BAB 1

1K 29 2
                                    

"Sakit, ayah!!"

Jerit Raini bila dipukul oleh ayahnya. Ya, memang rutin malam bila ayah balik dari kerja dan selepas meminum minuman keras.

Ayah jadi begini selepas kematian ibu. Oh, sebelum ibu pergi juga ayah begini. Ayah tak suka duduk di rumah dan suka meminum minuman keras setiap kali pulang dari kerja.

"Kau memang menyusahkan macam mak kau , tau tak ?!" Jerkah Ismail sambil menendang kuat anak perempuannya itu kejam.

"Ayah,stop.. sakit.." Suara layu Raini di abaikan oleh ayah nya . dia sudah terlentang di atas lantai gudang dengan berlumuran darah.


"Lain kali... Kau jangan menyemak depan mata aku!" Keras Encik Ismail memberi tengkingan sebelum dia menendang peha anak perempuannya kuat dan terus berlalu keluar. Pintu gudang dihempas kuat.

Raini menangis teresak esak. Kalau lah ibu masih hidup, mesti ibu tengah pujuk dia sekarang. Raini cuba untuk bangun tetapi belakang tubuhnya terasa sakit. Dia menangis tanpa suara sehingga dia tertidur lena. Lena?

---

"AKU nak duit. " tegas Encik Ismail meminta pada isterinya. Dia menghulurkan tangan dihadapan isterinya itu tetapi isterinya hanya memandang kosong tapak tangan itu.

"Abang nak buat apa?"

"Kau jangan memekak boleh tak? Aku minta duit aje kan? Apa yang susah sangat?!" Tengking Ismail kepada Farah. Ismail meraup kasar wajahnya apabila isterinya melawan.

"Saya nak beli barang keperluan Rai. Yuran sekolah dia pun awak tak nak bayar. Awak jangan pentingkan diri sendiri boleh,tak?" Kata Farah dengan air mata yang bertakung. Mengapa umi dan abi menyuruhnya berkahwin dengan lelaki ini?

"Tak, sekarang ni kau nak melawan asal? Dah penat dah? Aku minta sikit aje pun! 500 je, kan?! Yang kau payah sangat ni asal?! " Tengking Ismail lagi. Muka isteri dihadapannya dipandang jijik. Oh, mengapa dia ditakdirkan bersama wanita selekeh begini?!

"Abang ! abang jangan buat bodoh, lah! Saya tau lah abang setiap hari pergi club malam,berjudi! Awak tahu tak, satu taman ni dah tahu perangai abang!" teresak esak Farah mengungkapkan kata katanya.Dia hairan, bagaimana lelaki ini boleh berubah seratus peratus?

"AKU CAKAP JANGAN MEMEKAK, KAN?!"

PANG !

Ini pertama kalinya Ismail menampar farah sejak mereka kahwin . Kecewa .

Disebalik kejadian itu,Raini sudah menangis teresak esak didalam biliknya. Lagi dan lagi. Ibu Ayahnya bergaduh. Raini memeluk erat lututnya dan dia menggenggam erat lengannya sehingga tercalar akibat kukunya. Tapi, rasa pedih itu tak sepedih dihatinya.

Tiba-tiba .. ,

TOK TOK TOK !

Raini membuka pintunya perlahan lahan. apa yang dia nampak ialah ibunya yang sudah lebam mungkin dipukul ayah dan ayah memegang tali pinggang. apa lagi ni, ya Allah.

"Rai , Rai nak ikut siapa? ibu atau ayah?"

Betapa hancurnya hati seorang anak apabila ditanya begitu. Rasa pedih di hati ini hanya Allah yang tahu.

"A- apa ni? Kenapa Rai kena pilih? Rai tak nak!" Raini menolak keinginan ibu ayahnya yang sedang berdiri tepat dihadapannya. Dia tak nak begini, tolonglah..

"Rai , Rai duduk dengan ayah, ya? Ibu tak boleh tanggung Rai lagi," ucap Farah dengan air mata mengalir laju dipipinya.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now