BAB 5 🦩

40 5 0
                                    

     "Kolam?" Dahlia telan liur saat mendengar perkataan 'kolam'.

"Ya, bersihkan kolam renang. Boleh tak?" Puan Zanariah bertanya, risau kalau menyusahkan gadis itu apabila wajah Dahlia kelihatan kusut saat dia menyuruh gadis itu membersihkan kolam renang rumahnya.

"Eh, boleh Puan. Dah memang kerja saya." Dahlia lorek senyuman palsu. Dia harus bersikap professional apabila melibatkan kerja. Dia makan gaji dan dia inginkan duit yang halal untuk menampung perubatan Daiyan.

"Alat untuk bersihkan kolam ada dalam stor tepi kolam tu, ya. Terima kasih, Lia." Lengan kurus Dahlia dia pegang, risau kalau menyusahkan gadis itu.

"Sama-sama, Puan. Saya sambung kerja dulu, ya?" Dahlia minta diri. Puan Zanariah hanya anggukkan kepala sambil tersenyum menghantar kepergian gadis itu.

     Kaki Dahlia dilangkah kearah stor yang berada diluar rumah, bersebelah dengan kolam renang. Dahlia tahan debar didada saat anak matanya terpandang kolam renang yang dipenuhi air itu. Tapak tangan dirasakan berpeluh. Jantungnya semakin laju mengepam darah.

     Leaf skimmer dan vacum cleaner yang dikhaskan untuk kolam renang diambil lalu diletakkan di tepi kolam. Batang leaf skimmer digenggam erat. Peluh sudah memercik didahi licinnya. Dahlia tarik nafas yang dirasakan pendek. Debar didada juga semakin mengila saat kakinya sudah berada ditepi kolam itu.

     Bushhhh... !!! Bunyi percikkan air kedengaran jelas ditelinganya. Dahlia pejam mata rapat. Cuba mengusir kenangan pahit itu.

     Bushhh...!!! Bunyi percikkan itu semakin kuat kedengaran. Genggaman pada batang leaf skimmer semakin dieratkan sehingga timbul urat hijau ditangan. Lutut Dahlia dirasakan lemah.

     Sejak peristiwa pahit 11 tahun dahulu, Dahlia takut dengan air yang banyak. Dan sekarang dia sedang berdepan dengan ketakutannya.

"Fuuuu.....", Dahlia hembus nafas panjang. 'Ya Allah, bantu aku.' Kakinya melangkah setapak ke hadapan, ditepi kolam. Matanya dipejam rapat.

"Kau ok?" Mendengar suara garau menyapa, Dahlia paling kebelakang dengan pantas. Tanpa sedar Dahlia yang sudah lemah hampir jatuh ke dalam kolam namun lengan halusnya lantas disambar oleh Ilham dan tubuh kecil Dahlia dibawa ke dalam pelukkannya.

Dahlia yang sudah mamai hanya memandang wajah kalut Ilham dengan mata separa terbuka.

"Hey.. bangun. Kau ok tak ni?" Dahlia yang sudah terjelepuk, Ilham pangku. Kepala gadis itu diletakkan diatas pehanya. Pipi gadis itu yang basah dengan peluh ditepuk perlahan. Dia nampak mata kuyu gadis itu.

     Dahlia cuba membuka matanya seluas mungkin namun dia gagal. Kedua matanya semakin lama semakin memberat. Tapak tangan sejuk lelaki yang menampar lembut pipinya tidak mampu membuatkan fikirannya kembali waras. Akhirnya Dahlia pengsan.

     Ilham cempung tubuh Dahlia. Tubuh kurus itu Ilham bawa masuk kedalam rumah. "Umi..!!" Jerit Ilham sambil berhati-hati meletakkan batang tubuh Dahlia diatas kerusi sofa panjang diruang tamu. Pipi mulus gadis itu ditepuk perlahan, berharap agar gadis itu kembali sedar.

     "Ya Allah.. Am, kenapa ni?" Puan Zanariah yang keluar dari dapur berlari anak menghampiri Ilham dan Dahlia yang terbaring lesu.

Ilham bangun dari duduknya apabila Puan Zanariah menghampiri. "Am tak tahu umi. Am nampak dia macam tak ok, bila Am tanya terus dia pengsan. Nasib baik Am sempat pegang, kalau tak dah jatuh dalam kolam tadi." Ada nada cemas pada suara lelaki itu.

