BAB 32

166 10 0
                                    

Surat untuk menantu papa,
-Raini Clarissa-

Aku menghembus nafas perlahan dan aku membuka sampul dengan berhati hati. Rayyan sudah tertidur diatas katil. Malam ini, aku memujuk Rayyan untuk tidur dirumah papa kerana ingin menemani mama.Aku mengambil kesempatan untuk membaca surat daripada papa.

Aku mencapai kertas A4 yang terlipat kecil, aku buka. Aku menarik kertas dari bawah dan aku membaca surat itu.

Raini, mungkin saat Raini membaca surat ini papa sudah tak ada. Papa menulis surat ini kepada Raini kerana Raini ialah satu satunya wanita yang berjaya mengambil hati anak papa nombor dua itu.  Raini, papa mohon jaga seorang Tengku Rayyan dengan baik, ya? Papa lepaskan amanah papa pada Raini..

Papa tahu hidup Raini serba sedikit kerana Rayyan ada cerita dengan papa sebelum dia melamar kamu dekat kolej. Raini, papa tahu kamu seorang anak yang kuat. Papa minta maaf. Papa tak dapat memberi kasih sayang sebagai seorang ayah kepada Raini. Tetapi percaya, lah. Papa sayang akan menantu papa ini. Terima kasih, Raini. Terima kasih bagi papa rasa ada menantu sekuat dan sebaik Raini Clarissa.

Tengku Rayyan. Dia seorang yang sangat tegas dan dingin. Tetapi, sejak hadirnya seorang Raini Clarissa dalam hidupnya, terus sikapnya berubah 360 darjah. Papa gembira melihat anak papa itu tersenyum setiap saat. Saat papa bertanya kepadanya, dia menggeleng dan dia tidak memberi tahu papa apa yang difikirkan olehnya. Tetapi yang pasti, papa tahu anak papa tu dah jumpa seseorang yang sesuai untuknya.

Air mata aku mengalir keluar ke pipi dan akhirnya tumpah diatas kertas itu. Raini menekup mulutnya menahan sebak. Dia meneruskan bacaan. Disudut hatinya, dia membayangkan ini adalah 'ayah' yang menulis untuknya.

Papa tahu, Raini kurang gemar dengan mama. Tetapi, mama itu baik, Raini.. Mama ada kisah silamnya sendiri. Mama ada sebab kenapa dia tidak menyukai anak papa ini. Tetapi percayalah, jika mama mula sayang kepada Raini, dia akan berikan seluruh kasih sayangnya kepada Raini. Raini, tolong jaga isteri papa, ya? Walaupun dia bukan yang pertama, tetapi dia berjaya mengambil hati papa. Papa sayang mama sangat sangat. ♡ Terlalu sayang sehingga papa tak sanggup melihat mama menangis.

Raini, Rayyan sangat menyayangi Raini. Papa mohon, jangan sakiti anak papa,ya? Jika dia memukul Raini, berkasar dengan Raini, berdoalah kepada Allah. Kerana papa tahu, anak papa bukan macam tu. Dia mesti ada sebab, Raini. Papa ingin menamatkan surat ini, ya? Jika Raini rindu papa, Raini baca lah surat ini. Sekali lagi, papa minta maaf kerana tidak memberikan kasih sayang seorang ayah dengan lengkap. Melihat anak dan menantu papa bahagia, ialah satu satunya kenikmatan yang diberikan oleh-Nya. Papa pergi dulu, ya? Assalamualaikum, anak perempuan papa..

Papa sayang semua. Terima kasih.

Tamat. Surat itu sudah sampai ke penghujung dibaca oleh Raini. Dia mengeluarkan sedikit suara. Dia tak mampu bertahan dengan rasa sebak ini. Papa telah berusaha memberinya kasih sayang seorang ayah yang tak pernah dia miliki. Sekarang, hidupnya hanya bergantung pada suami dan mertuanya.

Aku mengusap air mata aku dan Al-Quran aku capai. Aku menyarungkan tudung sarung dan Al-Quran yang memiliki terjemahan aku buka.

Surah Yasin menjadi pilihan. Aku membaca dengan air mata yang tak berhenti mengalir. Sesekali aku berhenti dan aku mengeluarkan tangisan aku. Air mataku jatuh pada ayat 38.

'Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now