BAB 46

127 7 0
                                    

"Aku benci kau,Rayyan! Aku benci kau!"

"Pergi! Aku benci kau! Kau hancurkan aku! Kau punca segala galanya!"

Berkali kali tengkingan itu berulang didalam mindanya. Sudah 3 hari isterinya menetap di hospital dan dia terpaksa duduk di rumah kerana emosi isteri dan dirinya belum stabil.

"Allah. Beratnya ujian aku kali ini. Kau boleh ambil apa sahaja dari aku tetapi bukan isteriku, ya Allah." Dia berkata sayu. Wajahnya diraup beberapa kali. Dia bersandar lemah pada tiang gazebo yanh terdapat ditaman rumah.

"Rayyan, umi dah pesan.. Jangan mengeluh apabila terima ujian. Itu tandanya Allah masih sayang dan peduli akan kita." Tiba tiba, suara itu lalu di halwa telinga Rayyan. Dia mengangkat kepala dari bersandar lemah dan dia pandang kehadapan.

"U-umi?" Serak suara itu memanggil. Tubir mata sudah berasa hangat. Kedua tangannya berubah menjadi sejuk.

"Umi? Is that you?" Rayyan mula mengangkat punggung dan berdiri tegak. Wajah seri umi dipandang dengan penuh rasa rindu.

Tanpa membuang masa, aku terus berlari kepada umi. Sampai sahaja dihadapan umi, aku terus memeluk tubuh itu. Hangat.

Air mata aku membasahi baju umi. Aku menekup mulut menggunakan bahu umi untuk menghalang bunyi esakan aku.

"Shh.. Rayyan, Rayyan kena kuat, sayang." Umi berkata lembut. Rayyan menggelengkan kepala tanda dia sudah tak mampu menahan segala jenis tangisan.

"Rayyan rindu isteri Rayyan, umi. Semua ini salah Rayyan. Rayyan tak patut naik tangan dengan dia." Aku berkata sebak lagi. Rasa rindu pada kedua insan yang aku sayang kian membuak buak. Aku dapat rasakan belakang tubuh aku diusap lembut.

"Bukan salah Rayyan. Shh.." Umi setia menenangkan anaknya. Mendengar tangisan anak lelaki nya, terus perasaannya kian sebak.

"Rayyan tak kuat. Isteri Rayyan dah benci dengan Rayyan, umi. Tengok muka Rayyan pun dia tak nak." Kata aku dengan sebak lagi. Tubuh umi aku peluk lebih erat.

"Istighfar, Rayyan. Ingat Allah. Tak apa, Rayyan. Menangis lah. Menangis lah sepuasnya. Umi ada.. Umi ada.." Pujuk umi lagi. Air matanya pun jatuh. Esakkan Rayyan kian membuak buak.

Sayang, abang rindu akan sayang. Tolonglah kembali. Tolonglah peluk abang dengan erat, sayanh. Tolonglah cium abang. Tolong. Abang rindu..

"Dah. Rayyan anak umi. Anak umi kena kuat!" Umi merenggangkan pelukan dan wajah anak lelakinya dipegang dengan kedua belah tangannya. Dia tersenyum manis.

"Rayyan cuba. Demi umi, demi isteri Rayyan." Kata Rayyan nekad. Demi isterinya, dia tak akan putus asa. Sampai dia mati, sekali pun dia tak akan lepaskan Raini Clarissa.

"Umi sayang anak umi." Kata umi sebelum wajah anak lelakinya dikucup lembut.

"Rayyan sayang umi." Kata Rayyan sebaris tetapi seribu makna.

"Umi pergi dulu, ya? Ikhlaskan umi, kakak kamu. Assalamualaikum, Tengku Rayyan. Umi sayang Rayyan."

Usai berkata, perlahan lahan, tubuhnya hilang disebalik cahaya. Untuk kali terakhir, Rayyan memeluk erat tubuh umi.

"Allah sentiasa bersama kita." Kata terakhir umi sebelum Rayyan jatuh terduduk. Air mata Rayyan mengalir lesu. Dadanya berasa sebak.

"Hanya kepadaMu aku berharap, Ya Allah."

"AYAH? Ibu?" Serak suara itu. Hampir tak terdengar. Lutut dan kedua belah tangannya bergetar hebat. Nafas sudah tak teratur.

"Tak. Tak mungkin." Air matanya mengalir perlahan. Dia jatuh melutut. Tangannya naik menekup mulut sendiri.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now