"Siapa Angel?", tanya Dahlia memecahkan kesunyian didalam kereta hitam milik Ilham. Mereka dalam perjalanan pulang dari makan malam dirumah Johan.
Ilham yang sedang tenang memandu berpaling sekilas kearah Dahlia yang sedang memandangnya.
"None of your business, Dahlia", tanpa riak Ilham menjawab.
Dahlia terkedu dengan jawapan suaminya. Perasaan sebak yang bertandang cuba diusir menjauh. "Dia kekasih Abang, kan?"
Jeda. Ilham pandang kearah Dahlia apabila ucapan itu keluar dari mulut isterinya tapi Ilham memilih untuk diam.
"Kenapa Abang kahwin dengan Lia kalau Abang dah ada kekasih?", tanya Dahlia lagi. Sakit hatinya apabila Ilham berdiam diri.
"Sebab umi dan sebab aku nak tolong kau." Akhirnya Ilham bersuara apabila mendengar rengusan keras Dahlia.
"Kenapa tak kahwin dengan Angel? Sebab umi tak setuju?"
Ilham diam lagi. Matanya tunak memandang kearah jalan raya yang tenang. Sudah lewat malam, kenderaan diatas jalan sudah berkurangan. Dia tiada hati mahu menjawab pertanyaan Dahlia. Baginya Dahlia tidak berhak tahu dan ambil tahu tentang hidupnya.
Dahlia pandang semula kehadapan apabila sedar Ilham tidak mahu menjawab soalannya. Dadanya terasa sebak. Ilham membawanya ke rumah Johan dan Ayu sekadar untuk dirinya dihina dan dibandingkan dengan Angel. Sungguh terluka hati Dahlia saat ini. Hatinya tak henti-henti berzikir agar perasaannya tenang.
•*•*•
Sudah pukul 2 pagi, Dahlia masih tidak mampu melelapkan mata. Suaminya pula selepas pulang dan mandi terus masuk ke bilik bacaan. Seperti biasa Dahlia akan tidur seorang didalam bilik.
'Sebab Angel kau dilayan seperti ini, Lia. Dan mungkin sampai bila-bila pun kau cuma seorang isteri yang dilafazkan dihadapan tok kadi sahaja.'
Dahlia bangun dari katil dan berjalan turun. Dia ingin minum untuk menyejukkan tekak dan hatinya. Air mata yang ditahan dari dalam kereta tadi akhirnya jatuh jua.
Sampai sahaja dibawah, Dahlia bawa kakinya kearah pintu gelangsar ruang tamu. Pintu kaca itu dibuka seluas-luasnya. Dia jatuh terduduk disitu. Peha dirapatkan kedada dan dipeluk erat. Dahlia menangis tersedu sedan.
Entah kenapa hatinya rapuh saat ini. Kata-kata hinaan dari sahabat suaminya seolah lagu rancak bermain dimindanya. Sikap Ilham kepadanya juga membuatkan jiwa Dahlia kacau bilar. Sungguh hatinya sudah tidak mampu menahan rasa sakit sepanjang perkahwinan dia dan Ilham. Dia sudah mengalah dengan keadaan.
"Mama...adik... kenapa tak bawa kakak sekali? Kakak sunyi..", rintih Dahlia pilu. Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja.
Dahlia bangun berdiri. Hawa sejuk yang mencengkam hingga ke tulang diendahkan. Langkahnya perlahan kearah kerusi batu yang berada ditengah halaman kosong itu. Hujan yang tadi rintik-rintik sudah mengila. Batang tubuh yang sudah mulai didakap air hujan hanya dibiarkan. Kalau dulu Dahlia benci dan takutkan hujan, kini dia sudah tidak peduli. Kalau hujan mampu menyejukkan hatinya, biarlah dia lencun.
Jiwanya yang kosong menjadikan Dahlia seorang yang rapuh. Bersaksikan hujan yang lebat, Dahlia kalah dengan air mata buat sekian kalinya.
•*•*•
Ilham berjalan turun kebawah apabila anak tekaknya terasa perit. Sampai sahaja dibawah, anak kakinya berhenti melangkah apabila terpandang sebatang tubuh yang sedang memandang kearah halaman kosong. Esakkan halus dari bibir gadis itu menyentak tangkal hati Ilham. Dahlia sedang menangis!
