BAB 33

190 10 0
                                    

Ubun ubun mama yang berpeluh aku usap. Aku mencangkung disisi katil mama dan aku menepuk perlahan bahu mama.

"Rai.. Jangan tinggalkan mama.." Mama berkata dengan air mata mengalir. Aku menghela nafas dan air mata mama aku usap. Aku tersenyum pahit sebelum aku cuba mengejutkan mama dari 'mimpi ngeri' nya.

"Mama.. Rai kat sini. Rai ada kat sini, mama." Aku berkata dan mata mama terbuka. Aku senyum manis pada mama sebelum wajah aku tenggelam dalam pelukan mama.

"Rai, mama mimpi Rai pergi tinggalkan mama.. Mama mimpi Rai bawa anak mama dan anak Rai pergi dari mama.." Mama berkata dengan tersedu sedu. Aku mengusap lembut belakang mama. Sisi wajah mama aku cium lembut. Entah mengapa, aku dapat rasakan 'ibu' sedang memerhatikan aku.

"Tak, mama. Rai tak tinggal mama, pun. Rai ada kat sini lah.." Aku memujuk mama. Tangan aku tak berhenti mengusap belakang mama. Aku dapat rasakan telekung aku basah kerana air mata mama yang tak berhenti mengalir.

Mama meleraikan pelukan dan dia mengucup dahi aku. Aku tersenyum kepada mama. Aku menahan air mata aku dari mengalir.

"Rai jangan tinggalkan mama, tau? Apa pun terjadi, jangan tinggalkan mama.." Mama berkata dengan teresak esak dihadapanku. Aku tersenyum manis pada mama. Rasa sebak menghampiri aku.

"Rai tak boleh janji, mama.. Tapi, jika suatu hari nanti Rai pergi, mama kena ingat yang Rai selalu dalam hati mama. Rai selalu ada disisi mama. Rai akan pantau mama dari jauh. Macam papa?" Aku berkata dan akhirnya air mata aku tumpah. Aku bangun dan aku melabuhkan punggung disisi mama.

"Ini lah sumpahku.." Aku melentokkan kepala aku dibahu mama dan aku menepuk perlahan bahu mama. Mama memegang tangan aku yang memeluk lehernya.

"Dengarlah dunia.." Aku mula menyanyikan lagu ' Sumpah dan cinta matiku ' untuk mama. Air mata mama yang mengalir aku usap lembut. Papa, Raini juga berjanji untuk menjaga isteri papa sehingga nyawa Raini ditarik.

"Cinta kan selalu abadi.. Walau takdir tak pasti."  Walau takdir memisahkan aku dan mama, cinta dan kasih sayang aku pada mama tetap abadi. Sampai mati.

"Mama selalu dihati.. Cinta matiku.." Aku akan menganggap mama seperti ibu kandung aku sendiri. Aku akan ada dimana sahaja mama jatuh. Aku akan melindungi mama seperti apa yang papa perintahkan kepadaku. Papa, serahkan amanah papa pada Raini. Raini akan menjaga amanah papa seperti cinta mati Raini. Dan Raini akan mencintai mama sebanyak papa mencintai bidadari syurga papa.

"Mama, izinkan Rai menjaga mama, ya? Izinkan Rai jadi pelindung mama. Izinkan Rai menyayangi mama.." Aku berkata dan wajah mama aku kucup lembut. Bunyi azan subuh mengejutkan kami. Aku angkat kepala dari bahu mama dan aku mencapai tangan mama.

"Maafkan Rai kalau Rai ada salah dengan mama, ya. Mama. Rasa sayang Rai pada mama dan papa tak ubah dan tak lebih seperti Rai mencintai Allah. Rai minta sangat dengan mama tolong jangan sia siakan cinta Rai kepada mama. Kerana, Rai takut jika rasa sayang ini tak sama seperti sekarang." Aku berucap panjang dari hati ke hati pada mama. Aku sangat memahami perasaan mama ketika ini. Dan aku tahu peritnya rasa kehilangan.Jadi, aku disini untuk meningkat semangat walaupun aku tak pernah merasai.

Tiba-tiba, pintu bilik diketuk dan dibuka. Aku dan mama menoleh kepala kearah pintu. Wajah Rayyan muncul dan dia tersenyum manis pada kami.

"Sayang, mama. Jom solat subuh." Rayyan berkata dan dia tersenyum nakal padaku. Aku menunduk dan wajah mama aku pandang.

"Jom, mama." Aku berkata dan menghulurkan tangan pada mama. Aku dan mama sama sama bangun dan kami berjalan kearah pintu.

Saat kami ingin melentasi pintu, tiba tiba tangan aku ditarik. Aku dan mama menoleh serentak. Aku mengangkat kening kearah Rayyan dan dia memandang mama.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now