BAB 35

144 11 0
                                    

"What do you think you're fucking doing." Aku berkata dingin pada seseorang di balik telefon. Telefon aku genggam erat apabila mendengar tawa sinisnya.

"Kenapa ni, sayang? Emo nye." Suara lelaki itu membalas. Hati aku seperti disiat siat apabila dia memanggil aku dengan gelaran 'sayang' .

"Kau letak apa kat leher aku, bodoh?!" Aku berkata sedikit kuat. Aku memandang sekeliling untuk memastikan suami aku tiada di sini.

"Kau call aku semata mata nak tanya tu? Oh my.. You're waste my time, Clar." Lelaki itu berkata sinis. Hati aku mula berasa sakit. Aku menahan amarah aku dan telefon aku hempas kuat! Berkecai telefon itu. Air mata aku mengalir dan menitis di kaki aku. Berharap suami aku dapat memeluk aku ketika ini. Tetapi, aku tahu. Itu mustahil kerana aku dapat rasakan Rayyan akan menjauh dari aku.

"Rai tak kuat, abang.. Macam mana Rai nak lalui semua ini.." Aku berkata dan aku tertinggung. Air mata aku tak berhenti mengalir. Aku cuba mengawal esakkan aku daripada berbunyi kuat. Aku menekup mulut aku menahan sebak. Lengan aku cengkap dengan jari aku hingga berdarah.

Telefon di hadapan aku pandang kosong. Aku memegang serpihan telefon aku yang telah berkecai. Aku mengusap air mata aku laju dan meraup wajahku apa bila aku mendengar pintu bilik terbuka.

Aku mengutip telefon aku dengan pantas. Air mata yang tadi mengalir aku mengusap dan aku tersenyum palsu. Aku ingin menghilangkan sebak aku.Aku menarik dan menghembus nafas. Baiklah, Raini. Kau kena kuat. Kau kena kuat demi suami kau.

"Rai nak makan?" Rayyan bertanya sebaris kepada aku yang sedang berehat didalam bilik sambil membelek telefon aku yang mati. Skrin telefon aku pecah. Apabila Rayyan masuk ke dalam bilik, aku cepat cepat menyorokkan telefon itu dibawah bantal.

Rayyan berjalan kearah aku. Kaki aku dia usap lembut tetapi aku tarik. Aku menunduk dan aku memandang kearah lain. Aku mendengar Rayyan mengeluh kecil.

"Rai, Rai nak makan? Abang boleh ambilkan." Rayyan bertanya kepada aku soalan yang sama. Gelengan menjadi jawapan aku. Perut aku usap. Dijauh sudut hati aku, aku sangat merindui kandungan aku. Aku merindui bayi aku..

"Rai.. Rai kena redha, sayang.. Rai kena percaya qada'dan qadar Allah. Insyaallah, Allah gantikan yang lebih baik." Rayyan berkata lembut kepada aku. Aku menghela nafas dan aku memandangnya.

"Dah habis?" Aku berkata dingin. Rayyan berkerut dahi dengan jawapan aku. Aku membaringkan diri aku bertentangan dengannya.

"Pergi lah keluar. Rai nak tidur." Aku berkata sebaris. Rayyan terkedu dengan perubahan aku yang tiba tiba. Dia keliru. Dia ada buat salah, ke? Kalau ada, kenapa isterinya hanya mendiam diri dan dingin dengannya?

"Raini Clarissa. Cuba bagitahu abang. Abang ada buat salah kat mana? Kalau abang ada buat salah, tolong bagitau abang, sayang.. Jangan layan abang macam ni." Rayyan berkata sayu. Aku memejam mata dan aku membuka kembali. Aku bangun duduk dan aku menapak kaki kearahnya. Dia turut bangun dan membalas renungan tajamku dengan pandangan sayunya.

"Salah abang? Salah abang ialah hadir dalam hidup Rai! Abang hadir je dalam hidup Rai, Rai hilang semua benda! Rai hilang kawan baik Rai, Rai hilang ayah mentua Rai!" Aku menengkingnya yang masih membisu. Aku menikam mata hazelnya dalam. Dan, pada masa yang sama, aku menahan air mata dari mengalir. Aku tak akan nampak lemah dihadapan lelaki ini!

"Allahuakbar, sayang.. Kenapa tiba tiba ungkit, ni? Abang rasa, abang dah minta maaf dan Rai pun dah maafkan abang. Apa lagi tak cukup ni.." Rayyan membalas tengkingan aku dengan tutur lemah lembut. Aku mengecilkan mata kearahnya. Tangan aku kepal erat.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now