BAB 9

211 18 0
                                    

"Okay! Dah siap!" Seronok Tiana bila make up nya menjadi. Tiana hias wajah Raini dengan sedikit blusher sebelum wajah Raini dispray. Hari ini,dia menjadi MUA kepada Raini untuk persiapan first meet dengan keluarga Rayyan.

Saat aku berlalu, sempat Rayyan beritahu yang papanya tak sabar untuk bertemu denganku. Aku sudah memberinya banyak alasan tetapi dia menyuruhku bercakap sendiri dengan papanya.

"A-Assalammualaikum, Dato'.." Aku memulakan perbualan. Aku memandang Rayyan yang sedang mengetap bibirnya. Tiana disebelahku pula seperti sedang menunggu respon papa Rayyan dibalik telefon.

"Waalaikumussalam. Eh, siapa ni?" Dato' Mikael membalas dengan nada yang pelik. Ah, mahu tak peliknya. Suara aku dengan suara Rayyan jauh beza!

"Saya Raini. Kawan kepada Rayyan. Rayyan cakap.. Dato' nak jumpa tapi..saya minta maaf , saya ada hal sedikit malam ini. Jadi, boleh batalkan?" Aku bertanya dengan segan. Wah, siapa tak segan? Dato' Mikael merupakan pemilik kepada sebuah syarikat dan restoran yang sangat terkenal di Malaysia ini.

"Hal apa tu?"

Ah, sudah! Hal apa? Aku memandang kearah Tiana dan Tiana seperti berlakon mengira daun daun di atas pohon. Aku menjelingnya tajam dan baru sahaja aku ingin membuka mulut, tiba tiba, Dato' Mikael ketawa. Lah, aku ada buat lawak, ke?

"Kamu jangan nak skodeng saya ya. Tak ada maknanya. Malam ni, wajib hadir ke restoran yang saya tetapkan. Nak tengok cantik mana orang yang Ayyan-"

Talian terputus apabila Rayyan meragut telefonnya daripadaku. Aku memandangnya dan dia tersengih seperti kerang busuk. Fine, this is the first and last one.

Eh ye ke? macam mana kalau..

Aku berhenti mengingatkan kejadian tadi dan aku membuka mata perlahan. Aku pandang kearah cermin. Wah,tak sangka Tiana ada bakat dalam bidang berhias!

Wajah Raini sekarang seperti artis Korea. Mata Raini penuh dihias dengan gliter tetapi dengan gaya sederhana.Tak nampak over. Pandai,Tiana ni!

"Terima kasih,Tiana!" Hanya itu yang mampu Raini beri. Dress putih ini pun dia pinjam Tiana punya. Tudung pun Tiana bagi pinjam. Apa lah nanti aku nak balas budi dia..

"Sama sama,sayang orang. Dah, jom kita gerak. Nanti lambat!" Tiana tarik tangan akuuntuk mengikuti langkahnya ke keretanya.

Aku menjeling tajam kearah sahabatnya itu. Ingin sahaja aku cili cilikan mulut minah ni!

Setelah masuk kedalam perut kereta, aku memikir bagaimana dia hendak berjumpa dengan ibu bapa Rayyan nanti. Betulkah keluarga Rayyan akan menerimanya? Jika keluarga Rayyan tak boleh terima dia.. Reda ajelah. Mungkin tiada jodoh antara Raini dan Rayyan. Dan mungkin.. aku tak layak untuk dia.

"Its okay, Raini. Kau boleh lah. Aku yakin, keluarga Rayyan tu baik baik semua." Pujuk Tiana seakan dapat membaca fikiran sahabatnya itu.

Aku memandangnya dan mengangguk perlahan sebagai jawapan.Rasa takutku terasa sedikit berkurang.

SAMPAI saja di lokasi yang Rayyan berikan, aku melihat Rayyan seperti sedang menunggu. Ini pertama kali aku melihat Rayyan memakai baju ala ala prince charming hari ini. Warna putih pula tu.

"Good luck, Raini! Nanti aku ambil, tau!" Ucap Tiana bila Raini selamat keluar dari perut kereta.Seraya itu,Rayyan menoleh dan berjalan kearah mereka.

"Okay lah, prince charming kau dah datang.Aku cau dulu! byeee!!" Kata Tiana sebelum dia undur keretanya dan pecut keluar dari perkarangan restoran. Haih,geleng perlahan aku melihat tingkahnya itu.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now