BAB 49

135 7 2
                                    

"A-abang?" Gagap aku memanggil nama itu. Wajah bermandi penuh dengan darah. Tubuh badannya yang terdedah juga terdapat kesan cakar dan torehan. Kedua belah tangan dan kakinya diikat.

"Sayang.." Sayu suara itu menyahut. Air mata aku sudah bertakung dan aku menarik kuat tangan aku dari pegangan Karl yang kuat.

"Lepas!" Jerit aku kuat tetapi sayang, langsung tidak memberi kesan. Karl mengetatkan lagi pegangannya pada pergelangan tangan aku.Aku memandang kearah suami aku yang kelihatan lemah dan sayu.

"Ayah, kalau ayah nak siksa, bunuh Rissa silakan, asalkan jangan apa apakan suami Rissa! Rissa mohon.. Jangan buat apa apa dengan dia, ayah." Aku merayu kepada ayah dengan air mata yang sudah mengalir lesu. Ayah tersenyum sinis sebelum dia tertawa lantang.

Tak lama, tawanya reda. Ayah memandang aku tajam sebelum dia berjalan kearah aku yang masih cuba melepaskan diri dari Karl.

"Lepas dia." Arah Encik Ismail sepatah, Karl terus melepaskan pegangan pada tangan aku. Dengan pantas, aku ingin berlari kearah Rayyan namun...

PANG!

"Ayah!" Rayyan menjerit mendengar tamparan kuat itu bergema. Tubuh aku sudah rebah dilantai. Bibir aku pecah dan berdarah. Aku dapat rasa pipi aku juga sudah bengkak akibat makan tamparan yang dashyat.

"Aku dah cakap. Jangan panggil aku 'ayah' ! Apa yang bodoh sangat, ni?!" Jerkah Encik Ismail kuat sebelum dia menarik rambut aku kasar sehingga kepala aku terikut naik. Lalu dihentak kuat ke simen.

Suara aku tahan daripada keluar. Air mata yang menjelaskan betapa sakitnya aku ketika ini. Tangan tak lekang melindungi rahim aku.

"Ini makannya!" Jerit ayah kuat sebelum ayah bangun dan dia menendang kuat kepala aku.

"Lepas! Setitik darah isteri aku mengalir, aku bunuh kau, Ismail!! Kau lepas sekarang!" Jerkah Rayyan kuat hingga bergema ruang ini. Ayah hanya pulaukan Rayyan yang sedang berusaha melepaskan diri.

Aku dapat rasa ada cecair yang mengalir dari belakang kepala aku. Aku cuba untuk mengesot kehadapan di mana keatah suami aku.

"Lawak lah kau orang ni." Encik Ismail berkata lucu sebelum rambut aku ditarik sekali lagi. Aku menjerit kuat kerana kulit kepala aku turut ditariknya.

"Sakit!" Aku berkata usai aku berdiri tegak kerana tarikan itu. Tanpa hati perut, ayah mencampakkan aku ke tepi dan disambut oleh Karl.

"Lepaskan isteri aku bodoh! Lepas!!" Sekali lagi Rayyan teriak. Aku sudah lemah bagai tak berdaya. Karl mengemaskan pelukan dan dia mengusap pinggang aku lembut dari belakang.

"Hey.. Kau tak ingat? Tadi, suami kau baru je berpeluk dengan perempuan lain. Apa kata, kau orang buat depan dia?" Cadang Encik Ismail seraya menepuk tangannya beberapa kali. Sungguh, aku ingin melawan tetapi tubuh aku terasa sakit. Aku mampu berdiri hanya kerana sokongan dari Karl.

"Betul, tu!" Tiba tiba, sampuk satu suara lunak. Aku mencari kelibat itu walaupun aku cukup kenal dengan suara itu.

Mia.

Dia berjalan lurus kearah Rayyan. Aku memandang tindak tanduknya. Tak lama, dia mendekatkan wajahnya dengan wajah suami aku. Aku memejam mata, tak mampu menyaksikan perbuatan itu dihadapan wajah aku.

"What do you think you're fucking doing?!" Rayyan menjerit kuat. Karl memandang puas kearah Rayyan. Puas melihat lelaki itu merana sebegitu rupa.

Tubuh aku dipusingkan perlahan menghadap Karl. Aku membuka mata sebelum wajah Karl didekatkan dengan wajah aku.

"Karl.. Please." Aku pinta perlahan walaupun aku tahu mustahil untuk dia mendengar permintaan aku. Dia memandang aku tajam.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now