BAB 27

201 14 0
                                    

Aku merenung alat ditangan aku. Tangan aku menggeletar hebat. Kepala aku mula berdenyut.

Alat ini. Aku benci. Benci yang teramat benci. Aku mahu gugurkan kandungan aku. Aku tak mahu mengandung anak lelaki yang langsung aku tidak kenal. Pregnancy test ditangan aku genggam dan aku baling di dinding. Aku terduduk lemah dan aku bersandar di dinding. Aku meraup kasar rambut aku yang serabut.

"Ya Allah.. Maafkan aku, ya Allah. Aku berdosa.. Aku buntu.. Ya Allah, aku jijik dengan diri aku. Apa salah dia? Apa salah suamiku yang harus bertanggungjawab terhadap aku. Kenapa dia? Kenapa orang sebaik dia kau temukan dengan aku yang hina ini? Aku tak layak bersama nya.." Aku menangis teresak esak didalam pelukan aku.. Rayyan.. Saya dah mengandung. Saya mengandung, Rayyan.. Tapi bukan anak awak.

Aku mengangkat wajah aku dan aku tertoleh kearah pintu. Didalam fikiran aku hanya dapur. Aku angkat tubuh dan aku berjalan ke arah dapur dengan lemah. Tangga aku turun dengan perlahan.

Aku bertapak diruang dapur. Aku mengambil sebilah pisau dan aku menggoreskan jari aku dengan pisau itu.

Darah.Merah.

Aku menghalakan pisau itu kearah lengan aku. Bahagian nadi aku cari. Aku memejam mata dan aku meletakkan pisau itu dan aku gores dengan sekuat hati. Aku terkedu apabila aku langsung tidak berasa pedih.

"Sayang.."

Sayu suara itu dibelakang tubuh aku. Aku membuka mata aku apabila aku dapat rasa yang ada darah yang menitis di kaki aku. Mata aku membulat apabila aku melihat tangan yang sedikit besar dihadapan wajah aku dengan penuh darah.

"Sayang tak sayang abang, ke? Kenapa sayang buat abang macam ni, sayang.. Kenapa sayang nak cederakan diri sayang.." Rayyan berkata lembut dibelakang aku. Pinggang aku dirangkul kemas dan pisau di tangan aku jatuh ke lantai. Air mata aku mengalir lebat.

"Kenapa, sayang.. Sayang tak takut dosa, ke? Abang dah bagitahu sayang kalau sayang ada apa apa masalah, tolong cerita dengan abang, sayang.. Kenapa susah sangat nak dengar, ni? Macam ni ke perangai bidadari abang?" Suara Rayyan kedengaran kecewa. Aku terbisu. Aku tak menunjukkan reaksi apa apa. Aku terlalu takut. Aku tak mahu kalau Rayyan malu ada isteri seperti aku.

"Rai dah lupa Allah, ke sayang?" Tanya Rayyan dengan suara yang serak di belakang aku. Aku dapat rasakan air matanya jatuh dan menitis di bahu aku yang terbuka. Soalannya membuat aku terkedu. Air mata kembali menitis.

"Kenapa Rai perlu pegang pisau tu, sayang? Kenapa? Kan abang dah larang.." Rayyan memusingkan tubuh aku perlahan. Aku menunduk dan air mata tak berhenti mengalir dengan lebat. Rayyan mengangkat wajah aku untuk memandangnya.

Wajah Rayyan dibasahi dengan air mata. Air mata yang kecewa. Rayyan mengendahkan egonya sebagai seorang lelaki. Dia tak kuat melihat orang tersayangnya begini. Mengapa semua orang ingin meninggalkannya?

"Abang baru tinggal sayang sekejap dalam bilik. Kenapa jadi macam ni,sayang?" Rayyan tak berputus asa bertanya kepada aku. Aku hanya diam membisu. Aku jijik dengan diri aku sendiri. Aku benci diri aku sendiri.

Rayyan mengeluarkan sesuatu dipoketnya. Aku menatap benda itu dengan tatapan kosong. Aku mengangkat wajahku untuk memandang Rayyan yang sedia menunggu panahan anak mata aku.

"Rai mengandung?" Rayyan bertanya dengan kening yang berkerut. Jantung aku berdegup kencang. Bagaimana jika aku mengiyakan jawapannya, dia akan membenci aku seperti semua orang jika mereka dapat tahu apabila seseorang melakukan kejahatan?

"Rai mengandung. Tapi Rai tak nak anak ni.. Rai minta maaf. Rai tak dapat jaga diri Rai untuk abang, Rai trauma. Rai memang dari dulu dah kotor. Rai tak layak hidup. Rai tak layak bersama abang. Rai hanya mampu memalukan abang. Rai tak sempurna. Rai ada kemurungan. Rai gila. Rai benci anak ni!" Aku menjerit diakhir ayat aku. Rayyan ingin memegang bahu aku tetapi aku tepis dengan kasar. Aku menikam anak mata hazelnya.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now