BAB 45

123 6 0
                                    

"Raini, makan sikit. Tadi ayah Raini pergi beli." Mama berkata dengan lemah lembut. Sudu dicapai dan dia menyendokkan satu sudu bubur itu.

Melihat mama hendak menyuapkan aku, aku menggeleng perlahan. Aku mengenyit mata beberapa kali dan aku tersenyum pahit. "Raini tak lapar." Jawab aku bohong. Aku langsung tak makan apa apa dua hari lalu. Tetapi, ego aku melarang aku untuk makan apa sahaja yang terpapar didepan mata.

"Raini tak makan dari semalam lagi. Makan sikit,ya? Satu suap pun jadi." Mama tak putus asa memujuk aku. Aku mengeluh perlahan sebelum mulut aku buka sedikit.

"Sst!" Desis aku apabila tepat bubur hangat itu hinggap dibibir aku. Aku memejam mata penahan pedih dibibir aku yang mungkin sudah melecur.

"Allahuakbar! Kejap mama ambil air." Mama berkata panik dan dia terus bangun ke tempat pengambilan air. Dengan pantas, air itu disuakan kepada aku.

Aku menyambut gelas yang mengandungi air itu dan aku basahkan bibir aku yang melecur. Mama hanya melihat tingkah laku aku dengan rasa bersalah.

"Mama minta maaf. Mama tak sengaja.." Mama mula meminta maaf dengan perasaan yang penuh rasa bersalah. Aku memandang wajah mama dan menggeleng perlahan tanda aku baik baik saja.

"Raini tak nak tanya ke fasal Rayyan?" Mama bertanya dengan berhati hati. Aku mula memusingkan bola mata tanda menyampah. Aku bersandar tenang dikepala katil.

"Tak." Jawabku bersahaja. Berkerut dahi mama mendengar jawapan aku.

"Kenapa, Raini? Apa yang dah jadi? Cerita kat mama." Mama membetulkan posisi. Dia duduk menghadap menantu perempuannya. Entah mengapa, seluruh tubuh Raini terasa bergetar. Tubir mata dan hujung hidungnya panas.

"Kadang, manusia perlu memaafkan kerana tahu semua manusia tak sempurna. Satu pun tidak. Tetapi, jika dia meminta maaf dengan ikhlas, mula memberi harapan yang baru, yang lebih kukuh. Namun, apakah daya? Dia tetap memungkiri segala janji dan maafnya. Saat itu, percayalah. Hati ini berat untuk memaafkan lagi. Memang Tuhan dan Rasul setia memaafkan umat dan hambanya. Tetapi, jika dibandingkan dengan kita yang kerdil ini, apakah daya?"

Terangku puas. Aku cuba untuk menahan air mata yang bertakung dari jatuh. Memang berat hati ini untuk menerima segala yang berlaku.

"Dia berjanji dan terus berjanji. Sehingga dia buat Raini rasa semua kata kata dia tu betul betul dari hati dia, mama. Tetapi, mengapa dia memungkiri janji dia? Kenapa, mama? ... Raini tak sanggup lagi nak lalu semua ni." Air mata aku gagal tahan. Ia jatuh dan jatuh. Setitis demi setitis menyentuh dan membasahi tilam katil itu.

Melihat aku tertunduk dan meneteskan air mata, mama terus menarik lembut kepala aku dan menyembamkan didalam pelukannya. Dia menggosok lembut belakang tubuh aku.

"Raini minta maaf, tapi Raini tak kuat mama. Abang pernah berkasar dengan Raini, dia janji tak nak buat lagi tapi apa ni, mama? Mental Raini tak kuat untuk semua ni." Aku meluahkan semua yang terbuku didalam hati ini. Aku mengeluarkan suara tangisan dengan tersedu sedu. Bohong jika aku bencikan Rayyan. Bohong aku akan membenci cinta pertama aku.

"Shh.. Anak mama kuat, kan? Raini anak kuat kan?" Mama bertanya kepadaku. Tangannya tak berhenti mengusap belakang tubuh dan ubun ubun aku. Aku menggeleng menidakkan fakta itu. Aku tak mampu bertahan lagi. Aku penat, Ya Allah..

"Allah sentiasa ada dengan Raini, sayang. Allah tak suka tengok Raini macam ni, sayang mama.. Dah dah. Jangan ikutkan hati sangat, ya?" Mama berkata lalu mengucup lembut ubun ubun aku. Aku tidak tahu jika mama tak ada disisiku. Mampukah aku masih bernafas hingga kini?

"Raini tak tahu kalau mama tak ada dengan Raini. Tolong jangan benci Raini,ya? Raini dah tak ada sesiapa mama..." Aku mengangkat wajah dan wajah mama aku kucup lembut. Mama tersenyum manis kepada aku. Pipi aku yang tersisa air mata diusap lembut. Usapan ini. Sama persis usapan lembut suami aku.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now