Ilham masuk ke bilik pejabat Johan bersama iPad dan beberapa fail nipis. Langkah panjangnya diatur ke arah sofa yang sudah diduduki oleh Johan dan seorang lagi pekerja Hero Cyber Security (HCS), Amirul.
Perbincangan tentang beberapa masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat milik Dato' Omar yang sudah diambil alih oleh anaknya, Naem.
Sejak berita persaraan Dato' Omar diketahuai pihak musuh, serangan siber keatas laman sesawang dan fail-fail sulit milik syarikat itu semakin kerap namun percubaan demi percubaan berjaya ditangkas oleh pihak HCS.
Hampir 3 jam perbincangan, Amirul keluar meninggalkan bilik pejabat Johan.
"So, macam mana keputusan budak tu? Siapa nama dia? Aku lupa."
Ilham yang sedang mengemas barang, terhenti dengan pertanyaan Johan.
"Dahlia." Belakangnya disandarkan pada sofa. Jari naik mengaru pelipis.
"Dia terima aku", jawabnya tanpa riak.
"Jadi, betullah kau nak kahwin dengan dia sebab umi. Dia terima lamaran kau sebab duit?" Ilham angguk cuma.
"Kau tahu, mama dia bunuh diri, terjun jambatan. Sampai sekarang mayat tak dijumpai." Mengenali Johan sejak bersekolah diasrama penuh membuatkan Ilham tidak risau berkongsi masalah dan rahsianya dengan lelaki itu.
Johan buntang mata. Terkejut dengan kenyataan dari sahabatnya. "Seriously?" Keningnya terangkat. Ilham angguk lagi.
"Kesiannya...." Johan geleng kepala beberapa kali. Dia bersimpati dengan nasib gadis itu walaupun tidak mengenali Dahlia.
"Tapi Am, aku peliklah kenapa kau setuju nak kahwin dengan dia? Kau dah boleh lupakan Angel ke?"
Ilham angkat kepala memandang Johan. Duduk ditegakkan dengan kedua siku diletakkan diatas lutut.
"Tak mungkin aku lupakan Angel." Suaranya perlahan.
"Habis tu kenapa kau nak kahwin dengan budak tu?" Dahinya berkerut lagi dengan jawapan Ilham. 'Main gila betul dia ni.'
"Sebab umi dan sebab aku nak tolong dia."
Badannya kembali disandarkan pada sofa. "Mungkin sebab aku kesiankan dia. Dia perlukan duit dan aku perlukan dia untuk bahagiakan umi aku", sambungnya lagi. Wajah Dahlia menari-nari diruang matanya.
Dia tahu Dahlia sedang bersusah payah bekerja semata-mata untuk kumpul wang untuk pembedahan adiknya dan dia rasa bertanggunjawab untuk membantu gadis itu.
"Kau kena ingat, Am... bernikah ni bukan semata-mata kerana rasa kesian tapi nafkah zahir dan batin. Mungkin kau mampu dan boleh beri nafkah zahir, tapi batin? Hati kau tu..." jarinya ditunding pada dada Ilham sebelum dia menyambung bicaranya. "Hati kau tu mampu ke kau bagi cinta dan kasih sayang yang selayaknya kepada Dahlia bila dia dah jadi isteri kau?" Johan jeda sejenak. Wajah Ilham yang sedang memandangnya dia pandang.
"Mampu ke kau lupakan Angel sepenuhnya dan tumpukan hidup kau pada Dahlia? Dahlia tu anak yatim piatu, berdosa kalau kau aniaya anak yatim." Keningnya diangkat kepada Ilham. Lelaki itu tunduk memandang lantai.
"Aku tahu kau orang kahwin bersebab tapi ingat, kita ada agama, Am. Tskk... Come on, Am. Agama kau lebih hebat dari aku, mestilah kau tahu, kan? Aku cuma ingatkan kau tujuan sebenar pernikahan. Aku tak nak kau seksa hati kau dan budak tu."
Jeda. Tiada suara dari sahabatnya itu.
