BAB 51 ( real ending )

318 10 4
                                    

BAB ni panjang tauu :> .

"Rayyan, kau ok tak?" Soal Rafiq kepada adiknya yang kelihatan lesu. Bahu Rayyan ditepuk perlahan membuatkan lamunan Rayyan terhenti.

"Ok." Rayyan menjawab sepatah. Dipaksa untuk mengukir senyuman kepada abangnya.

"Kau join tak solat jenazah? Aku tengok kau lemau je." Tebak Rafiq dengan berhati hati dan Rayyan menggeleng perlahan.

"Isteri aku suruh aku imam kan solat jenazah dia. Jadi, nak tak nak aku kena imam kan." Rayyan jawab bersahaja sambil tersenyum. Dia mencapai songkok diatas meja lalu dipakai.

Rayyan, aku tahu kau tak ok. Bisik Rafiq didalam hati serta mata tak putus memandang wajah pucat adiknya.

"Kita orang tunggu kat luar, tau?" Pesan Rafiq sebelum kakinya melangkah keluar. Hilang sahaja bayang Rafiq dari Rayyan, dia mengeluh perlahan.

"Abang kuat demi Rai, sayang. Tetapi didalam hati ini sedang menangis. Menangis rindu akan bidadari abang.." Sebak Rayyan berkata. Air matanya mengalir perlahan. Bayang isterinya yang muncul di mimpinya malam tadi mula terbayang.

"Jujur, abang tak kuat nak imam kan jenazah Rai, sayang. Mental, fizikal abang lemah sangat.. Abang minta maaf,ya. Tunggu abang kat syurga bersama anak kita." Air matanya mengalir lesu ketika ini. Baju melayu berwarna hitam dipakainya sudah basah dek air mata. Tangan memegang meja sebagai sokongan.

Nafas ditarik dalam. Air mata dia kesat dengan tangan. Baiklah, Rayyan. Kuat demi isteri kau.

Berkali kali pesanan itu bergema di minda Rayyan. Cuba untuk menguatkan diri sendiri.

SALAM terakhir diberi. Sungguh, kedua belah lututnya terasa lemah apabila melakukan solat jenazah sebentar tadi. Keranda milik isterinya dipandang sebak, ingin dia membuka kembali keranda itu kemudian mengucup lembut isterinya.

"Sabar. Ikhlaskan pelan pelan. Kita semua doa supaya Raini tergolong dalam golongan yang beriman." Iskandar memujuk sepupunya yang masih tercegat disitu. Rayyan langsung tidak menoleh jauh sekali untuk tersenyum dan membalas.

"Biarkan dia tenang di sana. Dunia terlalu kejam untuk dia, Rayyan." Bahu Rayyan ditepuk perlahan. Rayyan menghela nafas sebelum dia memandang wajah sepupunya.

"Kuat ke aku nak angkat keranda dia? Angkat keranda dia pun aku risau tak kuat, inikan nak hidup tanpa dia." Rayyan berkata sayu. Matanya kembali berair, sekali dia kenyit, jatuh lah air mata itu.

"Rai cakap dengan aku, dia suruh aku makan. T-Tapi dia tak tahu ke aku tak makan sebab dia?" Soal Rayyan perih. Ingin sahaja dia menangis teresak esak disini melepaskan beban yang berat dihati.

"Rayyan, dia masih cintakan kau. Cinta kau pun dia bawa sampai dia mati, Rayyan. Dah, aku tahu kau kuat untuk semua ni." Pujuk Iskandar kepada Rayyan. Dia seperti dapat rasakan sakit yang Rayyan rasakan ketika ini. Sakitnya rasa kehilangan.

"Kalau dia cinta kan aku, kenapa dia tak bawa aku sekali, Is? Ini semua salah aku. Kalau aku peka dengan keadaan, mesti isteri aku tak kena-" Kata kata Rayyan terhenti. Air mata dia gagal untuk tahan akhirnya jatuh membasahi pipi lagi.

"Raini tak suka tengok kau salahkan diri macam ni,Rayyan. Macam mana dia nak tenang kat sana?" Iskandar bersuara lagi. Wajah sepupunya yang dibasahi air mata yang dibiarkan mengalir dia tatap.

Iskandar memeluk erat tubuh Rayyan. Terasa panas seluruh tubuh Rayyan. Iskandar memejam matanya , menahan air mata dari mengalir juga.

Raini, kau jahat. Kau tinggalkan kami semua macam tu, je. Mama dan Rayayn dah kehilangan papa, kau tinggalkan dia orang. Kau jahat. Kau tak sayang kami semua, kan?

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now