BAB 36

131 10 0
                                    

Nota kertas aku lekat di permukaan cermin meja. Aku membaca nota itu sekali lagi untuk memastikan tiada kesalahan.

Rai pergi kubur papa pagi ini ( 7:40 ) . Insya Allah, pukul 8:00 Rai balik.

Aku mengeluh lemah dan Yasin aku capai. Aku menunggu pemandu aku sampai dan aku masuk ke dalam kereta. Rayyan masih tertidur lena didalam bilik. Aku keluar dengan perlahan tanpa mengejutkannya. Aku tak mahu dia ada dengan aku ketika ini.

"Nanti saya call awak bila saya dah habis." Aku berkata sebaris dan aku tersenyum kecil untuk pemandu aku. Kereta itu berlalu pergi dan aku mengeluh sebelum aku melangkah ke arah kubur papa.

Tudung shawl hitam aku betulkan. Aku bersila di kubur sebelah papa. Perasaan sebak mula menghampiri aku. Aku tak sempat melihat papa untuk kali terakhir. Aku tak sempat meminta ampun pada papa sebelum papa meninggal..

Air mata yang mengalir aku sapu. Aku tersenyum pahit dan yasin aku buka dan baca. Air mata aku menitis setitik demi setitik di atas yasin yang aku baca. Aku berhenti membaca untuk membuang perasaan sebak aku yang tertahan.

Ya Allah, sungguh.. Sungguh berat hidup ini tanpa kasih sayang seorang ayah. Sungguh berat hidup tanpa kasih sayang keluarga yang lengkap.

Yasin aku tutup dan aku kucup Yasin itu sebelum aku meletakkan diatas riba aku. Aku mengusap batu nisan yang terdapat nama papa.

Raja Mikael bin Raja Rohaimi.

Aku membaca nama itu didalam hati. Air mata aku mengalir apabila teringat akan surat yang papa tulis untuk aku. Aku tersenyum pahit dan aku duduk selesa di sisi kubur papa.

"Papa, Raini datang ni.. Raini minta maaf sebab tak sempat nak jumpa papa sebelum papa dikebumikan.. Raini minta maaf, papa.. Raini minta maaf." Akhir ayat aku sebak dan air mata aku turun laju. Aku menekup wajah aku dan aku melepaskan tangisan aku. Aku berharap supaya ada yang memeluk aku erat ketika ini tetapi hanya aku sahaja di sini.

"Papa, Raini sayang Rayyan. Sayang sangat..Sayang sampai Raini sanggup lukakan perasaan Raini dan dia sendiri, papa. Kejam kah Raini bertindak begitu? Raini buntu, papa..Raini tak tahu nak buat apa sekarang.. Raini lemah. Raini tak kuat, papa.." Aku menangis dengan suara yang ditahan. Aku menangis teresak esak mengenang nasib hidup aku. Aku cuba untuk menganggap ini semua mimpi tetapi rasa sakitnya sangat menghancurkan diri ini.

"Papa ambillah Raini. Raini tak kuat untuk hidup, papa.. Rayyan suruh Raini bunuh dia tapi Raini tak nak.. Raini tak bermaksud cakap macam tu, papa. Raini tak bermaksud..." Aku ingin melepaskan semuanya pada papa hari ini. Aku berharap sangat agar suami aku mendengar semua keluhan aku dan dapat membantu aku keluar dari masalah ini. Aku mengusap air mata aku yang tak berhenti mengalir. Entah mengapa, aku dapat rasakan sesuatu yang hangat ditubuh aku. Dan pada masa yang sama, aku dapat rasakan aku diperhatikan.

"Raini kena balik, papa. Dah pukul 8:00. Raini pergi dulu, papa.. Assalamualaikum. Raini sayang papa." Aku berkata dan aku mengangkat punggung dan aku berlalu.

"Allahuakbar.." Rayyan meraup wajah apabila membaca nota yang ditinggalkan oleh isterinya. Dia terus mencapai dompet dan telefonnya dan dia keluar dari rumah.

Rayyan masuk kedalam kereta dan kereta di pandu laju. Jantungnya berdegup kencang kerana risau akan isteri nya. Kenapa Raini tak kejut dia?!

"Kenapa sayang buat abang macam ni.." Rayyan mengeluh dan stereng kereta dia pusing. Dia memandang ke arah jalan raya dengan teliti. Dia pandu kereta ke arah kubur papa.

Dia turun dari kereta dan kelibat isterinya dia cari. Dia berjalan laju ke arah kubur papanya tetapi kelibat isterinya langsung tak muncul. Dia meraup wajahnya. Dia kembali ke arah kereta dan dia pandu laju.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now