Ilham berundur dua langkah ke belakang dan belakang badannya disandarkan pada dinding. Belakang kepala dihantuk perlahan beberapa kali ke dinding apabila kata-kata Dahlia menusuk ke hatinya. Dia tahu Dahlia sedih, terluka dan kecewa. Semuanya kerana dirinya.
•*•*•
Usai solat subuh, Dahlia sudah bersiap. Dia ingin meminta izin suaminya untuk bermalam dirumah mertuanya. Dahlia kebosanan berada dirumah lagipun dia masih berkecil hati dengan layanan Ilham kepadanya. Selesai bersiap dan mengemas beberapa helai baju, Dahlia turun kebawah. Pagi ini dia tidak menyediakan sarapan seperti selalu kerana tahu Ilham tidak akan menjamahnya.
Dahi Ilham berkerut apabila terpandang beg pakaian berada diatas sofa ruang tamu. Matanya meliar mencari kelibat isterinya lantas kaki dibawa melangkah ke dapur. Sosok belakang tubuh Dahlia yang sedang membancuh air dipandang. Isterinya itu sudah siap bertudung membenihkan tanda tanya dibenaknya.
"Kau nak pergi mana?"
Terhinjut bahu Dahlia apabila ditegur. Dia toleh kebelakang memandang suaminya yang nampak santai berbaju jersi hitam dan berseluar slack warna senada. 'Eh, tak pergi kerja ke?'
"Lia nak pergi rumah umi, nak tidur dekat sana", tenang Dahlia menjawab. Air yang siap dibancuh dibawa ke island table. Dia duduk disitu mengadap Ilham yang sudah berpeluk tubuh memandangnya.
"Aku tak izinkan". Bersahaja nada Ilham. Wajah sembab isterinya dipandang. Kerja gilalah kalau dia izinkan Dahlia pergi dengan wajah macamtu, nanti dia disoal siasat oleh umi dan Kak Intan.
"Lia nak pergi. Abang izinkan atau tak, Lia tetap akan pergi. Sama ada abang hantar Lia atau Lia pergi sendiri." Tegas Dahlia menjawab walaupun dalam hatinya menahan debar.
Ilham mengeluh kasar. Belum pernah lagi Dahlia melawan kata-katanya, ini yang pertama kalinya. Dia berjalan menghampiri island table, kerusi berhadapan Dahlia ditarik dan dia duduk disitu. Anak matanya tunak memadang seraut wajah lesu tanpa make-up itu.
"Kenapa nak pergi tidur sana? Kau dah tak ada rumah?"
"Tak ada. Ini bukan rumah Lia."
Ilham mengeluh lagi. Belakang tenguknya diurut perlahan. "Habistu rumah umi tu rumah kau ke?", matanya cerlung memandang Dahlia. Gadis itu turut memandangnya dengan mata berkaca.
"Bukan juga rumah Lia tapi sekurang-kurannya Lia rasa dihargai disana. Lia tak sunyi. Dekat sini Lia sunyi. Abang ada tapi macam tak ada",Dahlia tunduk memandang cawan yang masih berwap panas. Perlahan matanya yang berkaca sudah bertakung.
Ilham tersentak dengan kata-kata Dahlia. Pelipis diurut perlahan. Rasa bersalah bersarang dihati. Kejamkah dia? Suara serak dan sayu Dahlia melembutkan hatinya.
"Tunggu aku balik jogging, aku hantar kau pergi sana". Ilham bangkit dari duduk.
"Tak nak! Lia nak pergi sekarang!" Dahlia gigit bibir bawahnya. Dirinya sendiri juga terkejut dengan nada suara yang keluar. Dia tunduk apabila Ilham berpaling kearahnya. 'Ya Allah, Lia.. kau dah hilang akal ke?'
Keluhan terbit dibibir Ilham. Kali pertama juga Dahlia meninggikan suara kepadanya. "Tunggu dekat kereta", ujarnya lalu melangkah ke tingkat atas.
Bersambung....

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...