"Pergi ambilkan umi air", pinta Puan Zanariah. Tangannya laju mengipas wajah lena Dahlia. Hati tuanya risau dengan keadaan gadis itu. Tidak pernah Dahlia pengsan ketika mengemas rumahnya sebelum ini.

"Umi", semangkuk besar air putih dihulurkan kepada uminya. Puan Zanariah menyambut huluran itu. Tangan dicelup kedalam mangkuk dan diraup kewajah Dahlia. Raupan pertama tiada tindak balas dari gadis itu. Tangannya yang basah diraup lagi, mulut Puan Zanariah tak henti-henti berzikir. Ilham yang sedang berdiri hanya memandang silih berganti wajah cemas uminya dan wajah lesu Dahlia.

     Dahlia yang merasakan wajahnya sejuk, membuka mata perlahan-lahan. Dahinya berkerut saat dirasakan kepalanya berdenyut hebat. Saat matanya dibuka, wajah risau Puan Zanariah menjamah kornea matanya. Dahlia bangun perlahan dari baring. Tudung yang terselak, dia betulkan apabila anak matanya terpandang wajah Ilham yang sedang berdiri.

    Puan Zanariah yang menyedari Dahlia ingin bangun, turut membantu dengan memegang lengan gadis itu. Dia juga bangun dan punggungnya dihenyak diatas sofa ditepi Dahlia.

     "Lia ok tak? Kita pergi klinik, ya?" Kedua tangan gadis itu, dia genggam. Wajah pucat Dahlia menyentak tangkai hatinya. Simpatinya tumpah pada gadis itu.

     Dahlia geleng kepala perlahan. "Puan... Lia minta maaf. Lia tak boleh bersihkan kolam Puan. Lia takut...", Dahlia tunduk bersama tangisan halus. Lambat-lambat dia menuturkan kata. Risau kerana tidak menjalankan tugas dengan baik.

      Mendengar ucapan Dahlia, Puan Zanariah eratkan genggaman tangannya. Dia menoleh sejenak kearah Ilham yang sedang mengerutkan dahi. "Tak apa, Lia. Umi tak marah Lia pun. Tapi kenapa Lia takut?" Puan Zanariah pandang lama wajah Dahlia yang masih dalam tangisannya. Jemarinya naik menyeka air mata yang mengalir diwajah gadis itu.

     Dahlia tundukkan kepala apabila soalan Puan Zanariah menerjah telinganya. "Lia...", teragak-agak untuk berkata-kata. "Arwah mama meninggal sebab lemas. Lia trauma dengan air", ujarnya. Dia belum bersedia untuk berterus terang. Benar mamanya mati lemas namun punca sebaliknya adalah aib keluarganya. Cukuplah masa kecilnya dipenuhi dengan hinaan dan cacian orang, dia sudah tidak sanggup mendengarnya lagi. Biar sahaja dia pendam.

"Innalillahwainnailahirojiun... Maaf Lia, umi tak tahu."

"Lia yang sepatutnya minta maaf dengan Puan." Wajahnya menjamah wajah Puan Zanariah. Rasa bersalah bersarang dihatinya.

Puan Zanariah mengelengkan kepalanya. "Tak ada siapa yang salah. Semuanya Allah SWT dah tentukan. Am sambut Lia dari jatuh kolam pun, Allah yang aturkan." Puan Zanariah senyum nipis. Pantas Dahlia angkat wajah apabila mendengar ucapan Puan Zanariah. 'Dia sambut aku?' Dadanya berdebar.

"Lia tidur sini.....", tak sanggup Dahlia habiskan ayatnya.

     Puan Zanariah senyum. "Amlah yang angkat Lia. Umi tak larat. Lagipun umi keluar tengok Lia dah terbaring pengsan atas sofa ni." Bahu Dahlia dia tepuk lembut. Tidak mahu Dahlia fikir perkara yang bukan-bukan. Hati seorang ibu tahu bahawa Ilham hanya mahu menolong gadis itu, tiada niat mahu mengambil kesempatan.

Dahlia tergamam. Liur ditelan perlahan. 'Malunyaaa..' jerit hatinya.

"Terima kasih", ucapnya. Kepala masih menunduk, tidak berani bertatapan dengan lelaki itu. Malu!

Bersambung....

•*•*•
~ Bunga Mai ~
•*•*•

~ Terima kasih sudi baca. 💕
~ Kalau suka, bolehlah vote 🤭
~ Maafkan saya lambat update 🙏🏼

•*•*•

DAHLIA UNTUK DAHLIAWhere stories live. Discover now