"Fikir masak-masak, Am. Aku taknak kau buat keputusan yang salah. Yang paling penting jangan disebabkan perasaan kasihan kau pada Dahlia dan sebab nak bahagiakan hati umi kau, kau dah lukakan hati kau sendiri." Johan bangun dan menuju kearah meja kerjanya. Fail dan laptop diletakkan disitu. Ilham yang turut bangun, membontoti langkah Johan.
"Aku happy sangat bila kau cakap kau nak kahwin tapi bukan dengan cara macam ni, Am." Kedua tangan dimasukkan kedalam poket seluar. Anak matanya tunak memandang wajah maskulin sahabatnya.
"Besar harapan aku untuk tengok kau bahagia, Am. Move on, buka hati kau untuk Dahlia kalau betul kau orang berjodoh. Tapi kalau kau tak ada niat nak bahagiakan dia, baik kau batalkan hasrat untuk kahwin dengan dia, aku takut kau yang akan menyesal nanti." Bahu Ilham ditepuk lembut. Berharap agar sahabatnya tidak tersilap langkah.
•*•*•
Masuk sahaja ke dalam bilik pejabatnya, Ilham henyak punggung diatas kerusi kulit. Kepala disandarkan dibelakang kerusi. Mata dipejamkan. Bait-bait kata dan nasihat Johan berlegar-legar di kepalanya.
Benar dia tidak boleh dan belum boleh melupakan Angel. Benar dia ajak Dahlia kahwin hanya kerana umi dan rasa kasihan terhadap gadis itu.
Kalau sebelum ni dia yakin dengan keputusannya namun sekarang dia berbelah bahagi. Berdosakah dia seandainya dia tidak mampu membahagiakan Dahlia?
Wajah tegangnya diraup kasar. Dia mendengus kasar. Ilham sedar segalanya sudah terlambat, dia lelaki yang berpegang pada kata-katanya, maka dia harus mengotakan janjinya.
•*•*•
Dahlia yang baru selesai solat Insyak melangkah kearah tingkap rumah sewanya. Dari tingkap rumah itu, dia nampak dada langit yang gelap.
Tangannya naik memegang dada. Kepada Allah SWT dia panjatkan doa semoga urusannya dan urusan pembedahan Daiyan dipermudahkan.
Tarikh pembedahan telah diberitahu oleh jururawat Ana. Lagi 2 bulan kerana bilik pembedahan penuh, lagi pula keadaan Daiyan belum dibolehkan untuk dia dibedah. Daiyan perlu menjalani beberapa sesi kimoterapi dahulu agar tubuhnya kuat untuk menjalani pembedahan.
Dahlia toleh kearah katil biliknya. Beberapa helai kertas yang berada diatas katil dia renung. Segala dokumen dan borang untuk bernikah telah selesai. Lagi 3 hari dia dan Ilham akan menikah di pejabat agama kerana Dahlia menggunakan wali hakim.
Kaki dilangkah pula kearah almari bilik. Baju kurung moden berwarna putih susu yang dijahit manik itu dipandang. Cantik sangat! Intan, bakal kakak iparnya yang memilih potongan baju untuknya. Sesuai dengan dengan keinginan Dahlia. Tangannya yang mengusap lembut baju yang tergantung dipintu almari terhenti tatkala fikirannya teringatkan sesuatu.
"Ingat.. kita kahwin sebab kita dah jatuh cinta. Aku tak nak umi atau family aku tahu sebab sebenar kita kahwin."
Itulah kata-kata yang dilontarkan Ilham sebelum lelaki itu pulang tempoh hari. Kata-kata berupa amaran.
Dahlia mengeluh berat. Tanggungjawabnya akan semakin bertambah selepas ini walaupun perkahwinan mereka bukanlah seperti pasangan yang bercinta.
Walaupun bagaimana pun, Dahlia berhutang budi dengan lelaki itu. Dan untuk membalas jasa lelaki itu, dia berjanji dengan dirinya yang dia akan menjadi seorang isteri yang baik. Walaupun tak pernah terfikir dibenaknya untuk berkahwin namun impian Dahlia adalah menjadi isteri Solehah dambaan Syurga. Dahlia ketawa kecil dengan angan-angannya.
Bersambung...
•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•~ Terima kasih sudi baca. 💕
~ Kalau suka, bolehlah vote 🤭•*•*•
YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...