BAB 18

162 16 0
                                    

Kini aku sedang menanti keputusan dotktor. Tadi,adanya Tania bersama menemani ku.Kini,aku keseorangan. Aku telah menghubungi Rayan tentang keberadaanku dihospital dan tentang kematian papa Tiana.

''Assalammualaikum,Rayyan'' Sapaku perlahan kepadanya. Peti suaraku hampir tak dapat digunakan kerana aku terlalu terkejut dengan keadian hari ini.

''Waalaikummussalam,Rai. Kenapa suara awak lain? Awak ok tak?''Suara garau Rayyan mula terdengar. Suarana seperti baru tejaga dari lenanya. Aduh, aku kacau dia tidur ke?

''Saya ok. Alamak,awak dah tidur,ke?'' Aku menyoalnya dengan nada yang rasa bersalah. Terdengar sedikit tawa halusnya. Suara garaunya bertukar menjadi 'morning voice'. Hot.. Asstaghfirullah,Raini! Bukan sekarang kau nak bergatal!

''Tak ada lah,baru nak tidur. Kenapa Rai? Ada apa apa benda terjadi,ke?'' Suara garau Rayyan kedengaran seperti risau. Aku meraup wajahku sebelum aku menawab soalannya itu.

''it seems so.Papa Tiana meninggal dan Tiana sekarang dalam wad.'' Aku memberitahu kejadian pada hari ini.Hari ini? Aku memandang jam jarum yang terdapat di hospital ini. Sudah pukul 12:15 pagi. Jadi, semalam sudah pun menjadi sejarah.

''Innalillahiwainnailaihiraji'un.. Awak kat sana sorang ke,Rai?'' Risau Rayyan.Aku sudah tak banyak masa kerana doktor telah pun keluar untuk memberi info tentang sahabatku itu tetapi aku membuat lip sync supaya doktor itu menunggu sebentar.

''Ya. Awak,doktor dah keluar. Nanti saya call awak balik.Assalammualaikum.'' Mendengar sahaja Rayyan menjawab salamku, aku terus mematkan talian. Aku mengangkat punggungku dari kerusi besi untuk pelawat dan aku meluru ke arah doktor yang setia menungguku.

''Maaf,doktor. Macam mana dengan kawan saya?'' Aku mula bertanya kepada doktor itu. Tak dinafikan muka aku memang kelihatan sangat lemah. Aku tak mendapatkan istirahat yang cukup.

''Keadaan kawan awak ok sahaja. Cuma,dia tak sedarkan diri. Mungkin kerana shock dengan pemergian orang tersayang.'' Doktor menerangkan keadaan kawan ku itu. Aku menghembus nafas lega. Aku hampir memikirkan yang Tania terkena panic attack atau sakit jantung tetapi cepat cepat aku tepiskan pemikiran itu. 

''Alhamdulillah. Boleh saya masuk?'' Aku meminta izin kepada doktor dan ia mengizinkan ku. Sempat dia menasihatiku supaya berehat tetapi aku hanya tersenyum pahit. Aku mengambil tempat dikerusi ditepi katil dan merenung muka Tiana.  Aku menarik nafas dan aku menghembus perlahan. Tiana, kau kena ingat.. Kau ada aku,tau?Aku minta tolong sangat jangan pendam masalah kau.. Tolong cerita kat aku,luah kat aku! Aku menjerit didalam hati. Kerana, tak adil jika hanya aku seorang yang meluah perasaanku kepadanya dan dia harus memendam semuanya sendiri.

Termenung punya termenung, aku lupa yang aku belum menghubungi Rayyan kembali. Aku angkat punggung dari kerusi dan aku pergi ke hujug sudut bilik. Nama Rayyan ditaip di screen telefon bimbitku. Aku menekan dan meletakkan telefonku di permukaan telinga.

''Assalammualaikum,Rayyan..'' 

''Waalaikummussalam,Rai. Awak ok ke? Awak nak saya pergi situ?'' Bertubi tubi Rayyan melemparkan soalan kepadaku. Aku tersenyum pahit lalu aku jawab pertanyaannya itu.

''Im okay. Cuma Tiana masih belum sedarkan diri.. Doktir cakap Tiana shock..Sebab tu boleh masuk wad. Tapi alhamdulillah,dia dah ok.'' Aku menjelaskan dengan jelas kepada Rayyan. Kedengaran dia seperti mengeluh perlahan.

''Baiklah kalau begitu. Awak rehat lah Rai. Esok saya tolong beli sarapan sekali dengan bayar kos hospital,ya.'' Rayyan berkata dengan tenang. Tapi tidak denganku kerana aku terkejut mendengar dia ingin membayar kos Tiana. Ah, Raini! Kau suka menyusahkan orang dari kecik,kan? Mana kos hospitalku tempoh hari aku belum melunaskan kepada Rayyan. Ini nak tambah!

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now