BAB 7

255 18 0
                                    

Kepalaku berasa berdenyut denyut. Sakit. Saat aku membuka mata, benda pertama yang menjadi tatapan pertama aku ialah cahaya lampu.

"E-eugh.."

"Raini, kau dah sedar?" Suara Tiana kedengaran seperti panik. Aku cuba membuka mata yang terasa berat.

"Aku kat mana ni?" Soal ku dengan nada lemah.Peti suaraku terasa pedih apabila aku berkata. Penglihatan aku semakin jelas kini.

"Kau dekat hospital,Raini.Rayyan yang call aku suruh datang sini.Apa dah jadi,ni Raini?" Soal Tiana dengan nada yang risau.

Mata Raini tiba tiba membulat kerana teringat akan peristiwa itu.Ayah..

"T-tak..tak..It's all a dream! Yes, just dream! Ayah takkan buat macam tu! tak.." Aku berkata dan menenangkan diri yang sedang gelisah kini. Air mata mengalir dipipi. Tidak percaya yang ayahnya sanggup buat semua itu.

"Calm down,Raini. Cerita kat aku. What happend?"
Soal Tiana dengan nada yang risau lagi. Tangannya naik memegang tangan aku yang bergetar hebat.

"Assalamualaikum." Tiba tiba ada suara garau mencelah perbualan mereka. Aku terbeku seketika.

"Waalaikumussalam.." Jawab Tiana. Dia menoleh kearah pintu.

Rayyan.

"Rai." Kata Rayyan sepatah. Matanya merenung mataku lembut. Rambutnya kelihatan tidak terurus.

Tiana memegang tangan Raini sekali lagi sebelum melangkah keluar.Rayyan menggantikan posisi Tiana setelah Tiana melepasi pintu.

"Rai, saya betul betul nak jaga awak. Saya bukan sahaja suka awak,Rai. Saya sayangkan awak. tolong sudi jadi peneman hidup saya. Saya tak boleh tengok awak tersiksa macam ni." Pinta Rayyan dengan wajah yang sayu.Ditekankan semua ayat yang keluar dari mulutnya.

"Rayyan, Rayyan, No. Tolong, jangan sekarang." Aku meminta sayu. Aku memandang wajahnya yang merenung lembut anak mataku. 

"Biarkan saya tenangkan diri saya dulu. Sudah,lah Rayyan. Lepas satu, satu masalah yang saya lalui. Minta sangat jangan tambah masalah saya." Aku berkata, serta meluahkan perasaan yang aku rasa ketika ini. Air mata sudah bergenang di mata.

Rayyan seperti terkedu. Dia mengangguk perlahan sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

Kotak baldu merah.

"Untuk awak." Kata Rayyan sebaris serta meletakkan kotak itu diatas meja disisi katil.

"Up to you. You want to throw it away or what, but I'll still wait for you. Janji saya." Katanya sebelum dia melangkah keluar. Dalam hati, penuh maki hamun diri sendiri. Dia tak patut cakap sekarang!

Aku tergamam. Untuk.. Aku? Aku mencapai kotak baldu merah itu dan aku buka.

Cincin. Apa maksudnya,ya?


"WHAT?!" Jerit Tania terkedu bila dengar cerita aku yang agak tak masuk akal itu.

"Ish! dengar lah dulu! " Geram pulak dia dengan Tiana ni.Suka menyampuk! Aku mencapai kotak baldu itu didalam laci dan aku beri kepada Tiana. Tiana angkat kening sebelah. Tak mengerti.

"Semalam, Rayyan bagi aku ni. Dan.. Entah. Dia cakap dia akan tunggu. Tapi, aku tak pasti.." Kata aku dengan muka yang keliru. Pengenalan mereka belum sampai berapa bulan, tetapi Rayyan terlebih dahulu membuat keputusan begini.

Persoalannya, betulkah Rayyan cintakan aku? Atau.. Dia membuat semua ini hanya kerana nafsu?

"Kau dah buat solat istikharah?" Soal Tiana dengan wajah yang sedang menanti jawapan Raini.Solat Sunat Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan.

Terdiam Raini mendengar soalan sahabatnya itu. Dia belum meminta pertolongan dari Tuhan..

"B-belum.." Jawab Raini sayu. Terima kasih kepada Tiana,dia membuatku tersedar yang aku belum minta pertolongan yang Maha Esa.

"Then,do it.Insya Allah,Allah dengar doa kau,Allah dengar keluhan kau,Raini. Kau pernah tak doa begini, 'Kenapa Allah takdirkan aku begini? Kenapa Allah bagi aku ujian macam ni?' Pernah tak?" Tiana membuka topik baru. Wajahnya dihias dengan senyuman.

