BAB 10

232 18 0
                                    

"Mama dia cakap macam tu kat engkau?" Tanya Tiana dengan nada yang terkejut. Aku menceritakan semua tentang kejadian semalam kepada Tania di Kafe yang berdekatan dengan rumah Tiana.

"Ya,tapi aku tak berani pulak nak menjawab.Sebab muka dia serius gila weyh.Bapak dia pun sama,tapi bila dia cakap dengan aku, dengar lemah lembut je." Puji Raini kepada papa Rayyan.Rayyan juga bersifat sama seperti ayahnya.Jika Rayyan ada adik,mesti ikut cantik seperti mamanya.Datin Husna boleh tahan awet muda juga.

"Mama dia tak suka kau ke? Aku pelik lah.Rugi dia tak terima kau sebagai menantu dia. Apa yang tak cukup dekat diri kau? Aku tengok kau lawa je." Tiana mula berasa geram. Mata dia orang rosak ke? Tak nampak ke betapa cantiknya Raini Clarissa ni?

"Dia cakap bapak aku banduan,perempuan murah.. Tapi aku tak ambil hati pun sebab apa yang mama dia cakap semua betul." Aku berkata dengan wajah tenang. Tak peduli jika mereka ingin mengatakan dia perempuan murah.

"Kau ni kan,Raini. Baik sangat lah. Cuba lawan sikit? Janganlah asyik kau je kena pijak." Menyampah Tiana dengan sikap lemah lembut Raini. Tak salah nak berlemah lembut,tapi biarlah bertempat.

"Biarlah.. Biar orang pijak kepala kita. Jangan kita pulak pijak kepala orang." Lembut Raini berkata. Dia tak pernah diajar untuk berbuat jahat kepada orang. Apa yang dia tahu, membalas dendam ialah perbuatan yang sia sia. Jadi,dia serahkan kepada Yang Maha Esa.

"Kalau kau nak biar je, lagi lah orang akan attack kau! Please,Raini. Dont be weak. Kau pun ada perasaan. Dont be toxic with yourself." Keras Tiana memberi nasihat. Dia tak suka melihat Raini yang lemah. Dia mahu Raini lawan sesiapa saja yang berani kacau dirinya.

"Betul,cakap Tiana, Rai. Awak tak patut berdiam dengan mama tu." Tiba tiba satu suara garau mencelah. Eh, macam mana mamat ni boleh sesat sini?

"Eh, Rayyan. Macam mana awak boleh kat sini?" Raini menyoal sambil kepalanya didongak keatas kerana Rayyan sedang berdiri dibelakangnya dan dia sedang duduk diatas kerusi.

"Eum, sorang je ke? Mana kawan kau tu?" Belum sempat Rayyan menjawab soalan Raini,Tiana menyampuk. Raini memberi jelingan kepada sahabatnya itu. Kacau je lah.

"Jap, saya jawab satu satu. Rai, saya boleh kat sini sebab saya ternampak awak berbual dengan Tiana dari luar. Dan,Tiana. Kawan aku ada kat rumah tengah membuta. Kenapa? Kau rindu dia ke?" Usik Rayyan. Aku seperti sedar akan sesuatu. Apabila Rayyan bercakap denganku, dia bahasakan dirinya 'saya' dan bila dia bercakap dengan Tiana,Rayyan bahasakan dirinya dengan 'aku'.Aku sorang je ke dia panggil 'awak' ? Eh,Raini, perasan betul kau ni.

"Sejak bila aku rindu dia? Tengok muka dia pun tak hingin." Tiana menafikan apa yang dikatakan Rayyan. Tapi,memang betul. Dia rindu dengan mata perang dan percakapan lelaki itu. Aish, dia sudah dilamun cinta!

Rayyan memusingkan anak matanya sebagai tanda menyampah dan memandang Raini dengan senyuman.

"Tumpang duduk, boleh?" Rayyan bertanya kepada Raini dengan suara yang lembut. Tadi bukan main jeling aku, ee dasar gedik! Tiana menyumpah didalam hati.

