BAB 44

144 7 0
                                    

Tapak tangan aku pandang kosong. Jari jemari bergetar hebat. Tangan dan kaki berasa sejuk. Tak cukup dengan itu,kepala aku berdenyut kuat.

"Amir." Suara itu memanggil. Aku angkat wajah dari melihat kedua belah tapak tanganku. Tubir mata aku berasa hangat.

"Amir.." Sekali lagi suara itu memanggil.Aku berdiri tegak berhadapan dengan pemilik suara. Aku tahu, ini hanya mimpi atau hanya bayangan semata mata. Ya, aku sedar. Tetapi diri ini terlalu sakit. Sehingga rasa rindu yang sudah lama disimpan, kini sudah keluar kembali.

"Kau ok?" Suara itu bertanya. Aku hanya membeku diam. Seluruh raut wajahnya aku tenung.

"Aku tak kuat. Tolong bawa aku pergi." Aku berkata sebaris. Wajah pemilik suara itu berubah daripada kening yang berkerut menjadi tenang.

"Come."   Kedua belah tangannya didepakan. Perasaan sebak menghantui diriku dan akhirnya, aku berlari kearah bayangan itu.

Aku berlari dan berlari. Sedikit lagi. Kedua belah tangan aku depakan tanda aku ingin menyambut pelukan itu. Hampir saja aku ingin memeluk insan itu, tiba tiba aku berasa seperti aku ditarik oleh graviti. Aku tersungkur jatuh kebawah.

"No. Tiana kau tak boleh pergi lagi. Mana kau?!" Aku bangun dari jatuh dan aku melihat sekeliling. Nama itu aku laung beberapa kali namun sayang, tiada yang menyahut. Air mata aku mengalir perlahan. Sungguh, hati ini berasa sakit bagaikan disiat siat oleh pisau yang tajam.

"Allahuakbar!" Jeritku secara mengejut. Seluruh tubuh aku mengeluarkan peluh. Aku memandang sekeliling ruang bilik yang gelap. Tubir mata berasa hangat apabila mengingati apa yang aku bermimpi tadi.

"Aku tak kuat.. Tolong lah kembali. Aku perlukan kau, Tiana." Air mata setia mengalir. Tangan aku bergetar hebat sekali lagi.

"Abang? Awak kenapa?" Suara lunak isterinya memanggil. Dia meraup wajah. Gelisah kerana takut akan apa yang dia katakan tadi didengari oleh isterinya.

"Kenapa ni,abang?" Sekali lagi isteriku bertanya. Bahu aku disentuh. Aku hanya menggeleng perlahan dan tangan isteriku yang mendarat pada bahu aku tolak lembut. Kaki aku mendarat di lantai dan berjalan kearah pintu. Wajah tertanya tanya isteri aku tidak dipandang.

"Saya tahu awak masih cintakan dia." Zaitun berkata bersahaja. Namun, siapa tahu didalam hatinya ini terluka apabila suaminya masih belum melupakan kekasih lama.

"Awak jangan memandai lah Zaitun. Awak tidur lah." Kata ku lalu aku keluar dari bilik. Zaitun mengangguk perlahan. Pintu bilik ditutup rapat. Dan, pada saat itu juga air mata mereka berdua jatuh.

Air mata Zaitun jatuh kerana sikap suaminya yang layan dirinya seperti tidak wujud. Air mata Amir jatuh kerana perasaan rindu dan rasa bersalah yang membuak buak didalam diri ini.

"Ya Allah, aku mohon.. Aku tak sanggup sakitkan hati isteriku apabila aku menyebut nama wanita lain, Ya Allah.." Kata ku dengan air mata mengalir dipipi. Mata aku pejam rapat dan saat aku membuka mata, aku melihat satu bayang bayang serba putih.

Bayang itu bukan seperti dikisah seram iaitu hantu kuntilanak. Tetapi bayang itu indah. Indah, tenang. Aku tidak tahu mengapa bulu roma aku naik tetapi pada masa yang sama, diri aku berasa hangat.

Aku mengecilkan mata kearah bayang itu. Masa ke semasa, bayang itu kian jelas. Jantungku berdegup kencang. Lutut berasa lemah tetapi aku gah kan untuk berdiri.

"T-Tiana? You.." Gagap aku berkata. Kedua belah tanganku berasa sejuk.

"I dah maafkan you, Amir. Forget me and be happy." Kata Tiana tenang. Payah untuk Amir percaya dengan apa yang dia dengar dan lihat saat ini.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now