BAB 50

237 8 0
                                    

Epp, sebelum baca chapter ni, mohon pasang lagu spofity lagu galau ii ye . baru feell ! <3

"Sayang.. T-tolong bertahan. Ambulans on the way, sayang.." Rayyan berkata panik dan kepala aku diangkat lalu diletakkan lembut di pehanya.

Tangan aku tak lenggang menekup perut aku bagi memberhentikan pengaliran darah. Bawah peha aku terasa basah. Air mata mengalir lencun membasahi pipi.

"A-abang... A-anak kita..." Tersekat sekat aku berkata. Darah yang terkumpul didalam mulut aku terpaksa telan perit.

"A-anak? Apa Rai cakap ni, sayang?" Rayyan memegang abdomen aku lembut. Air matanya menitis jatuh didahi aku. Hatinya terasa hancur. Luka tadi belum sembuh namun ditambah lagi torehan di hatinya.

"Abang..R-Rai minta maaf kalau ada salah s-silap dengan abang, ya? Rai minta a-ampun. R-rai dah maafkan semua kesalahan a-abang." Serak suara aku berkata lemah. Rayyan menggeleng perlahan sambil air matanya mengalir lesu dipipi. Tangannya menggenggam erat tangan aku yang sejuk.

"T-Terima kasih untuk cinta abang. Rai ada benda nak b-bagitahu a-abang.." Aku berkata teruja meskipun aku tahu aku telah gagal menjaga anugerah yang Allah kurniakan kepada aku. Kening aku sekali terangkat kerana berita gembira ini.

"A-apa, sayang? Rai nak bagitahu apa?" Rayyan membalas dengan senyuman di wajahnya. Senyuman palsu. Didalam dia sedang teriak derita. Terlalu berat ujian kami kali ini, Ya Allah.

"Rai m-mengandung. Rai mengandung, abang!" Aku berkata riang lagi. Sakit yang makin mencucuk aku abaikan. Tangan bergerak kearah kocek seluar aku lalu aku mengeluarkan satu benda.

Test pack yang bertanda dua garis merah aku keluarkan dan genggam. Test pack itu aku genggam sehingga ada sisa darah yang mengotorkan pek itu.

"Sayang..." Rayyan mengambil pek itu lalu ditenungnya. Entah apa yang dia hendak reaksi kan ketika ini. Bahagia? Gembira? Sedih? Pedih?

"A-Abang minta maaf, sayang. Abang minta maaf..." Sebak Rayyan berkata. Aku tersenyum perit kepadanya dan tangan naik mengusap pipi mulus suami aku.

"Rai ada s-simpan satu s-surat dalam laci bilik k-kita. Abang baca, ya?" Aku berkata lagi. Rayyan mengangguk laju dan tangan aku dikucup walaupun dipenuhi dengan darah.

"Abang baca. Abang baca dengan sayang, tau? Sayang kena tahan, kena kuat. Rai kena ada kat sisi abang selamanya." Rayyan berkata perit. Ubun ubun aku diusap lembut. Sungguh, yang lain boleh pergi tetapi tidak dengan wanita syurganya. Dia tak kuat untuk menanggung.

"A-abang, sakit.." Aku berkata dan mata makin lama makin memberat. Rayyan mengangkat kepala aku lalu diletakkan di lengannya. Wajahku diusap lembut.

"Shh.. Simpan suara, tenaga sayang. Jangan cakap lagi. Tolong..." Rayyan merayu. Wajah isterinya yang tak berdaya dipandang. Tangannya tak lepas memegang tangan isterinya. Memberi penguat.

"R-Rai cintakan abang. Selamanya dalam cinta abang." Kata aku lagi sebelum tangan Rayyan naik menekup lembut mulut aku. Melarang aku untuk berkata kata lagi.

"Abang tahu, sayang." Rayyan berkata dengan teresak esak. Wajah isterinya dikucup lembut.

"Sakit." Aku mengadu tanpa suara yang tak mampu bersuara lagi. Rayyan mengusap kepala aku lembut. Air matanya lencun membasahi baju aku yang menjadi tempat tumpahan air matanya.

"Ok, sayang ikut abang. Ikut abang, ya sayang?" Rayyan berkata agak kalut. Tangan aku dia genggam lebih erat.

"Asyhadu."

"A-Asyhadu.." Aku mengikut. Minda aku laju memutarkan waktu waktu akhir ibu di pangkuan aku.

"I-ibu, ibu ikut Rai, ya? Lailahaillallah.." Aku menyuruh ibu mengulang apa yang aku sebut. Aku mengangkat kepala ibu dan aku letakkan diatas pahaku.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now