"Ha, duduk lah." Aku menjawab dengan suara yang perlahan serta terhias senyuman kecil diwajah.

"Terima kasih,sayaaang." Rayyan memanjangkan perkataan 'sayang' itu dengan nada minta penampar. Aku menjeling kearahnya yang menarik kerusi kayu ditepi aku.

Aku memusingkan anak mataku sebagai tanda menyampah! Cringe! Kenapa dengan dia ni?

Tiana memberi jelingan mautnya kepada Rayyan dan aku. Kenapa minah ni? Jealous ke tu? haha kesian single. ( panas dek? kipas dek kipas *joke dari author* )

"Korang bertunang bila?" Soalan Tiana memecahkan kesunyian antara kami. Kafe ini pun tak ramai pelanggan. Jadi, macam sunyi jika kami tak berbual.

"Minggu depan." Tersedak Tiana mendengar jawapan Rayyan. Bukan dia aje tersedak. Aku pun tersedak pada hari semalam dia mengatakan hal yang sama.

"Oi! Kau biar betul? Awal gila. Kahwin bila?" Dengan muka terkejut, Tiana melontarkan soalan lagi.

"2 bulan lagi I guess." Kali ini bukan Tiana yang tersedak, tapi aku! What the fish?! Tak ada pun bincang pasal ni semalam?!

"Sejak bila? Bila kita ada cakap pasal kahwin? Rasanya semalam bincang tunang aje?" Aku berkerut dahi sambil menyoal Rayyan. Apa semua ni? Kenapa dia suka buat keputusan tanpa persetujuan aku!

"Ouh, benda ni saya bincang dengan papa. Papa pun ok aje. Papa suruh saya tanya awak, tapi saya cakap yang awak pun boleh terima." Selamba saja Rayyan menjawab soalanku.

"Kepala hotak awak. Mama? Awak tahu kan dia dengar kita nak bertunang pun dia dah tarik muka. Ini nak kawin lagi dua bulan. Awak gila? Dia tu mama awak, lah." Penat aku membebel Rayyan pagi ini. Dia ni memang jenis macam ni ke? Masa kat kolej alim aje. Kenapa bila keluar kolej perangai makin pelik,ni?

"Ala, nanti pandai pandai lah papa pujuk mama. Mama memang macam tu. Lagipun, dia bukan mama kandung sayalah." Suara Rayyan perlahan apabila menyatakan yang mama bukan mama kandungnya. Tapi,itu bukan bermakna dia tak perlu hormat mama dia.

"Rayyan, tak kisah lah dia mama kandung awak atau tak. Awak tetap kena hormat dan dapatkan restu dia. Sebab dia tetap isteri papa awak yang sah,Rayyan." Aku berleter seperti mak menasihati anaknya. Macam manalah aku boleh cakap mamat ni alim suatu ketika dahulu?

"Can we just stop talk about this?" Nada Rayyan kedengaran seperti serabut. Dia juga serabut dengan mamanya itu. Dia masih tidak boleh memaafkan kesalahan mama dahulu.

"Sorry." Perlahan suaraku menjawab dan aku menunduk. Tiana juga terdiam melihat Rayyan begitu.

Dan,hanya kesunyian yang menemani kami.

"Papa suruh esok kita beli baju tunang." Suara Rayyan memecahkan kesunyian. Dia memandangku tetapi tidak terlihat kerana rambutnya menutupi separuh matanya.

Aku hanya mampu mengangguk. Akward pula dengan keadaan macam ni.

Tiba-tiba, telefon Rayyan berbunyi. Rayyan mengangkat panggilan itu dan meletakkan di telinganya.

"Hello,mama." Dingin suara Rayyan menjawab panggilan mamanya.

"Huh? Mana Ayyan ingat." Kenapa mama tiba tiba tanya pasal sepupunya itu? Tanya fasal hari lahir pulak!

"Hm,okay." Rayyan terus memutuskan talian dengan mama. Dan dia terus memandangku lalu mengeluh sesaat.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now