BAB 15

189 17 0
                                    

Pelamin dipandang kosong. Hari ini ialah hari pertunangannya. Raini sudah bersiap dengan baju lilac yang dibeli oleh Rayyan tempoh hari. Raini menarik nafas panjang dan lepaskan dengan perlahan. Hatinya berasa berat sahaja ketika ini.

Raini mengambil tempat di pelamin. Dia tersenyum manis kepada tetamu yang hadir ke majlis pertunangannya. Fuh, ramai juga tetamu yang datang.

"Cantik nya tunang orang ni."

"Haih, kalau dia ni tak tunang, dah lama aku buat jadi menantu aku terus."

"Dengar cerita dia dari keluarga susah,eh?" Terdengar omelan dari makcik makcik 40-an. Haih, ada aje nak komplain. Kenapa kalau aku dari keluarga susah? Guna duit dia ke?

Aku ternampak mama yang menjelingku tajam. Dia duduk disebelahku. Sesi menyarungkan cincin sudah mula. Jantungku berdegup kencang. Mana Rayyan, ni? Tak jadi datang ke apa?!

"Pandang apa tu? Tunang awak tak sampai lagi. tu mak mertua nak sarungkan cincin." Tegur salah seorang kawan Rayyan. Aku terus memandang ke arah mama yang memegang cincin. Rama rama? Rayyan pilih ke?

Mama menyarungkan cincin ke jari ku. Wajah mama langsung tak tersenyum. Masam! Aku cium tangan mama dan mama mengusap kepalaku. Hampir menitis air mataku. Walaupun aku tahu ini semua hanya lakonan mama, tetapi usapan mama terasa lembut.

Lampu dan bunyi kamera berbunyi. Menangkap momen yang penting seperti ini. Aku angkat kepala dari mencium tangan mama. Mama mengelap kesan ciuman ku di kainnya. Aku pandang dengan pandangan yang kosong tetapi hatiku berasa sebak.

"Terima kasih, mama. Sebab sanggup hadir majlis ni." Aku berkata perlahan. Mama menjelingku dan terus bangun dan keluar dari rumah.

Aku menghapuskan air mata yang menitis. Not now,Raini.

Tiba tiba, terasa seperti dipanngil. Aku mengangkat kepala untuk memandang gerangannya. Tengku Rayyan. Memandangnya dengan lengan baju disinting hingga kesiku, rambut gaya long quiff dan urat urat yang timbul di lengan Rayyan sangat membuatnya kelihatan kacak.

'Hot nya!' Suara hati teriak gatal. Aip, Raini!

"Sorry, lambat!" Rayyan berkata kepadaku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum nipis kepadanya.

Aku bangun dan berdiri disebelahnya. Rayyan menarik lengan bajuku untuk lebih dekat dengannya. Aku memandang Rayyan tajam dan dia tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.Alahai, manis betul!

Rayyan mengangkat tangannya dan membuat gaya half love dan menyuruhku untuk sambungkan gaya itu tetapi terdapat ruang kerana kami bukan pasangan yang halal lagi.

Kami sama sama membuat posting saat cameraman menghitung . Semua gaya yang Rayyan buat comel comel! Haih, manalah dia belajar semua ini.

Selesai sahaja sesi bergambar, Rayyan meninggalkan ku untuk bertemu dengan rakan rakannya. Aku mencari kelibat Tania. Tak jadi datang ke? Kalau tengok tengok, Amir pun tak ada disini. Hm, pelik.

"Hi, you tunang Rayyan,kan?" Tiba tiba seseorang menyapaku. Aku mendongak untuk memandangnya. Siapa ni?

"Ya,saya. Awak siapa? Sepupu Rayyan ke?" Aku bertanya kembali. Tiba tiba hatiku berdegup kencang.Muka lelaki ini sama seperti Rayyan. Lesung pipitnya, warna rambut, mata. Kacak! Eh, kau tunang orang, Raini!

"Nope. aku abang dia.Dont worry, kitorang adik beradik kandung. Sama bapak lain mak." Ramah suara abang Rayyan berkata. Eh, Rayyan ada abang? Tak pernah cerita pun?

"Ouh, abang dia. Tak pernah tahu pulak Rayyan ada abang." Aku berkata dengan senyuman menghiasi wajahku. abang Rayyan ketawa kecil. Haih, adiknya itu. Besar dah, dah jadi tunang orang dah pun.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now