BAB 53 ( special 10K )

58 5 1
                                    

Penambahan bab special. Bermula di mana bila Raini dah boleh check out dari hospital. Situasi ini di mana, kejadian 'itu' tak terjadi. Kehidupan Raini Clarissa dan Tengku Rayyan jika kejadian itu tak terjadi. Bacalah petikan ini dengan hati yang gembira. Nescaya, tiada yang mengecewakan.

"RISSA ok la.." Aku berkata lemah pada ayah yang tampak risau. Aku membaringkan kepala aku diatas bantal. Badan aku terasa lemah lesu setelah aku melepaskan semua yang tersisa di badan.

Beg aku sudah tersusun elok disisi. Ya, hari ini aku akan keluar dari hospital. Rayyan sudah check out bilik kerana ramai lagi akan guna. Cuma.. dia tiada disini.

"Rayyan mana?" Soal ayah pendek. Aku hanya mengeluh sesaat sebelum aku mengangkat kedua belah bahu tanda aku sendiri tidak tahu kemana suami aku pergi.

"Kerja, mungkin." Aku menebak. Padahal dalam hati risau yang teramat.

"Rissa dah makan? Ayah ada bawak bekal untuk Rissa. Cuba teka??" Ayah bertanya dengan wajah yang ceria. Aku tersenyum kecil melihat gelagat ayah.

"Bihun? Bihun goreng?" Aku hanya menebak apa yang hati berkata. Ayah tersenyum dahulu sebelum bekas makanan dia buka penutup bekas itu.

"Correct!" Ayah menjerit teruja. Aku tertawa kecil. Ada ada sahajalah ayah ini.

"Rissa nak makan? Ayah suap."

Tak sempat aku membalas, ayah sudah menyendokkan satu sudu yang berisi bihun goreng lalu disuakan kepada aku.

"R-Rissa tak ada selera. Rissa baru je muntah muntah tadi.." Aku menolak lembut. Wajah ayah kelihatan mundur kerana tolakkan aku. Hati aku berasa bersalah. Aku mengeluh sebelum aku membuka mulut.

"Satu suap." Aku arah pendek. Wajah ayah sekali lagi kelihatan teruja kembali. Aku mengangkat kepala aku yang sedang terbaring. Mulut aku buka sedikit.

Ngap! Satu suap masuk dalam mulut aku. Aku mengunyah perlahan. Tangan aku letakkan bawah mulut untuk mengelakkan tercicir makanan dari bibir aku.

"Assalamualaikum." Panggil seseorang di permukaan pintu. Aku mengalihkan pandangan pada pemilik suara. Senyuman menghiasi bibirku.

"Abang dengar, sayang muntah muntah tadi. Sayang okay?" tanya Rayyan dengan riak wajah risau. Aku tersenyum dan mengangguk kecil. Tangan kiri aku menggenggam erat kocek seluarku. Tangan kanan aku yang tenggelam didalam tangan besarnya aku pandang.

"Okay.. Sakit kepala, semua tu ada la. Tapi Rai okay je. Rai kan strongg" Terhias senyuman indah dibibirku. Ayah hanya merenung kearah pasangan bahagia itu. Ya.. ini apa yang dia mahukan. Kebahagian..

"ABANG," panggil aku dari arah dapur sambil bercekak pinggang. Rayyan yang sedang duduk di atas kerusi kitchen island mengangkat wajah kearahku.

"Ya, bidadari syurga abang?" jawab Rayyan lembut. Pipi aku berona merah. Hihh, pagi pagi dah buat muka merah! Rayyan tertawa kecil melihat wajah isterinya yang berubah warna.

"Rai.. Tengok barang dapur. Rai dapat tahu apa yang boleh dimasak. Tapi masalah sekarang ni, Rai tak selera nak makan semua tu." Aku merengek. Kaki berjalan kearah suami aku yang sedang memandang wajah aku dengan kening terangkat.

"Sayang nak makan apa? Abang belikan kat luar," kerut kening aku mendengarnya. Beli luar? Liur ditelan.

"Aa.. Ayam masak pedas. Tapi. Rai tak nak la makan yang luar.." meleret intonasi aku berkata. Ya, aku sedar yang aku tengah mengada sekarang ni! Sesiapa dengar je, mesti rasa nak bagi kaki. Tapi, dengan laki aku je kut. Biarlah!

"Okay.. tak nak yang luar. Nak abang masakkan?" Rayyan berkata seraya mengangkat punggung dari kerusi. Bersinar mata aku mendengar perkataan itu. Suka dengan sikap suami aku yang memahami. Terus aku angguk laju.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now