BAB 3

288 20 0
                                    

Akhirnya, berakhir juga minggu peperiksaan.Rayyan dan Amir kini sedang berehat di kafe sekolah.

"Lama tak nampak perempuan yang kau tolong tu.Mana dia sekarang? batang hidung pun tak nampal sejak habis exam week ni." Tanya amir sambil menghirup kopi hitam ditangannya.

"Tu,panjang umur." Bicara Rayyan sambil memancungkan mulut kearah Raini dan Tiana yang sedang berjalan menuju kearah kafe yang diduduki mereka.

"Eh,Raini. Tu Rayyan,kan?"Tunjuk Tiana kearah Rayyan didalam Kafe bersama seorang jejaka.

"Haah,la.Betullah tu." Jawab aku malas. Malas aku nak layan minah ni.vHampir saja rahsia aku nak terbongkar hanya kerana mulut celupar dia ni. Menyampah aku.

"Jom pergi kat dorang.Kau tak cakap terima kasih lagi kan kat dia?" Alah,alasan je tu. Sebernarnya dia tertarik dengan makhluk Allah sebelah Rayyan tu.

Tanpa persetujuan Raini,Tiana tarik tangan Raini kedalam kafe itu.

"Hi,can us join?" Soal Tiana kepada dua jejaka itu.

"Yea,sure! Take a seat." Ucap Amir. Mata dia dan Tiana tak putus memandang satu sama lain. Gorgeous.  Itu yang Amir lihat pada cara pakaian gadis ini.Tudung shawl labuh, jubah hitam.

Lelaki ini rasanya sudah berjaya mengambil hati Tiana. Ada mata Hazel.Sangat menarik perhatian gadis gadis diluar sana. Tapi,dia bukan tertarik dengan itu. Dia tertarik dengan renungan lelaki ini. Sekarang, terasa seperti dunia ini milik mereka. Ewahh

"Oi,sampai bila nak macam tu? nak aku korek biji mata korang ke?" Sampuk Raini. Dah kenapa dua ekor ni?Jatuh cinta pandangan pertama ke?

Bagai tersedar,Amir memutuskan pandangan dengan Tiana. Mereka berdua memandang kearah lain menahan malu.

"Kenapa korang datang ni?" Akhirnya Rayyan membuka mulut setelah sekian lama berdiam.

"Oh,saya nak cakap terima kasih untuk tempoh hari.Dan terima kasih jugak untuk telekung tu." Ucap aku sopan. Entah mengapa, hujung jari aku terasa sejuk dan bulu roma aku naik apabila biji mata aku terkunci dengan biji mata hazelnya.

"Oh,tu arwah kakak saya punya.Memang setiap hari saya akan sentuh telekung tu kalau saya rindu dia.Tapi sekarang telekung tu dah jadi milik orang." Ucap Rayyan dengan nada tenang. Ditekankan perkataan 'milik orang' untuk menunjukkan dia memang tak pernah bagi sesiapa barang hak milik dia.

Terkaku Raini beberapa saat. Kenapa lelaki ini bagi dia barang berharga sebegitu? Apa motif lelaki ini?

"Eh,duduk lah. Jom kita order air.Saya belanja." Sampuk Amir apabila suasana menjadi hening.Raini dan Tiana pun duduk dimeja itu dan mereka berborak kosong.

"Korang rasa kan, siapa yang dapat top 1 tahun ni?" Soal Amir.

"Tak lain tak bukan,mestilah Raini Clarissa! Dia mesti dapat punya! Aku nampak dia haritu struggle gila study siang malam." Jawab Tiana sambil menunjuk Raini disebelahnya.Sapa je tak kenal Raini ni? Hampir setiap tahun Raini ni termasuk dalam golongan Top 3 student.

"Memandai je lah kau ni.Tak de lah.Aku tak berharap pun dapat top 1 tu." Bohong aku dengan pandangan dihala pada jari jemariku. Didalam kepala jelas risau akan keputusan peperiksaan itu.

"Raini ni kalau bercakap,mulut dia masih sikit. Tengok lah nanti hari anugerah,entah entah kau  jugak yang dapat." Tiana tak mahu kalah dengan pendapatnya.

"Tapi kan,aku rasa Rayyan lah akan dapat. Dia pun boleh tahan skill menjawab dia. Time study dia tak pernah main main.Aku bising sikit,dia marah,bising sikit,marah.Rasa macam nak cari housemate baru pun ada." Laju Amir memotong. Ditepuk bahu Rayyan dengan wajah bangga.

"Tak payah lah kecoh sangat pasal hal ni.Biar Allah je yang tentukan semua. Kalau tak dapat kalini,mungkin lain kali? Kita tak tahu rezeki kita kat mana,kan?" Ujar Rayyan sebelum dia mengintai telefon bimbitnya. 1:27 petang.

Allahu akbar,Allahu akbar!

Azan Zohor berkumandang.Rayyan memberi isyarat mata kepada kami sebagai bersedia untuk ke surau dan melaksanakan kewajiban sebagai seorang Islam.

"Jom,kita ke surau.Rayyan,kau imam kan harini?"

"Ya,aku imam.Dah,jom. Nanti lambat pulak."

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now