BAB 48

112 9 3
                                    

"Sedap tidur, sayang?" Sinis suara itu bertanya. Mata aku mencelik perlahan.

Aku mendesis kerana badan aku terasa sakit. Kepala aku terasa berat. Terasa seperti ada yang mengusap lembut pipi aku terus membuka mata.

Melihat wajah Karl dihadapan wajah aku membuatkan aku tersentak. Badan aku tegakkan. Aku cuba gerakkan tangan aku tetapi gagal kerana ikatan yang mengikat ketat kedua belah tangan dan kaki aku.

"K-Karl.. Apa... Apa semua ni?" Aku berkata tersekat sekat. Mata aku kedipkan beberapa kali tanda gerun sedang menghantui diri aku. Aku melihat sekeliling ruang yang luas dan gelap.

"Kenapa? Kau tak suka, ke? Hadoi, Clar, Clar.. Kau ni bodoh la. Senang sangat maafkan dan percayakan orang. Lain kali, jangan bengap sangat!" Karl membisik keras sebelum kepala aku ditunjal. Tubir mata aku berasa hangat.

Ya Allah, apa lagi,ni?

"Haish, dia tu memang bengap. Macam mak dia. Dua dua pembawa sial." Tiba tiba suara garau yang familiar bagi aku menyapa halwa telinga. Aku terus mengangkat wajah kearah suara itu. Entah mengapa, hati aku terasa ditoreh lagi.

Ayah.

"Kau ingat.. Aku dah berubah? Thanks to your husband. Tanpa dia, mungkin aku tak lepas dari neraka tu." Sinis ayah berkata membuatkan amarah aku menjadi jadi.

"Tak kenang budi! Ayah tunggu. Allah balas semua yang ayah buat! Allah maha adil." Aku berkata tegas. Namun, hanya tawa lantang yang menjadi balasan.

"Sudahlah, kau jangan nak bercakap fasal agama dengan aku. Kau sendiri pun iman lemah. Toreh tangan tak tentu fasal! Kau nakkan perhatian, kan? Raini.. Raini.. Apa yang kau tahu bawa sial je dekat orang, kan?" Kepala aku ditunjal sekali lagi. Air mata yang aku tahan akhirnya jatuh. Aku tak mengerti. Mengapa .. Aku cuba untuk memaafkan tetapi ini yang aku dapat?

"Lagi satu, kau jangan panggil aku 'ayah' . Jijik, lah aku dengar!" Lantang ayah berkata dihadapan wajah aku. Aku memejam mata kerana gerun akan wajah bengis ayah.

Ayah? ...

"Oh, aku nak tanya. Best ke malam tu? Kau jual diri? Haish.. Terima kasih lah. Sebab duit hasil jual kau, aku dapat bina markas besar macam ni." Angkuh Encik Ismail berkata. Aku memandang wajahnya yang angkuh berkata itu.

Encik Ismail menggerakkan anak mata kearah Karl dan ditujukan kepada aku. Jantung aku berdegup kencang apabila Karl mendekat kearah aku.

Dia pergi ke belakang kerusi. Terasa tangan aku sedikit longgar. Baru aku ingin mengangkat tangan aku, pantas ayah meragut tangan aku kearahnya. Aku terjerit kecil.

"Apa kata.. Kalau aku tambahkan lagi lukisan kau?" Sinis ayah berkata sebelum dia mengeluarkan sebilah pisau dari kocek seluar. Aku menggeleng perlahan dan air mata aku mengalir lesu.

"T-Tak.. Jangan.. Rissa mohon." Dengan kejam, ayah menoreh tangan aku kuat. Aku menjerit kesakitan dan kaki aku gerakkan kerana terlalu pedih akibat torehan itu.

"S-sakit.. Tolong berhenti.." Aku berkata dan aku menarik kembali tangannya aku yang masih dalam genggaman ayah tetapi gagal kerana genggaman ayah terlalu kuat. Air mata aku tak berhenti mengalir dan bahu aku terhinjut hinjut menahan pedih.

"Nangis! Aku suka tengok kau menderita, Raini. Nangis lagi!"

Ya Allah, hanya kepadaMu aku berlindung.. Aku mohon,

"Abang.. Tolong Rai. Rai sakit.." Aku berkata dengan teresak esak. Ayah tertawa seronok. Seronok mendengar anaknya menderita sebegitu rupa.

Dengan perlahan, darah turun mengalir dan jatuh ke lantai. Aku tak mampu membuat apa apa selain menangis.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now