Perjalanan yang singkat dirasakan terlalu lama bila berduan dengan lelaki disebelahnya. Ilham yang tenang memandu dengan berbaju melayu teluk belanga berwarna putih susu dan sampin songket berwarna biru muda nampak kacak dimata Dahlia.
Kalaulah dia tahu yang Ilham akan menemaninya sudah pasti Dahlia pergi tanpa memberitahu Intan.
'Eh, tak boleh Lia. Kau dah jadi isteri orang. Kata nak jadi isteri solehah, kenalah minta izin suami.' Mata dipejam rapat dan kepala digelengkan.
"Kau okey?"
Bahu Dahlia terhenjut sedikit mendengar suara garau menyapa telinganya. Dia toleh memandang suaminya. "Okey." Jawabnya perlahan.
"Bila tarikh pembedahan Daiyan?"
"Bulan 7. Lagi 2 bulan."
Jeda. Sehinggalah mereka sampai di hospital.
•*•*•
Masuk sahaja kedalam wad itu, Dahlia dan Ilham dibanjiri dengan ucapan tahniah oleh kakitangan wad yang mengenali Dahlia. Senyuman manis tak lekang dari bibir Dahlia. Sesekali dia toleh memandang Ilham. Lelaki itu hanya tersenyum nipis dan bercakap bila ditanya sahaja. Dingin!
Sampai sahaja di katil nombor 17, Dahlia labuhkan punggung diatas kerusi. Wajah lena Daiyan ditenung. Adiknya nampak pucat. Dadanya juga berombak laju.
Tangannya naik mengusap perlahan pipi Daiyan yang cengkung.
Terasa pipinya sejuk, Daiyan buka mata dalam kepayahan. Tekaknya terasa perit namun bibirnya dipaksa senyum untuk Dahlia. Tangan kanannya naik untuk menyentuh wajah Dahlia.
"Cantik." Pujinya perlahan. Jari telunjuknya mengusap pipi merah Dahlia.
Dahlia senyum nipis. Dahi licin Daiyan diusap lagi. Hidung Daiyan yang dipasang dengan Oxygen Nasal Cannula (wayar oksigen hidung) meruntum hatinya.
"Tahniah kakak." Lemah sekali suara Daiyan kedengaran. Dahlia hanya mampu menangguk kepalanya. Jemari Daiyan didalam genggamnya diramas kemas. Air mata yang cuba ditahan sudah tidak mampu dibendung.
Jari Daiyan naik menyeka air mata Dahlia.
"Jangan menangis.. nanti make up kakak...hilang." Lambat-lambat Daiyan bersuara.
"Abang..." tangannya naik memanggil Ilham yang sedari tadi berdiri dibelakang Dahlia.
Mendengar namanya diseru, Ilham capai tangan Daiyan yang dihulur untuknya. Punggung dilabuhkan diatas katil. Matanya tunak memandang adik iparnya. Hatinya turut sebak dengan keadaan Daiyan.
"Terima kasih...sudi terima kakak Daiyan...Daiyan harap...abang boleh jaga kakak dengan baik...Daiyan tak mampu...nak jaga kakak..."
"InsyaAllah... kita akan jaga kakak Daiyan sama-sama. Daiyan kena sihat dulu, ya?" Ilham memujuk. Matanya ditoleh kearah wajah Dahlia yang sudah basah dengan air mata.
Daiyan senyum memandang Ilham. Lelaki yang baru kali pertama dia bertemu sudah bergelar abang ipar. Walaupun tidak mengenali lelaki itu namun dia yakin Dahlia mampu bahagia dengan Ilham yang dilihat baik itu.
Tangan Daiyan dialih untuk meraih tangan Dahlia yang sedang teresak itu.
Dahlia sambut tangan Daiyan dan dibawa kebibirnya. Tangan itu dicium berkali-kali. "Adik kuat, ya? Kakak tahu adik boleh. Dah lama adik kuat. Sikit lagi, InsyaAllah.."
"Kakak...ampunkan...adik, ya? Halalkan makan... minum adik. Adik sayang... kakak.."
"Kakak halalkan semuanya untuk adik. Adik tak pernah buat salah dengan kakak. Kakak sayang adik. Kakak nak adik kuat untuk kakak." Pipi Daiyan diusap lagi. Air mata yang mengalir ditubir mata Daiyan diseka lembut.

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...