Dahlia kemam bibir. Penat terasa otot pipinya asyik tersenyum dari tadi. Tangan yang terasa berpeluh juga membuatkan dia tidak selesa. Namun untuk memberitahu suaminya agar melepaskan pegangan, dia malu. Hatinya berdoa dari tadi supaya Ilham melepaskan pegangan tangan mereka, namun tiada tanda-tanda lelaki itu akan melepaskan.
"Jom, aku kenalkan kau dengan budak-budak tempat kerja aku." Tanpa menunggu, Ilham tarik tangan Dahlia mengikut jejak langkahnya. Dahlia menurut dalam keterpaksaan. Baju kebaya songket berwarna biru laut yang tersarung dibadannya agak menyukarkan pergerakan dengan beberapa aksesori yang merimaskan Dahlia.
Dahlia di perkenalan dengan beberapa orang pekerja HCS yang datang pada petang ini. Dahlia hanya senyum dan bercakap bila perlu. Dia kekok sebenarnya. Walaupun saudara mara Puan Zanariah semuanya melayannya dengan baik namun sesekali timbul perasaan segan, seperti dia tidak layak diperlakukan begitu. Namun jauh disudut hatinya, Dahlia bersyukur Allah kurniakan keluarga mertua yang sangat baik dengannya walaupun dia anak yatim piatu.
"Awak... saya nak pergi minum air sekejap." Dahlia meminta kebenaran. Lebih kepada mahu melepaskan diri apabila dirinya diendah Ilham kerana rancak berbual dengan pekerjanya.
Ilham pandang wajah disebelahnya. Dia angguk perlahan sambil tersenyum nipis. Dahlia serba salah apabila Ilham masih tidak melepaskan genggam tangan mereka.
"Err.. tangan", ujarnya berbisik ke bahu Ilham. Nak bisik ke telinga, lelaki itu tinggi macam KLCC!
"Owh, sorry." Ilham sengeh.
Dahlia pantas melangkah kearah meja dessert. Cheese tart yang sedari tadi berada diatas meja menjadi sasarannya. Beberapa biji tart diambil. Segelas air sunquick juga diambil. Dia duduk diatas kerusi yang sudah kosong. Hari sudah lewat petang, sudah ramai tetamu yang sudah pulang.
Air diteguk rakus. Lega tekaknya apabila air sejuk melalui kerongkongnya.
"Hai..."
Dahlia bangun apabila kelibat seorang perempuan mendekatinya. "Hai..." senyumnya manis.
Perempuan berbaju kebaya ketat berwarna hitam itu duduk tanpa dipelawa. Kakinya disilangkan. Wajahnya tunak memandang wajah pengantin perempuan itu. 'Boleh tahan', desis hatinya.
"I Annisa, kawan Am masa dekat universiti."
"Saya Dahlia."
"I wonder macam mana Am boleh kahwin dengan you. Setahu I taste Am bukan budak kampung macam you." Annisa senyum mengejek.
Dahlia melepaskan keluhan perlahan. Dia tidak merasa terhina dengan ucapan Annisa cuma rasa kelakar. Bibirnya mengorak senyuman nipis.
"Mungkin cinta pada pandangan pertama." Dahlia senyum memandang Annisa.
"Well... yang I tahu, you bukanlah cinta pertama dia. Walaupun I pelik macam mana dia boleh lupakan Angel dan kahwin dengan you tapi I andaikan bahawa uolls berjodoh. Anyway, congrats." Tanpa pamit, Annisa bangun dan berlalu pergi.
"Angel?" Bibirnya mengumam nama yang dia dengar didalam kereta tengah hari tadi. Dahlia mengeluh. Malas memikirkan benda yang tiada kaitan dengannya.
Baru sahaja Dahlia ingin menjamah cheese tart, matanya melirik kearah Nurin yang sedang berjalan kearahnya. Wajah mendung dengan mata berair itu mengetarkan hati Dahlia. Bekas polistrin diletak diatas meja kosong didepannya. Dia bangun apabila Nurin sudah sampai dihadapannya.
"Lia...", Nurin hulurkan tangannya kepada Dahlia. Dahlia sambut huluran. Dahinya berkerut apabila mata basah Nurin menjamah kornea matanya. Dadanya berombak kencang. 'Janganlah, Ya Allah...', doa hatinya.

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...