BAB 22 🦩

30 4 0
                                    

      Setelah selesai pengebumian Daiyan, Dahlia hanya berteleku diatas sejadah. Hari sudah lewat pagi, matanya masih belum mengantuk. Dia bangun untuk solat sunat supaya hatinya tenang dan redha dengan pemergian adiknya.

Kalau pagi tadi, dia dihujani dengan kata-kata 'tahniah', namun sejak petang tadi hanya perkataan 'takziah' terdengar digegendang telingannya.

Dahlia bangun dari duduk, sejadah dan telekung dilipat dan diletakkan diatas sofa dihujung bilik. Kakinya dibawa kearah katil. Dia berdiri ditepi katil, matanya memandang sayu tubuh yang sudah lena itu.

Ilham yang sedang lena itu ditenung lama. Kasihan pada suaminya, seharian kepenatan dengan majlis pernikahan mereka, petang pula sibuk menguruskan jenazah dan pengebumian Daiyan.

Lelaki itu sentiasa ada. Ketika jenazah Daiyan diurusan di hospital. Ketika dibawa pulang untuk dimandi dan dikafankan, lelaki itu yang membantu. Ketika solat jenazah, lelaki itu ada di saf hadapan, malah lelaki itu juga yang turun kedalam liang lahad untuk menyambut jenazah. Dahlia terharu dengan kesudian lelaki itu menguruskan jenazah adiknya walaupun baru beberapa jam bergelar abang ipar.

Dahlia genggam kedua tangannya. Serba salah untuk tidur disebelah lelaki itu. Namun mengenangkan tubuhnya yang keletihan, Dahlia ambil keputusan untuk berbaring sahaja sambil membetulkan urat saraf yang kepenatan. Tak lama lagi azan Subuh akan berkumandang dan dia akan bangun untuk solat sebelum lelaki itu bangun.

Matanya berkerdip memandang syiling putih yang bercorak cantik. Hawa sejuk dari penghawa dingin terasa mencengkam tulang. Dahlia tarik selimut yang membaluti sebahagian tubuh Ilham dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan lelaki itu dari lena.

Dahlia berbaring mengiring ke kiri, menghadap suaminya. Dengan lampu kuning yang malap dari luar rumah, nampak jelas raut wajah lelaki itu dipenglihatannya.

Jambang dan kumis halus yang menghiasi wajah lelaki itu menarik perhatiannya, nampak seperti pelakon Turki dengan kulitnya yang putih.

     Angel.

     Kalau lelaki itu sudah ada kekasih, kenapa tak kahwin sahaja dengan Angel? Kenapa harus korbankan hatinya semata-mata untuk membantunya dengan kos rawatan arwah Daiyan? Hatinya seperti meronta-ronta mahu mengetahui tentang Angel namun Dahlia sedar, perkahwinan mereka bersebab. Entah esok atau lusa Ilham akan menceraikannya kerana Daiyan sudah pun meninggal dunia. Bukankah pernikahan mereka kerana Daiyan?

     Dahlia tarik nafas panjang. Sebak didadanya saat ini. Terkadang fikirannya mempertikaikan kenapa nasib hidupnya tidak pernah indah? Namun akal warasnya meminta agar dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk bernafas. Tanpa sedar, Dahlia lena dalam kesayuan.

                                       •*•*•

Ilham bangun sembilan puluh darjah dari baring. Terpisat-pisat mata Ilham apabila mendengar sayup-sayup laungan azan Subuh dari masjid berdekatan perumahan orang tuanya. Selalunya dia akan bangun sebelum azan berkumandang tetapi akibat kepenatan, lenanya panjang.

Hampir terloncat Ilham apabila matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang berbaring disebelahnya.

"Ya Allah... lupa aku dah nikah", bisiknya. Tangan mengurut dada beberapa kali, terkejut.

Semalam selepas selesai pengebumian Daiyan, dia pulang kerumah dan terus masuk ke bilik untuk mandi dan tidur. Ke mana dan dimana Dahlia berada dia tidak pasti kerana tubuhnya yang lesu meminta untuk berehat.

Wajah polos yang lena itu dipandang. Rambut hitam dan lurus semulajadi itu menerbitkan senyuman nipis dibibir Ilham. Kali pertama melihat gadis itu tanpa tudung. Wajah pucat itu nampak sembab, mungkin banyak menangis.

