BAB 16

167 17 0
                                    

Tania terbahak bahak gelakkan kejadian sebentar tadi. Saat aku masuk saja kerumah dengan bunga 'tulip' Rayyan, Tania memandangku dengan sebelah kening dinaikkan.

"Haih, apa lah tunang kau tu. Tak pasal nanti hantaran kau bunga kantan. Hahaha" Tiana tak habis mempertawakanku. Aku memandangnya dengan pandangan pasrah. Sudah sudah la tu!

"Dah lah. Aku naik atas dulu. Nak baca novel!" Aku berkata dan kakiku bergerak kearah tangga. Tangan memusingkan tombol pintu dan aku rebah diatas katil.

-Rayyan-

Sampai sahaja aku dirumah papa, aku perasan sepasang kasut yang sangat ku kenali. Ini mesti mama yang panggil.

"Assalamualaikum" Aku memberi salam dan masuk kedalam rumah. Aku langsung tak pandang mama yang sedang berehat bersama Mia di ruang tamu. Namun, niat ku untuk naik kebilik mati apabila mama memanggilku.

"Ayyan, sini lah" Mama memanggilku dengan nada teruja. Aku memusingkan tubuhku kebelakang. Mataku hanya memandang mama.

"No,thanks. Ayyan penat." Aku berkata dengan wajah bosan. Sesekali aku mengerling Mia yang menunduk.

"Alah, sini lah. Mia ada ni. Bukan selalu Ayyan nak bercakap dengan Mia." Datin Husna tak putus asa untuk memukuk Rayyan. Rayyan mengeluh dan berjalan kearah mereka.

"Kenapa?" Dingin suaraku ketika ini. Aku menjeling tajam kearah Mia yang memandangku dengan wajah menggodanya. Apa dia buat kat sini?

"Ayyan ni kan, sejak kenal dengan betina tu terus jadi dingin macam ni. Kenapa? Dia ada goda Ayyan ke?" Mama membebel kepadaku. Bingit telinga mendengar mama membahasakan Rai 'betina' dan menfitnahnya.

"Hah, Rai goda Ayyan? Yang goda Ayyan tu betina ni! Mama tak tahu apa yang dia buat? Masuk rumah orang dengan pakai tak senonohnya! Eh, Ayyan boleh tau report polis atas tuduhan pecah masuk" Aku berkata keras. Mata ku tajam menikam anak mata Mia yang gelisah itu. Aku pelik, kenapa aku tak pergi report aje kat polis,eh?

"Ayyan bila dengan betina tu ok aje. Siap bersayang bagai! Dengan Mia nak kasar kasar. Kenapa? Apa kurangnya Mia ni?" Mama tak peduli dengan ugutan ku tetapi malah membandingkan tunangku dengan Mia. Kalau ikutkan hati aku, aku ingin terus naik ke bilik.

"Huh, stop it, ma. Ayyan naik dulu." Aku mengambil jaketku dan aku berjalan kearah tangga. Sebaik sahaja aku ingin menaiki tangga, tiba tiba tanganku digenggam dari belakang. Bagai renjatan elektrik, aku merentap tanganku.

"What the hell? Kau nak apa?!" Suaraku naik seoktaf. Ini kalau Rai nampak, tak pasal dia minta putus tunang!

"No,abang. Please.. Mia suka sangat dekat abang. Abang kahwin lah dua. Mia sanggup jadi yang kedua asalkan Mia dapat bersama dengan abang." Mia memulakan drama melayunya. Aku kerut dahi melihat tingkah lakunya. Dah kenapa?

"Masalahnya aku tak sanggup." Aku berkata dan aku terus naik keatas meninggalkan Mia dibawah yang sudah menangis. Pelik aku. Bukannya aku tak tahu, dia ada berpuluh boy friend hanya untuk mengkikis harta mereka. Ingat aku kaya sangat?

Aku mengeluh dan berbaring diatas katil. Bayang Rai muncul dimindaku. Aku membayangkan yang dia sedang menenangkan ku saat ini. Astaghfirullahal'azim, Rayyan. Zina, Rayyan! Dia tunang kau aje.

Sedari yang beberapa minit lagi masuk waktu zohor, Aku bangun dan mengambil wuduk. Aku ingin menunaikan solat rawatib.

"Allahu akbar." Aku mengangkat takbir dan aku khusyuk dalam sembahyang sunat ku.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now