BAB 7 🦩

37 3 0
                                    

    Usai solat Asar, Dahlia kembali ke ICU. Dia masih belum tahu khabar tentang Daiyan yang masih berada dalam wad ICU itu. Doa panjang dia panjatkan kepada Allah SWT supaya dipermudahkan urusan para Doktor dan jururawat untuk mengubati dan diberikan kesembuhan buat adiknya.

Dari jauh dia nampak kelibat Ilham sedang duduk diatas kerusi sambil bermain telefon. Dahi Dahlia berkerut. 'Kenapa dia ada dekat sini lagi?' Langkah kaki dilajukan kearah lelaki itu.

Sampai sahaja ditempat duduk itu, Dahlia labuhkan punggung disebelah Ilham. Matanya ditacap pada lelaki berkulit putih itu. "Kenapa Encik tak balik lagi?"

Tanpa menjawab soalan Dahlia, Ilham hulurkan satu plastik putih kepada gadis itu. Dahlia jungkit kening. "Ambillah", arahnya sepatah. Nada seperti memaksa. Pantas Dahlia sambut huluran lelaki tanpa riak itu. Plastik dibuka, ada air kotak Milo, air kopi dalam tin, chocolate bar, roti dan crackers.

     "Nak makan nasi,tak?"

      Pantas kepala ditoleh kearah lelaki disebelahnya. Dahlia geleng kepala perlahan. "Terima kasih." Ilham hanya angguk sebagai tanda 'sama-sama'.

     Dahlia capai sekotak air Milo lalu dibuka dan disedut perlahan. Dia lapar kerana dia cuma sempat bersarapan sahaja tadi namun seleranya mati. Hati dan fikirannya cuma dipenuhi dengan kerisauan terhadap Daiyan. Sudah berjam- jam dia menunggu disitu namun masih tiada khabar berita.

"Siapa nama kau?"

Dahlia yang sedang menyedut air kotak, menoleh kearah lelaki disebelahnya. Lelaki itu juga turut memandangnya. Terasa segan bertentangan mata, Dahlia larikan anak matanya ke hadapan. "Dahlia", jawabnya sepatah. Jeda. Tiada reaksi dari lelaki disebelahnya.

"Nama Encik?" Dahlia toleh kesisinya semula. Lelaki itu masih merenungnya. Tajam.

"Ilham."

Dahlia angguk kepala beberapa kali. Senyuman nipis dihadiahkan buat lelaki itu, namun lelaki itu tetap mempamirkan wajah tanpa riak kepadanya. 'Tak mesra alam, betul!' Rungut hatinya.

Baru sahaja Dahlia ingin menyedut kembali air kotaknya, seorang Doktor keluar dari ICU. Melihat kelibat lelaki berbaju coat putih labuh itu mendekatinya, Dahlia bangun dari duduk. Ilham yang melihat juga turut bangun.

"Waris pesakit Daiyan?", tanya Doktor Adli. Walaupun sudah mengenali Dahlia namun dia tetap bertanya untuk kepastian semetelahlah disisi gadis itu ada seorang lelaki yang dia tak pernah lihat bersama Dahlia. Selalunya hanya Dahlia seorang yang menjaga dan melawat Daiyan.

Dahlia angguk kepala laju. Kedua tangannya digenggam kemas. Bersedia untuk mendengar penjelasan dari doktor muda itu.

"Daiyan kena serangan jantung tadi. Kami dah buat ujian ECG dan ujian darah dan keputusannya saluran darah Daiyan tersumbat. Kami dah masukkan tiub bagi memastikan saluran darahnya terbuka. Buat masa sekarang ni, kami kena pantau dulu macam mana tiub tu berfungsi keatas jantung Daiyan. Kalau tak berkesan, kita kena buat pembedahan", panjang lebar Doktor Adli menerangkan tentang keadaan kesihatan Daiyan.

"Serangan jantung? Sejak bila Doktor? Sebelum ni Daiyan tak ada sakit jantung pun?" Mata Dahlia yang berkaca dia kelip beberapa kali agar air mata tidak menitik. Sungguh dia lemah saat mendengarkan berita itu. Allahuakbar.. beratnya ujian adiknya!

"Sebenarnya, bukan mudah bagi seseorang itu untuk mengesan tanda serangan jantung terutamanya jika mereka tidak mengalami simptom seperti sakit pada bahagian abdomen atas. Lagipun seperti kita tahu, Daiyan ada penyakit Leukemia yang memerlukan dia mengambil beberapa jenis ubatan yang boleh menyebabkan jantungnya tersumbat. Mungkin ada ubatan yang tidak sesuai untuknya. Kami belum pasti. Kami akan lakukan pemeriksaan yang menyeluruh keatas Daiyan."

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now