"P-pernah.." Ya,dia pernah persoalkan takdir. Kenapa Allah takdirkan aku sehingga begini sekali? Kadang, tertanya. Di manakah dosa yang aku lakukan?

"Kau nak tau tak kenapa? Sebab Allah sayang kau,Raini.Allah bagi kau ujian tu hanya sebab Allah nak dengar doa kau.Allah nak dengar kau mengadu dengan dia.Allah nak kau dekat lagi dengan dia. Tolong. Tolong,ya Raini. Jangan pernah sangka buruk dengan Allah. Allah bagi ujian dekat kita bukan saja saja, ya? Ingat tu. Kadang,aku pernah doa jugak macam ni 'Ya Allah, kau kuatkan lah aku menempuhi semua ujian mu.' Tapi kan, apa yang aku dapat ialah ujian yang berturut turut. Lepas satu, satu. Kau nak tau kenapa?" Tiana memandang wajah Raini dengan senyuman manisnya.

"Kenapa?"

"Sebenarnyakan , Allah dah balas dah pun doa tu. Kita saja yang tak perasan. Allah balas dengan bagi banyak ujian macam tu , untuk nak bagi kita kuat,juga. Allah nak kita jadi kuat untuk ujian yang lebih besar . Sebab itu, kita janganlah sesekali bersangka buruk dengan Allah." Jelas Tiana menasihati sahabatnya itu. Dia bukanlah seorang yang alim atau orang yang kuat agama, tapi dia tahu serba sikit tentang Al-Quran,Hadith semua itu. Apa ilmu yang dia baru dapat, dia akan usaha untuk sebarkan.

"Kalau Allah tu baik,Kenapa aku tak dapat nak rasakan bahagia itu walaupun sekejap? Kenapa aku selalu badluck dalam semua benda?" Mengalir air mata aku melontarkan soalan itu. Jahilkah aku bertanya seperti itu?

"No, Raini.I know you deserve better. Percayalah aku.Kalau kau tak bahagia didunia, insya-Allah kau bahagia di sana,Raini.Kau kena bersyukur,tau. Sebab tak semua orang sekuat kau. Tak semua orang boleh teruskan hidup. Kau kuat,Raini. Walaupun kau tak ada mak ayah untuk support kau, tapi kau ada aku, kau ada aku yang boleh dengar semua keluhan kau,Raini. Aku anggap kau macam adik aku dah. Aku nak kita masuk syurga sama sama. Tolong,ya? Aku sayang kau. Kau kena kuat, okay? Aku ada. Allah ada. Ingat tu." Sebak Tiana mengucapkan ayat itu kepada Raini. Dia sayang Raini macam darah daging sendiri. 

Raini memeluk sahabatnya itu erat. Melapaskan beban di bahu Tiana untuk seketika. Dia sudah anggap Tiana sebagai rumah keduanya. Tak tahulah bagaimana hidupnya jika Tiana tak ada disisinya. Aku bersyukur,Ya Allah. Kau hadirkan sahabat yang tak pernah lelah denganku.Tak pernah jemu untuk menasihatiku. Kau Maafkanlah, Kau ampunkanlah semua dosa dosa Nur Tiana,Ya Allah.Kau berikanlah dia hidayahMu.

"Tiana,kau nak tau? Nanti, bila kita dua dapat masuk syurga, aku nak kau masuk dulu.Kalau aku masuk syurga dulu,aku tak nak masuk lagi. Aku akan tunggu kau. Aku nak kau masuk dulu,Tiana. Sebab kau lah satu satunya sahabat aku kat dunia ni. Aku dah tak ada sesiapa,Tiana." Sebak aku berkata untuk sahabatnya itu.Dia sudah tiada sesiapa didunia ini, kecuali Tiana. Tiana tempat dia mengadu,tempat dia bersandar.

"Let's make a Pinky promise!" Kata Tiana dengan riang. Diangkat jari kelingkinya kearah Raini.

Jari kelingki Tiana disambut oleh Raini.

"Kita kena jadi sahabat sampai kita masuk syurga sama sama. Kita kena jadi sahabat dunia akhirat! Kalau masing masing dah ada hala tujuan,itu tak akan jadi alasan untuk tidak berjumpa.Janji, Tau?" Ujar Tiana dengan air mata bergenang. Dihadiahkan senyuman manisnya kepada Raini. Raini,satu satunya sahabat yang baik dia pernah ada.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now