BAB 29 🦩

43 2 0
                                    

Perjalanan ke rumah Johan hanya ditemani suara dari radio kereta Ilham. Baik Ilham atau Dahlia, mereka selesa mendiamkan diri. Dahlia dengan hati yang terluka dan Ilham dengan segunung perasaan bersalah.

Sampai sahaja dirumah Johan, kelihatan banyak kereta yang sudah terparkir. Malam ini Johan dan Ayu mengadakan makan malam secara kecilan dengan menjemput beberapa orang kenalan rapat mereka ketika diuniversiti. Johan, Ayu dan Ilham adalah rakan sekelas dan sudah berkenalan lama.

Johan dan Ayu yang menyambut kedatangan tetamu tersenyum lebar didepan pintu.

"Selamat datang Am, Dahlia. Jemput masuk." Ramah Johan mempersilakan tetamunya masuk.

"Lia ingatkan Ayu, isteri Abang Han?"

Dahlia angguk kepala sambil senyum manis. Tangan dihulurkan untuk bersalam. Ayu menyambut huluran tangan Dahlia dengan senyuman sinis. Cepat-cepat tangannya ditarik kembali sebelum sempat Dahlia tunduk untuk mencium.

Dahlia tersentak. Kali pertama bertemu wanita berambut panjang beralun itu ketika mereka menghadiri majlis perkahwinannya dua bulan yang lepas dan seperti malam ini, wanita itu juga kelihatan sinis dan dingin dengannya. Entah apa salah Dahlia pun dia tidak tahu.

"Mana Fayyaz?", tanya Ilham. Fayyaz yang baru berusia sebulan adalah anak pertama Johan dan Ayu setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.

"Ada dekat atas, dah tidur dah", ramah Ayu menjawab soalan Ilham. Sempat menjeling Dahlia disebelah sahabatnya.

"Jemputlah masuk. Jemput makan ya, jangan malu-malu", pelawa Johan lagi. Dia sedar akan sikap isterinya terhadap Dahlia. Puas dinasihatkan agar isterinya itu berubah namun Ayu masih berdegil dan mengikut amarahnya sahaja.

•*•*•

Usai makan, Dahlia ambil segelas air oren dan duduk diatas kerusi panjang ditepi gazebo. Tetamu yang agak ramai membuatkan Dahlia segan. Sudahlah dia tidak kenal siapa-siapa kecuali suaminya.

Dahlia mengeluh perlahan. Sejak sampai kesini, Ilham hanya mengendahkan Dahlia. Langsung tidak menghiraukan Dahlia yang termangku seorangan. Terbit penyelasan dihati Dahlia, Kalaulah dia menolak sahaja ajakan Ilham pasti dia tidak merasakan perasaan ini, perasaan tidak dipedulikan.

Malah tetamu yang lain juga memandang Dahlia seperti seorang manusia yang jijik dan harus dijauhkan.

'Kau kena sedar Lia, kau tak layak duduk dengan orang-orang macam ni. Tak setaraf', bisik hatinya tanpa sedar sebak datang bertandang.

"I tak sangka Ilham bawa you sekali." Tanpa disuruh, Annisa duduk disebelah Dahlia. Suara dan senyumannya cukup sinis, cuba menyakitkan hati polos Dahlia.

Dahlia hanya memandang kosong kearah Annisa yang duduk disebelahnya. Wajah yang dirias cantik dengan pantulan cahaya lampu putih menimbulkan senyuman nipis dibibir Dahlia. Tengok sahajalah penampilan mereka dan dia, ibarat bumi dan matahari. Jauh berbeza. Mereka dengan dress yang menawan dan mahal manakala Dahlia dengan dress kaftan berbunga yang murah dan wajah yang hanya dihiasi liptint merah tidak berjenama.

"You bahagia ke kahwin dengan Ilham?" Tanpa pandang wajah Dahlia, Annisa bertanya.

Dahlia tersentak dengan soalan dari teman kuliah suaminya. Wajah tidak beriak wanita disebelahnya dipandang sekejap.

"Alhamdulillah, bahagia", jelas Dahlia sambil tersenyum.

Annisa ketawa mengejek. "Kalau you tipu pun, I bukan tahu, kan? Macam I pernah cakap, I tak percaya Am kahwin dengan you sebab cinta sebab mustahil Ilham boleh lupakan Angel." Dahlia disebelah dipandang sinis. Sakit hatinya apabila Ilham lebih memilih budak kampung itu dari dirinya.

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now