BAB 9 🦩

39 4 0
                                    

     "Assalamualaikum.. morning Lia, Daiyan. Macam mana Daiyan hari ini?", sapa jururawat Ana mesra. Kedatangan pagi untuk memberikan ubat kepada Daiyan. Remaja itu yang baru sedar dari lenanya nampak masih mamai.

     "Waalaikumusalam, kak Ana." Dahlia senyum manis kepada Ana. Daiyan yang sedang terbaring ikut senyum, mahu menyatakan bahawa dia baik-baik sahaja namun suaranya tidak mahu keluar.

     "Owh ya Lia. Ada orang tunggu Lia dekat luar."

     Dahlia yang sedang memasukkan baju kotor kedalam plastik, toleh pandang Ana. "Siapa cari Lia, kak? Pagi-pagi pula tu..", Dahlia kerut dahi. Belum pernah orang mencarinya sampai ke hospital. Kalau Bonda, Nurin atau Kak Manisa, mereka akan datang apabila waktu melawat bukan pagi-pagi begini.

"Lelaki yang datang dengan Lia semalam", balas Ana sambil tersenyum. Membulat mata Dahlia saat mendengar ucapan Ana. 'Kenapa dia datang pula? Aishh...!'

"Ok, kak. Terima kasih." Ana angguk dan berlalu pergi setelah menyutik beberapa jenis ubat kepada Daiyan.

Dahlia duduk diatas kerusi disebelah Daiyan. Bahu adiknya dipegang lembut. "Adik, kakak balik dulu,ya? Hari ini kakak cuti, nanti tengah hari kakak datang lagi." Senyuman dimaniskan. Daiyan angguk perlahan sambil tersenyum. Tekaknya yang masih sakit tidak mampu untuk mengeluarkan suara. Dahlia lega apabila pagi tadi sebelum subuh, Daiyan sudah sedarkan diri. Sempat dia sujud syukur sebelum solat Subuh tadi.

Dahlia atur langkah kaki keluar dari wad. Kelihatan seorang lelaki yang sedang bersandar pada dinding. Lelaki itu nampak santai mengenakan baju t-shirt putih dan seluar kargo hitam. Dikanan tangannya ada handphone, tangan kiri pula dimasukkan kedalam poket seluar. Dahlia berjalan merapatinya.

"Kenapa Encik ada dekat sini?"

"Umi ajak sarapan dekat rumah", ujar Ilham sambil memasukkan handphone ke dalam poket. Anak matanya dipakukan kepada Dahlia. Mata gadis itu nampak sembab, mungkin banyak menangis.

      "Buat susah-susah sahaja Encik datang? Saya boleh pergi sendiri."

     "Tskk..", Ilham berdecit. Kakinya dilangkah kearah Dahlia. Apabila bauan Ilham dapat dihidu olehnya, Dahlia berundur sedikit kebelakang. Peristiwa semalam bermain diingatannya. Disentuh lelaki itu semalam membuatkannya berhati-hati. Ilham yang melihat perubahan air muka Dahlia memberhentikan langkahnya. Pangkal hidung digaru kekok. Bibirnya mengorek senyum nipis. Sedar tindakan bodohnya semalam mungkin membuatkan gadis itu takut kepadanya.

"Jom." Ilham berjalan membelakangi Dahlia. Dahlia hanya menurut. Asalnya dia mahu menaiki grab ke rumah Puan Zanariah untuk mengambil motosikalnya. Tapi jika lelaki itu mahu menumpangkannya, lagi dia suka. 'Jimat duit tambang', Dahlia sengeh.

•*•*•

Mitsubishi ASX hitam meluncur perlahan. Pagi-pagi begini banyak kenderaan bersusun diatas jalan raya. Ramai yang mahu menuju ke tempat kerja.

Kalau bukan kerana dia demam kemarin, memang dia akan menaiki motosikal kerumah orang tuanya, Ilham sememangnya malas hendak memandu kereta. Dia lebih suka membawa motosikal berkuasa tingginya. Tidak perlu beratur dan hadap jem yang memang sinonim dengan bandar besar itu. 

"Encik dah sihat?", tanya Dahlia lembut. Kepalanya ditoleh kearah Ilham yang sedang tenang memandu. Lelaki itu hanya angguk kepalanya.

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now