke? Aduh.. lupa pula nak tanya Kak Manisa owner ni lelaki ke perempuan.' Dirumah ini juga tiada satu pun gambar manusia menyebabkan Dahlia tidak kenal pemiliknya. Dahlia telan liur. Ini bukan kali pertama Dahlia membersihkan rumah ini, sudah 4 kali dalam masa 2 bulan tapi tak pernah dia terserempak dengan pemilik rumah.

     Dahlia jenguk ke luar rumah, terdapat sebiji motosikal berkuasa tinggi diparkir disebelah kereta. "Dia balik dengan motor ke? Kenapa aku tak dengar pun bunyi enjin motor dia?"

     Dalam debar Dahlia langkah kaki kearah sekujur tubuh yang sedang berbaring. Saat kakinya makin mendekat, Dahlia terpandang segugus kunci diatas meja sofa. 'Owh... ownerlah kot sebab ada kunci.'

     Dahlia dilanda serba salah. Berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram ni bahaya. Risau kalau ditangkap basah! Dia mengeluh perlahan. Dia duduk melutut ditepi sofa. Raut wajah lelaki yang sedang lena dihadapannya dipandang. Wajah itu nampak pucat, dahinya juga jelas berpeluh.

      "Demam ke?" Gumam Dahlia perlahan. Dengan spontan, kekura tangan Dahlia dibawa naik ke dahi Ilham. "Allah.. panasnya!" Tanpa sedar nada suaranya naik seoktaf.

     Ilham yang terasa sesuatu menghempap dahinya dan mendengar suara kuat gadis itu membuka matanya perlahan. Kepala ditoleh ke kiri dimana Dahlia melutut. Matanya yang terasa pedih dibuka perlahan. Dahinya berkerut seribu. "Siapa?" Tanyanya sepatah. Bersusah payah dia lontarkan suara akibat tekaknya terasa perit. Matanya kembali dipejam.

     "Erkk... saya Dahlia, saya diupah untuk bersihkan rumah Encik." Suara Dahlia tersekat-sekat. Dia berundur ke belakang apabila lelaki itu bangun dari baring dan duduk diatas sofa. Mata kuyu lelaki itu yang menikam wajahnya membuatkan Dahlia kaget.

     "Eh, Encik... jangan bangun, Encik demam ni. Kejap saya ambilkan ubat." Dahlia bangun dari melutut. Kakinya laju dibawa kedapur. Kabinet dibuka dan sepapan panadol diambil. Segelas air putih juga dibawa bersama.

     "Encik makan ubat dulu", ubat dan air dihulurkan kearah lelaki itu. Ilham hanya menurut. Badannya terasa lemah saat ini. Usai makan ubat, gelas air dihulurkan kembali kepada Dahlia lalu tubuhnya dibaringkan semula.

     Dahlia kedapur untuk mencuci gelas. Selesai mencuci dia ke ruang tamu kembali. Dilihat Ilham yang sedang berbaring menimbulkan perasan kasihan dalam hatinya. Dia berpaling semula ke dapur. Air paip diisi kedalam besen kecil. Kain bersih diambil didalam laci. Kakinya dibawa kearah lelaki itu. Kain bersih dicelup kedalam besen dan diperah sebelum diletakkan diatas dahi Ilham.

     Ilham yang tersentak apabila merasa sejuk didahinya, buka mata. Saat matanya dibuka, wajah gadis itu terhidang dikornea matanya.

     "I'm fine, Angel", ujarnya dengan suara serak. Dahlia yang mendengar bait kata lelaki itu hanya mengerutkan kening. 'Angel? Dia panggil aku Angel ke?', Dahlia senyum nipis. Berbunga hatinya saat itu.

     "Erkk.. Encik... saya belum siap kemas lagi ni. Boleh tak kalau Encik keluar dulu? Tak eloklah berdua-duan dalam rumah macam ni", ujar Dahlia perlahan. Wajah yang sedang memejamkan mata itu dia pandang. Kacak walaupun pucat!

     "Tck!" Ilham mendecit. "Aku tak larat nak bangun. Kau buat jelah kerja kau". Lengannya naik keatas dahi. Berura-ura untuk tidur kembali.

Dahlia mengeluh perlahan. Nak tak nak kenalah dia berpura-pura lelaki itu tiada disitu. 'Semoga tiada perkara buruk yang berlaku', doa Dahlia dalam hati.

Bersambung...

•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•

~ Terima kasih sudi baca 💕

•*•*•

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now