Tuk tukk..! Pintu kaca pejabat diketuk.
"Masuk", satu suara garau kedengaran. Pintu dibuka dan figura seorang lelaki memasuki ruang pejabat yang luas itu.
"What's up bro?", sapa Johan sambil mengambil tempat duduk diatas kerusi berhadapan dengan Ilham. Ilham cuma berdehem menandakan yang dia menyedari kehadiran Johan tanpa mengangkat mukanya. Jarinya sibuk menekan permukaan ipad.
"Dah siap ke check?", sapa Johan. Tangannya dibawa menongkat dagu. Mata tak lepas memandang jejaka kacak dihadapannya.
"Sikit lagi. Banyak kesalahan ejaan", Ilham menangkat mukanya dan menjeling kepada Johan. Johan sengeh malu.
"Sorry, bro. Aku taip cepat-cepat semalam sebab takut tak sempat pulak nak bagi kau semak", terang Johan mempertahankan diri.
Ilham diam sambil tangan dan matanya lincah dilarikan pada pemuka iPad.
Johan masih disitu, menatap sahabat karib merangkap business partnernya. Mereka bersama seorang lagi rakan ketika universiti, Haslinda menubuhkan syarikat cyber security.
HERO CYBER SECURITY menawarkan perkhidmatan keselamatan kepada laman web syarikat atau organisasi. Sudah 4 tahun beroperasi di ibu kota. Syarikat-syarikat besar dan ternama antara pelanggan HCS. Dan sekarang mereka sedang menyiapkan satu tender untuk syarikat elektrik gergasi di Malaysia. Lumayan kalau dapat. Namun persaingan tetap ada.
"Bila nak hantar tender?", tanya Johan.
"Esok".
Johan mengangguk kepalanya. Susah ajak bersembang dengan mamat dingin ni kalau dia tengah buat kerja, terlalu komited dan serious sahaja. Aura karisma Ilham sangat terserlah dengan penampilannya. Dia yang lelaki pun kadang terpaku dengan aura maskulin Ilham apatah lagi perempuan. Namun seorang Ilham setia orangnya.
Sejak 4 tahun lalu, hidup sahabatnya berubah, dari seorang yang ceria dan lantang berdebat menjadi dingin dan pendiam. Bercakap bila perlu sahaja. Menjawab soalan juga dengan kosa kata semaksimum mungkin.
Johan sumbing bibir. Tahu kenapa Ilham merubah warna hidupnya. Hanya kerana seorang wanita. Wanita yang Ilham cinta separuh mati, Angeline Wang. Datanglah sejuta perempuan cantik sekali pun, hatinya tetap pada 'Angel'nya.
"Done". Ilham menutup ipadnya dan disimpan didalam laci meja kerja. Matanya naik memandang Johan. Termati lamunan Johan.
"Nak makan dekat mana?"
"You decided".
•*•*•
Dahlia masuk kedalam rumah kedai yang menempatkan headquarter untuk Manisa Cuci and Service, tempatnya bekerja sejak 6 bulan lalu.
"Awalnya Lia datang?", sapa Manisa, majikan Dahlia.
"Lia bangun awal harini, kak." Dahlia senyum sambil tangannya mengambil sekeping kad kedatangan dan diletakkan ke dalam mesin punch card.
"Lia sarapanlah dulu. Tunggu Nurin sampai nanti akak bagi briefing." Dahlia angguk dan halakan kakinya kearah pantri.
Nasi lemak yang dibekalkan oleh Mak Ucu dibukan dan dijamah. Air kosong diteguk setelah selesai makan. Baru sahaja Dahlia mahu bangun, bahunya disentuh kasar oleh seseorang. Dahlia toleh kearah figura yang menepuk bahunya. Kelihatan Nurin yang sedang tercunggap-cunggap mengambil nafas.
"Kau kenapa? Kena kejar anjing?", dahi Dahlia berkerut. Kasihan melihat dahi sahabatnya yang sudah berpeluh itu.
Nurin yang masih menyedut oksigen dengan kasar, menarik kerusi disebelah Dahlia. Pinggangnya dicekak menahan penat. "Pakcik tu kejar aku", tersekat-sekat nafasnya berserta bunyi nafas yang kuat.
Buntang mata Dahlia saat mendengar jawapan Nurin. "Pakcik tu kejar kau?! Dia marah kau kerja lagi ke?" Naik seoktaf suara Dahlia.
Nurin angguk kepala laju. "Bodoh, kan? Aku ni datang kerja macam datang berperang. Hari-hari kena marah dengan pakcik gila tu!"
Dahlia ketawa besar mendengar rungutan Nurin. Entah kenapa Nurin selalu dimarahi dan dikejar pakcik kurang siuman yang berlegar-legar dikawasan itu sedangkan Dahlia selalu terserempak dengannya tidak pula dimarah apatah lagi dikejar.
"Kau gelakkan aku eak? Sukalah kau tak kena marah pakej kena kejar lagi. Aku ni sikit lagi nak pergi Siam, bomohkan pakcik tu. Apa entah masalah dia nak marah aku kerja. Eh, biarlah aku kerja, bukan aku susahkan dia pun!" Jeda sebentar. Air kosong dihadapan Dahlia diambil dan diteguk rakus. "Aku ni duduk rumah kena halau suruh keluar kerja. Datang kerja pula, kena marah kenapa nak kerja? Penat tak jadi aku?!" Sambungnya lagi. Kepalanya dianggukkan kearah Dahlia. Dahlia ikut angguk kepalanya.
Dahlia senyum nipis. "Kau ni macam tak tahu pakcik tu kan kurang siuman, dia tak maksudkan pun apa yang dia cakap." Pujuk Dahlia.
Nurin mencebik. "Untunglah tak pernah kena kejar." Anak matanya diguling. Entah kenapa asyik dia sahaja yang menjadi mangsa pakcik tu. Sudahlah kadang-kadang dia dikejar dihadapan lelaki-lelaki kacak, malu 7 keturunan!
Dahlia ketawa kuat. Kadang-kadang sahabatnya ini sangat menghiburkan.
"Nurin dah sampai?" Manisa jengguk kedalam pantri lantas kakinya dibawa masuk ke dalam. "Akak briefing dekat sini ajelah", sambungnya. Buku nota bersaiz A4 dibuka dan dia sudah bersedia untuk memberikan tugas kepada dua orang pekerjanya. Dahlia dan Nurin sedia mendengar arahan daripada majikan mereka.
Mereka adalah pekerja pertama yang bekerja untuk Manisa Cuci and Service sejak ditubuhkan 6 bulan lalu. Syarikat kecil yang menawarkan perkhidmatan mencuci dan mengemas dari rumah ke rumah.
Manisa yang pernah menjadi orang gaji selama berbelas tahun untuk sebuah keluarga di Dubai, pulang ke tanah air dan menubuhkan syarikat pembersihan itu dengan bantuan suaminya. Buat masa sekarang dia tidak mampu mengajikan ramai pekerja namun dia bersyukur kerana walaupun Dahlia dan Nurin masih muda, namun mereka sangat rajin, cekap dan teliti dalam kerjanya.
Bersambung...
•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•~ Suka tak? Kalau suka, votelah sikit 🤭
~ Andai ada kesalahan ejaan atau tatabahasa boleh tolong betulkan ya.•*•*•

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...