BAB 23 🦩

42 4 0
                                    

Dahlia betulkan pinggangnya yang terasa lenguh. Sejak pagi lagi dia membersihkan rumah suaminya. Sudah dua hari mereka pulang ke rumah dua tingkat itu dari rumah mertuanya.

Dia bosan sebenarnya. Dua hari sebelum akad nikah, Intan meminta Dahlia untuk berhenti kerja atas arahan Ilham. Nak tak nak, Dahlia ikutkan sahaja. Dan sekarang dia kebosanan duduk dirumah walaupun baru dua hari.

Dia turun ke ruang tamu yang luas, pintu gelengsar dibuka seluas-luasnya untuk menjemput bayu masuk. Laman yang luas dan kosong itu Dahlia pandang. "Kalau tanam pokok bunga, mesti cantik", dia mengomel.

"Buatlah macam rumah sendiri."

Pesanan Ilham kepadanya masih terngial-ngial semasa dia melangkah masuk sebagai isteri tuan rumah ini. Kalau dulu dia masuk sebagai orang gaji, namun sekarang Dahlia masuk sebagai isteri tuan rumah. Dahlia lorek senyuman manis.

Dahlia tarik nafas panjang. Sudah dua hari dia disini, malamnya hanya bertemankan bantal. Dua malam juga Ilham tidak tidur dibiliknya. Bila ditanya, jawapan lelaki itu; "Aku ada dekat bilik kerja, buat kerja. Tak sedar tertidur dekat sana."

Benar lelaki itu tertidur di bilik kerja. Semalam Dahlia terjaga dan menjenguk ke bilik itu, Ilham sedang berbaring diatas sofa panjang yang diletakkan ditepi meja kerjanya. Mahu dikejutkan tapi Dahlia bimbang dimarahi walaupun lelaki itu belum pernah meninggikan suara kepadanya.

Timbul perasaan serba salah dalam diri Dahlia. Adakah lelaki itu tidak mahu sekatil dengannya? Atau lelaki itu marah kerana Dahlia tidur diatas katilnya?

Dahlia peluk tubuh. Seminggu bergelar isteri kepada lelaki bernama Ilham Hakimi itu tidak merubah apa-apa. Lelaki itu tetap dingin dengannya. Bercakap bila perlu sahaja.

Lain pula bila dihadapan mertuanya, Ilham akan menjadi suami yang paling romantik dan penyanyang. "Heh...", Dahlia ketawa mengejek.

"Nak pelik apa, Dahlia? Kau kahwin pun sebab umi dan duit sahaja." Kepala digeleng beberapa kali.

Dahlia berlalu ke dapur. Kaki dan matanya disinggah pada island table didapur. Bihun goreng, telur mata dan secawan kopi yang sudah sejuk dipandang.

      Hari ke dua Dahlia menyediakan sarapan untuk suaminya namun langsung tidak disentuh. Makan malam yang Dahlia masak juga tidak dimakan. Suaminya selalu pulang ketika Dahlia sudah lena. Pemergian suaminya ke tempat kerja juga tidak dimaklumkan. Malah nombor telefon Ilham juga dia tidak ada.

   "Percaya pada aku, aku akan jaga kau."

   Dahlia mengeluh berat. Kalau ketika itu Dahlia percaya namun sekarang hatinya sangsi. Ilham benci padanya, kah? Kalau tidak benci kenapa lelaki itu seolah melarikan diri daripadanya?

     "Arghh...!! Malas nak fikir! Bersyukur Lia, kau dah ada tempat tinggal dan ada juga orang yang sudi ambil kau sebagai isteri, jadiiii... kau kena layan dia baik-baik", monolog Dahlia sendiri.

Dahlia tarik kerusi dan duduk sebelum bihun goreng diceduk kedalam pinggan. Kalau Ilham tak sudi menjamah makanannya, tak apa.. biar dia sendiri yang makan!

                                 •*•*•

        Setelah seminggu bergelar suami, hati Ilham tidak tenteram. Tidur malamnya selalu didatangi Angel dan Dahlia. Angel yang manis tersenyum padanya. Dahlia yang memandang sayu kepadanya.

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now