BAB 20

180 14 0
                                    

Aku berteleku diatas karpet masjid ini. Aku memandang jari jemariku yang dihiasi inai yang bercorak bunga dan rama rama. Aku tak tahu mengapa aku sangat suka dengan rama rama. Baju kurung putih ini juga terdapat hiasan rama rama yang kecil.Wajahku kini ditutup dengan sehelai kain tetapi tak menghalangku untuk melihat sekeliling.

Aku memandang kearah hantaran yang ada di pelamin. Terdapat bungkusan yang berbentuk seperti.. buku? Haih, siapalah yang kreatif sangat bagi hantaran ini?

"Pengantin lelaki dah sampai!" Jerit seseorang sambil memandang kearah pintu masjid. Mataku memandang kearah pintu dan terdapat seseorang yang sangat aku rindui.

Dia segak dengan baju melayu putih yang lengkap dengan sampin. Songkok tersarung kemas di kepalanya. Aku menunduk apabila mata hazel lelaki itu menikam tepat pada reina mataku.

Aku tersenyum dan cepat-cepat aku matikan apabila perasan mama sedang menjelingku tajam dari tepi. Aku memandang kearahnya yang sedang mengambil tempat dihadapan tok kadi.

Rayyan menarik nafas dalam dan dia melabuhkan punggung dihadapan tok kadi dan dia merenung wajah bakal isterinya itu. Dia tak dapat rehat yang cukup kerana malam tadi, dia bersungguh sungguh berlatih untuk ini. Dia menarik nafas lagi dan hembus perlahan.

"Sabarlah dulu. Nanti kamu tenung lah bini kamu tu puas puas."Suara tok kadi memecah kesunyian masjid itu. Mukaku bertukar merah dan semua orang yang hadir ketawa apabila melihat wajah merah padamku. Aku menunduk malu dan apabila aku memandang jejaka dihadapanku ini, dia sedang tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Tengku Rayyan bin Raja Mikael." Jelas suara tok kadi apabila tawa sudah reda. Aku memandang kehadapan untuk mengambil momen momen indah ini.

"Saya." Kedengaran tegas sahaja suara Rayyan ketika itu. Aku melihat tangannya seperti bergetar hebat. Aku tahu yang dia begitu gementar saat ini.

"Aku nikahkan dikau dengan Raini Clarissa binti Ismail dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Raini Clarissa binti Ismail dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai." Tegas dan jelas suara Rayyan. Matanya tak berkedip memandang tok kadi dihadapannya. Dia harap, keputusan ini dapat membahagiakan seorang Raini Clarissa.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah." Ucap tok kadi dan kami semua terus mengangkat tangan untuk membaca doa. Air mataku mengalir setitis dipipi. Air mata yang bahagia. Aku berharap, dengan hadirnya seorang Tengku Rayyan dalam hidupku dapat memberi manfaat. Aku harap, aku tak salah dalam memilih pasangan.

Sesekali, aku memandangnya yang seperti sudah sedia menyambut pendanganku. Sedari tadi, dia hanya tersenyum. Aku tersenyum kecil untuknya.

Selesai sahaja Rayyan mendirikan solat sunat, dia melutut dihadapanku. Ditangannya, terdapat dua sebuah kotak baldu merah.Cumanya, yang satu itu panjang sedikit daripada kotak baldu yang berbentuk segi empat tepat itu.Mungkin seutas gelang. Dia menyelak kain yang menutupi wajahku kebelakang. Saat itu, pelbagai cahaya kamera yang menerangi disekeliling kami. Aku mengangkat mataku dan aku memandang yang kini, sudah menjadi suamiku.

"Assalamualaikum, bidadari syurga abang." Lembut Rayyan berkata dihadapanku. Dia terus membuka kotak baldu itu dan menyarungkan cincin dengan lembut kepadaku. Tak lupa juga, dia memakaikan ku seutas gelang emas di pergelangan tangan aku dengan lembut.

Jujur, aku merasa geli dibahagian abdomen aku apabila kulit Rayyan bersentuh dengan kulitku. Aku tahu yang kami memang pernah bersentuh tapi dengan dalam keadaan yang tak disengajakan. Tapi kali ini, lain. Aku dapat rasakan yang tangan dan kaki aku sangat sejuk mengalahkan salji!

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now