BAB 29

168 11 0
                                    

Aku bangun dari pembaringan aku. Aku melihat sekeliling. Aku diterangi dengan cahaya putih dituangan ini. Aku mengerdipkan mataku. Aku angkat punggung dari kedudukan aku. Aku cuba berjalan kehadapan yang kosong ruangannya.

Tiba tiba, aku mendengar suara yang perlahan memanggil namaku. Aku cuba memalingkan tubuhku kebelakang dan aku melihat bayang bayang seperti dua orang wanita.

Aku mengecilkan mataku kearah itu. Apabila penglihatan aku kian jelas, lutut aku berasa lemah. Rasa sebak menghantui diriku.

Aku berjalan kearah mereka. Aku memegang erat kain aku. Aku menahan air mata daripada keluar. Tiba tiba, aku dapat rasakan kain aku ditarik dari belakang. Aku memandang kearah itu dan aku menunduk kebawah.

Ada seorang bayi lelaki yang sedang bermain dengan kain aku. Aku memandang kearah bayang bayang tadi yang seperti berjalan kearah aku.

"M-Mama.." Bayi itu memanggil aku dengan suara yang lembut. Air mata aku menitis. Aku terduduk lemah dihadapan bayi yang sedang terduduk itu.

Matanya bulat. Pipinya gebu seperti tepung. Bulu matanya lentik. Puting dimulutnya dihisab. Dia memegang wajah aku.

"M-mwa ma? Whyw awr ywu cryw?" Tanya bayi itu kepada aku. Aku dapat rasakan kehadiran mereka dibelakang aku. Aku mengusap lembut wajah bayi itu.

"Rai.." Suara yang sangat aku rindui memanggil aku dari belakang. Dia bertinggung dihadapan aku.  Dia mengusap lembut air mata aku yang menitis.

"Raini.." Suara seorang lagi wanita yang aku sangat rindui memanggil aku lembut dari belakang. Dia duduk di sisi aku. Aku melihat wajah yang suci itu.

"T-Tiana.. Ibu.." Aku memandang wajah kedua dua insan yang sangat aku sayangi yang kini aku kehilangan mereka untuk selamanya.

Tiana dan ibu memeluk aku erat. Erat. Sangat erat dan hangat. Aku tak mahu akhiri pelukan ini. Aku sangat merindui mereka..

"Tiana? Kau ada lagi,kan? Kau tak pergi tinggalkan aku,kan?" Aku bertanya dengan wajah yang dibasahi air mata. Tiana mengusap lembut air mata aku dan dia menggeleng perlahan.

"Aku dah tak ada, Raini.. Aku minta maaf. Aku terpaksa tinggalkan kau didunia yang kejam itu.." Tiana berkata sambil tersenyum pahit. Air mataku mengalir dengan lebat apabila mengenang bahawa sahabat satu satunya aku ada didunia telah pergi meninggalkan aku sendirian.

Bayi yang sedang duduk itu tiba tiba merangkak kearah aku. Aku mengusap lembut rambut lembutnya dan aku mengangkat dia duduk diatas ribaku. Ibu sedang memeluk aku dari sisi.

"Aku minta maaf rahsiakan ini dari kau, Raini.. Aku tak nak tengok kau sedih, Raini.. Aku rahsiakan semua ini dari semua orang kecuali suami kau dan Iskandar.. Sumpah, aku yang paksa dia orang untuk tak bagitahu benda ni pada kau." Tiana berkata dengan sebak dihadapan aku. Tangan aku dicapai dan dia mengusap perlahan.Tangan ini, tangan yang aku guna untuk menampar suami aku sendiri.

"Raini, tolong jangan benci suami kau.. Jangan layan Rayyan macam tu,Raini. Dia tak salah apa apa.. Aku yang paksa dia. Aku minta maaf." Air matanya terkena ditangan aku. Aku menggenggam tangannya. Meminta sedikit kekuatan daripada nya.

"Aku tak benci dia.. Aku kecewa dengan dia. Aku tak suka orang rahsiakan sesuatu yang penting dari Aku. Aku ni tak penting, ke bagi dia?" Aku bertanya dengan teresak esak. Aku menunduk kebawah. Terlalu kecewa sehingga aku menampar suami aku. Kejam kah aku?

"Rai, Rayyan tu sayang sangat dengan Rai. Ibu pernah sekali masuk dalam mimpi dia.. Dia cakap dia sayang Rai lebih dari semua benda.. Dia sanggup bela Rai daripada mama dia. Ibu nampak keikhlasan dalam mata Rayyan, Rai.." Ibu berbisik lembut padaku. Air mata aku menitis diatas kepala bayi di diatas pehaku. Bayi itu aku meletakkan dibawah dan aku berdiri mengejut.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now