Tiba-tiba timbul rasa bersalah disudut hatinya. Dahlia sudah bergelar isterinya dan gadis itu baru sahaja kematian ahli keluarganya namun Ilham membiarkan gadis itu keseorangan semalam. Kedua tangannya naik meraup muka sebelum keluhan berat dilepaskan kasar.

Cepat-cepat Ilham bangun berdiri disebelah katil apabila Dahlia bergerak dari tidurnya. Semakin resah gelisah hatinya apabila gadis itu membuka mata dan memandangnya.

"Nak solat sama-sama?" Tanya Dahlia dalam mamai. Baru tadi dia berhajat mahu baring sahaja, tak sangka dia tertidur. Dahlia bangun dari baring. Rambut separa bahu yang bebas diikat satu. Sedaya upaya dia cuba sembunyikan perasaan malu dan kekok bila berhadapan dengan lelaki yang baru bergelar suaminya.

"Ermm.. ok", pantas Ilham berlalu ke bilik air. Entah apa rasa hatinya saat ini. Ada debar, gentar dan perasaan aneh yang Ilham sendiri sukar untuk tafsirkan.

                                    •*•*•

        Suara merdu Ilham mengaluhkan surah-surah suci menyejukkan sekeping hati Dahlia. Beginikah perasaan punya seorang suami? Dahlia senyum nipis.

     "Aminnn..." Suara Ilham mengembalikan Dahlia dari lamunan. Tangan yang dihulurkan Ilham disambut dan dicium kekura itu sekilas.

     "Terima kasih."

     Suara Dahlia mematikan langkah Ilham untuk bangun. Punggungnya dilabuhkan kembali diatas sejadah. Kening diangkat kepada Dahlia.

     "Terima kasih sudi urusan jenazah Daiyan", Dahlia tunduk. Ada nada sebak dipeti suaranya.

     Ilham mengensot merapati Dahlia. "Dahlia, pandang aku", pintanya.

    Perlahan-lahan Dahlia angkat kepalanya. Anak mata mereka beradu.

      "Aku suami kau, kau dan arwah dah jadi tanggungjawab aku. Kau boleh harapkan aku, kau boleh minta tolong aku apa pun dan bila-bila pun. Dan kau boleh bercerita dengan aku apa sahaja, aku boleh jadi telinga untuk kau. Aku tak nak kau pendam masalah atau perasaan kau." Ilham tarik nafas panjang. Itu semua lahir dari hatinya. Dia tidak mahu culas dengan tanggungjawabnya sebagai suami walaupun apa jua alasan mereka bersatu.

     Dahlia terkedu. Kata-kata yang kedengaran ikhlas itu meruntum jiwanya. Perlahan-lahan dia tundukkan kepalanya. Air mata yang bertakung sudah mengalir lesu.

     "Dahlia...", Ilham tarik dagu Dahlia dengan jemarinya agar memandang wajahnya. "Percaya pada aku, aku akan jaga kau." Jemari kasarnya mengesat lembut air mata yang mengalir dipipi Dahlia. Dia sedar yang Dahlia dalam fasa kesedihan. Dia harus memujuk. Bukan berniat mahu memberikan harapan palsu, dia bersungguh-sungguh dengan kata-katanya.

Kalau sebelum ini niatnya cuma mahu membantu gadis itu dan mengembirakan hati uminya namun sekarang Ilham sedar, tanggungjawabnya sudah besar.

    Dahlia pejam mata rapat. Cuba memproses kata-kata suaminya. Jauh didalam hatinya berasa lega dan senang dengan omongan Ilham namun hatinya sangsi. Pemergian papa menjadikan Dahlia lebih berhati-hati dengan lelaki.

"Tapi adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya. Saya akan pulangkan balik duit pembedahan yang awak dah berikan." Tutur Dahlia sayu.

Ilham mengeluh berat. Tangan naik meraup wajah. "Kita bincang benda ni kemudian. Kita turun dulu."

Bersambung...

•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•

~ Terima kasih sudi baca. 💕
~ Kalau suka, bolehlah vote 🤭

•*•*•

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now