BAB 15 🦩

32 4 0
                                    

Ilham yang sedang melangkah, terhenti apabila anak matanya menangkap seorang Dahlia sedang menangis. Helaan nafas dilepaskan. Simpatinya tumpah pada gadis itu.

      Kakinya perlahan dibawa kearah Dahlia yang sedang terduduk memeluk lutut.

     "Dahlia.."

     Tatkala telinga Dahlia mendengar suara seseorang memanggil namanya, Dahlia dongak kepala. Melihat Ilham yang sedang memandangnya, Dahlia buru-buru bangun.

     "Kenapa Encik ada dekat sini?" Air mata dikesat kasar.

     "Aku nak cakap dengan kau." Ingin sahaja jemari kasarnya naik megesat air mata gadis itu, namun Ilham sedar mereka tiada pertalian.

     Dahlia telan liur. 'Nak cakap pasal aku tolak pinangan dia ke?'

•*•*•

"Kenapa kau tolak pinangan umi?"

Dahlia kalih kearah Ilham disebelahnya. Sisi lelaki itu dipandang. Liur ditelan. "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu. Kita tak setaraf." Dia tunduk memandang jemari yang sedang bermain sesama sendiri.

Ilham mengeluh perlahan. Kepala ditolehkan kepada Dahlia. "Maksud kau?" Dia sudah tahu namun dia mahu mendengar sendiri dari mulut gadis itu.

"Mama saya meninggal sebab bunuh diri. Papa lari tinggalkan kami. Adik saya sedang sakit. Taraf kita jauh berbeza. Saya tak nak keluarga Encik terpalit dengan malang keluarga saya. Saya tak nak keluarga Encik dipandang serong."

Lirih sekali suara Dahlia dipendengaran Ilham. Sisi wajah yang tertunduk itu dia tenung. Jelas dipenglihatannya tahi lalat digaris bibir Dahlia yang mengingatkannya kepada Angel. Rindu bertamu. Dia kalih pandang ke hadapan, merenung pepohon bunga yang merimbun ditaman hospital itu.

Ada beberapa orang yang sedang duduk berbual ditaman itu. Mungkin saudara pesakit, fikirnya.

"Kalau kau rahsiakan, tiada siapa yang akan tahu."

Dahlia toleh pandang Ilham. Ilham ikut pandang wajah mendung Dahlia. Cahaya lampu yang menerangi wajah gadis itu menarik perhatian Ilham. Cantik!

"Rahsia?" Dahlia senyum nipis. Dahlia mengeluh perlahan. Bukan seorang Dahlia suka berahsia.

"Papa rahsiakan sebab kenapa dia tinggalkan kami. Dia cuma cakap yang dia sudah tidak sanggup. Apa yang dia tak sanggup, kami tak tahu." Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan.

"Lepas papa tinggalkan kami, mama bersedih sampai abaikan saya dan Daiyan. Bila tahu Daiyan sakit, mama bangkit. Mama tunjuk dia sangat kuat. Dihina, dicaci dan dimaki kononya mama bukan isteri yang baik hingga ditanggalkan oleh lelaki sebaik papa pun mama masih kuat. Mama terima semuanya dengan senyuman." Air mata yang bertakung, cuba ditahan. Dahlia tak mahu dilihat lemah.

"Siapa sangka, kekuatan yang mama tunjukkan sebenarnya adalah racun yang membunuh mama dalam diam. Mama dah lama mati sebelum bunuh diri." Akhirnya Dahlia teresak. Fikirannya melayang mengingatkan mamanya. Kekuatan yang ditunjukkan Puan Atirah rupanya kelemahan yang cuba disembunyikan. Dalam diam emosi mamanya tidak stabil. Sebab itulah mama dikatakan gila oleh orang kampung.

"Lepas mama terjun, saya tak pernah jumpa mama lagi. Saya tak ada kesempatan untuk cium wajahnya untuk kali terakhir. Mama mati tanpa kubur. Jasadnya tak dijumpai hingga hari ini." Air mata yang masih laju membasahi pipi, Dahlia seka.

Emosinya penat. Penat dengan pinangan dari Puan Zanariah dan lelaki disebelahnya. Bertambah bercelaru emosinya dengan khabar bahawa dia harus berpindah. Dimana dia mahu tinggal selepas ini? Entahlah.. dia belum berfikir tentang itu. Tidur dibawah jambatan juga Dahlia tidak kisah. Sekurang-kurangnya dia boleh berjimat untuk dana pembedahan Daiyan.

Ilham tersentak dengan kisah hidup Dahlia. Sungguh hatinya bersimpati dengan gadis itu. Membuatkan tekadnya kuat untuk memiliki gadis itu.

