Dahlia mundar mandir diruang tamu. Jam menunjukkan pukul 11.20 malam namun kelibat suaminya masih tidak kelihatan. Tekadnya mahu mengambil hati Ilham. Dia terhutang budi dan dia berniat mahu membalasnya.
Anak matanya dihala diatas meja di dapur, ada ayam masak merah, sayur campur dan ikan goreng. Besar harapannya agar Ilham sudi menjamah masakannya.
Penat berdiri, Dahlia duduk diatas sofa. Siaran tv yang dipasang tidak menarik perhatiannya.
"Lambatnya dia balik? Ke memang selalu balik lambat?"
Dahlia bangun dari duduk apabila cahaya lampu kereta masuk kedalam rumah. Baju t-shirt lengan panjang berwarna biru dibetulkan. Dia berjalan kearah pintu dan kunci dibuka.
"Abang dah balik?", sapanya mesra. Senyuman manis dihadiahkan buat suaminya yang jelas dengan raup wajah kepenatan. Tangan dihulurkan untuk bersalam.
Tersentak Ilham dengan teguran Dahlia. Tangannya naik menyambut huluran tangan Dahlia. Terasa lembut kucupan dikekura tangannya menerbitkan semacam rasa dihatinya.
"Kenapa tak tidur lagi?" Tanpa riak Ilham bertanya. Tangannya yang masih digenggaman Dahlia dipandang sekilas.
"Lia tunggu abang balik", sengehan Dahlia makin melebar apabila dirasakan genggaman tangannya dibalas Ilham.
"Abang nak makan? Lia ada masakkan ayam masak merah. Umi kata abang suka ayam masak merah", Dahlia tarik tangan Ilham ke meja makan. Dengan malas Ilham turuti.
"Aku tak lapar." Tanpa riak Ilham bersuara. Sungguh dia tidak ada selera untuk makan, dia cuma mahu mandi dan tidur setelah seharian terkejar ke sana dan ke mari untuk urusan kerjanya. Ilham berlalu ke tingkat atas meninggalkan Dahlia yang terkulat-kulat sendirian.
Dahlia pegang dadanya. Sebak bertandang lagi. Suaminya masih tidak sudi menjamah masakannya.
"Sabar Lia.. mungkin dia betul-betul dah kenyang." Matanya dipejam rapat, cuba mengusir rasa sayu yang sudah bersarang dihati. Tangannya pantas mengemas lauk pauk diatas meja untuk disimpan ke dalam peti sejuk. 'Esok boleh dipanaskan lagi', bisik hatinya.
Selesai mengemas, Dahlia naik kebilik. Pintu yang sedikit terbuka ditolak, sebatang tubuh yang hanya bertuala membuatkan Dahlia serba salah untuk menyapa.
"Abang..."
Tersentak Ilham yang sedang mengeringkan rambutnya dengan tuala apabila suara Dahlia menyapa gegendang telinganya. Dia berpaling kearah Dahlia yang sedang berdiri dihadapan pintu. Matanya dipakukan kearah isterinya, menanti bait-bait kata dari bibir munggil itu.
Dahlia berjalan kearah katil. Punggungnya dilabuhkan disitu. Dia tunduk memandang peha sendiri. Tidak betah untuk terus memandang tubuh suaminya yang terdedah.
"Lia nak minta izin letak dokumen dan buku-buku Lia dalam bilik kerja Abang, boleh?"
Ilham menuju kearah almari baju. Sehelai t-shirt putih dan kain pelikat dikeluarkan. Dia berjalan ke arah Dahlia yang sedang tunduk bermain dengan jemari sendiri. Terbit senyuman nipis dibibirnya.
"Boleh. Lagipun banyak lagi ruang kosong dekat almari tu", ujarnya sambil melangkah ke bilik air.
Dahlia tarik nafas panjang. Lega rasanya dapat bernafas dengan tenang. 'Itulah kau, senonong je masuk bilik. Kan dah termalu tengok badan ketak-ketak suami sendiri.' Dahlia sengeh lebar.
•*•*•
Pintu bilik yang sedikit terbuka itu, Dahlia tolak perlahan. Matanya terus terpacak pada tubuh suaminya yang sedang duduk mengadap laptop didalam bilik kerja itu. Bilik itu juga dijadikan perpustakaan mini.

YOU ARE READING
DAHLIA UNTUK DAHLIA
RomanceILHAM HAKIMI | NUR DAHLIA "Kenapa kau tolak pinangan umi?." - ILHAM "Maaf, saya tak boleh terima pinangan tu" - DAHLIA "Kahwin dengan aku dan aku akan tolong adik kau"- ILHAM "Adik saya dah tak ada jadi bolehlah awak lepaskan saya"- DAHLIA. "Seka...