'Cantiknya Ya Allah.' Tangan kanannya naik memegang dada. Ada getar disitu.
"Abang.." Dahlia lambai tangan kearah Ilham. Keningnya bertaut saat anak mata lelaki itu buntang ke arahnya. Dia jadi serba salah, risau kalau lelaki itu tidak suka atau malu dengan penampilannya.
Ilham yang tersedar dari lamunan pejam mata sesaat. "Masuk." Pintu kereta sebelah penumpang dibuka. Dicuba mengawal riak wajahnya walaupun hatinya sedang berperang saat itu.
Dahlia melangkah lambat-lambat tatkala tangan Ilham yang membukakan pintu untuknya. "Terima kasih", ucap Dahlia sebelum masuk kedalam perut kereta. Ilham angguk cuma.
"Balik sini tak malam ni?" Sapa Puan Zanariah yang baru keluar.
"Tak sure, umi. Kalau balik lambat, Am balik rumah terus", Ilham mendekati uminya untuk bersalam.
"Hati-hati, ya? Jaga menantu umi baik-baik", pesan Puan Zanariah dalam senyuman. Ilham angguk cuma.
•*•*•
Kereta dipandu dengan cermat ke Hotel Mustika. Dahlia yang sedang bermain dengan telefon, Ilham pandang sekali sekala. Matanya belum jemu memandang seraut wajah yang berjaya mendebarkan hatinya selain Angel.
Ilham berdeham untuk menarik perhatian Dahlia yang nampak sungguh ralit dengan gajet ditangan.
Mendengar deham dari Ilham, Dahlia pantas tutup telefon dan pandang kearah jalan. Janggal pula dirasakan apabila seharian tidak bertemu si suami. Hujung matanya dileret pada lelaki segak disebelahnya. 'Wangi betul. Berapa liter agaknya dia sembur minyak wangi? Ke mandi dengan perfume?' Dahlia sengeh dengan andaian sendiri.
"Kau cantik malam ni." Tak beriak wajah Ilham saat menuturkan pujian buat Dahlia.
Sengehan Dahlia mati saat terdengar bicara lelaki itu. Kepala ditoleh ke sebelah kanan. Lelaki itu nampak sangat tenang memandu.
"Terima kasih." Dengar tak dengar sahaja lontaran suara Dahlia. Dia malu sebenarnya dipuji lelaki itu. Lelaki itu nak bercakap dengannya pun susah apatah lagi nak memuji. Kembang kempis hidung mancungnya. Namun Dahlia masih berjauh hati dengan suaminya.
"Abang nak bawa Lia pergi mana?"
"Dinner."
"Dekat mana?"
"Hotel."
"Untuk apa?"
Ilham mengeluh perlahan. Dia mula rasa bersalah kerana tidak memberitahu Dahlia apa-apa. Bukan tidak mahu memberitahu isterinya itu cuma dia kekok untuk mengajak Dahlia menemaninya.
"Aku ada jemputan majlis persaraan rakan niaga."
Dahlia mengeluh. Dia diam sahaja, malas hendak bertanya selebihnya. Suasana kembali sunyi sudahlah Ilham tak pasang radio. Dahlia yang kebosanan pula serba salah nak pasang sendiri takut dikatakan tidak sopan. Maka dia hanya tumpukan perhatian pada jalan raya sahaja seperti lelaki dingin disebelahnya. Kalaulah lelaki itu bukan suaminya, mati hidup balik pun dia tak akan ikut.
•*•*•
Sampai sahaja didepan pintu hotel. Datang seorang lelaki memakai pakaian seragam berwarna biru gelap yang ada logo hotel, membukakan pintu untuk Dahlia. Dahlia keluar sambil mengucapkan 'terima kasih'.
Ilham keluar dan diberikan kunci keretanya kepada lelaki muda itu sebelum lelaki itu memandu kereta Ilham untuk diparkir.
Dahlia yang kekok mengibas-gibas kain gaunnya yang agak serabai. Dia berdiri ditempat dia turun tadi untuk menunggu Ilham. Dia mana tahu nak pergi ke mana, tak biasa!

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...