"Kahwin dengan aku dan aku akan tanggung pembelanjaan pembedahan adik kau." Ilham bersuara tanpa riak. Dia nekad untuk membantu gadis itu, lagipun dia tidak sampai hati menghampakan harapan uminya yang mahu bermenantukan Dahlia.

     Pantas kepala ditoleh kearah lelaki disebelahnya. Dahlia gigit bibir bawah. Terasa marah dengan omongan lelaki itu. "Tak perlu! Saya boleh cari duit sendiri!" Suaranya naik seoktaf. Pantas dia berdiri dan melangkah pergi.

    Baru selangkah Dahlia atur langkah, lengannya disambar oleh tangan Ilham. Dahlia berpaling kearah lelaki itu. Matanya mencerlung kearah Ilham.

    Ilham telan liur. Kali pertama dia melihat wajah marah Dahlia. Tetap comel pada pandangan matanya.

     Dahlia tarik lengannya kasar. "Kenapa Encik nak sangat kahwin dengan saya?" Lengan disilang kedada.

     "Aku nak tolong kau, Dahlia."

     "Tolong ajalah, tak perlu sampai nak kena kahwin."

     Ilham mengeluh berat. Leher digosok beberapa kali. "Umi nak sangat kau jadi menantu dia", ujarnya berterus terang. Dahlia tidak sukakan rahsia, maka dia berterus terang akan niatnya.

    "Encik macam mana?"

     Ilham angkat kening? "Macam mana?" Tanyanya polos.

     "Encik nak saya jadi isteri Encik sebab umi Encik, begitu? Encik nak saya kahwin dengan Encik walaupun tanpa rasa kasih dan sayang? Tanpa cinta?"

     "Well... apa salahnya kalau untuk kebaikkan bersama", Ilham angkat bahu. Baginya mereka punya sebab tersendiri untuk berkahwin biar pun tanpa cinta.

    "Heh.." Dahlia ketawa senget. Seakan mengejek lelaki dihadapannya. Senangnya lelaki itu mengungkapkan kata. Tidak tahukah dia bahawa pernikahan itu sesuatu yang mulia. Pun begitu, Dahlia tak pernah terfikir mahu menikah. Dia cuma mahu hidup dan bekerja keras untuk Daiyan.

     Ilham mendecit. Langkah didekatkan kepada Dahlia. Matanya tunak memandang wajah tanpa secalit makeup itu. Gadis itu turut mendongak memandangnya. Entah gadis itu terlebih pendek atau dia yang terlebih tinggi juga tidak tahu.

     "Kau memang pentingkan diri sendiri, kan?"

     Dahlia kerut dahi. Beraninya lelaki ini menuduhnya. Tangannya naik mencekak pinggang. "Maksud Encik, apa?" Kening diangkat kearah lelaki itu. Wajah putih berjambang dan berkumis nipis itu dipandang. 'Macam pelakon Turki!', bisik hatinya.

     "Adik kau perlukan duit untuk pembedahan dan kau dekat sini bercerita tentang perasaan kau sahaja. Kau ingat senang nak kumpul duit kalau setakat kerja bersih rumah orang? Banyak sangat ke gaji kau? Berapa lama agaknya kau perlukan masa untuk cukupkan duit pembedahan adik kau? Yang mana lagi penting sekarang ni siapa? Diri kau atau adik kau?" Jari telunjuk ditunjukkan pada dada Dahlia. Dia cuma mahu psycho gadis itu tidak bermaksud menghina.

     Mulut yang ternganga dikatup perlahan. Dahlia tunduk perlahan. Tangan digenggam rapat. Betul ke dia pentingkan diri sendiri? Didepan matanya adalah solusi pantas untuk dapatkan dana pembedahan Daiyan namun dia menolak kerana dirinya tidak mahu berkahwin. Keluhan perlahan dilepaskan.

     "Lia!"

     Dahlia dan Ilham toleh serentak kearah suara yang memanggil nama Dahlia. Jururawat Ana berlari mendapatkan Dahlia.

     "Puas akak call Lia", dalam kelelahan dia bersuara.

     Dahlia raba poket seluarnya. Handphonenya tiada! Sah dia tertinggal didalam beg sandangnya.

     "Maaf akak, Lia lupa bawa handphone. Kenapa ni kak?" Tanya Dahlia panik. Dapat dia rasakan ada sesuatu yang berlaku. Kalau tidak masakan Ana akan mencarinya hingga kelelahan.

     Ana telun liur pantas. "Daiyan... Daiyan kena serangan jantung. Sekarang dia dah dibawa ke ICU." Ujarnya dengan nafas pendek.

    Membuntang mata Dahlia. Tanpa pamit dia berlari ke bangunan ICU tanpa mempedulikan Ana dan Ilham yang terpingan-pinga.

Bersambung...

•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•

~ Terima kasih sudi baca. 💕
~ Kalau suka, bolehlah vote 🤭

•*•*•

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now