BAB 39

147 7 2
                                    

"Bodoh!" Tumbukan hebat itu dituju kepada abangnya. Amarah nya makin menjadi jadi apabila mengingati cerita yang diceritakan oleh abangnya itu. Lagi marah dia apabila dapat tahu yang isterinya disentuh lagi oleh lelaki lain.

"Asal kau sentuh isteri aku, sial?! Kau tau tak dia tu dah ada suami? Dan suami dia tu adik kau sendiri, bodoh!" Tengking Rayyan kepada Rafiq yang terduduk di hadapannya.

"Sudah, tu! Sudah! Mama yang suruh Rafiq angkat Raini! Nadi dia dah lemah sangat masa tu!" Mama mula menyampuk dan tubuh Rayyan dijauhkan dari abangnya. Rambut Rayyan tidak terurus dan mukanya merah menahan amarah. Wajah mama disisi dia pandang.

"Mama? Sampai hati mama,kan? Itu isteri Ayyan, mama!" Kata Rayyan sedikit kuat. Dia agak kecewa apabila mamanya sendiri pun tidak kisah apabila isterinya di sentuh lelaki lain. Dia juga ada perasaan!

"Dan sampai hati kau tolak Clarissa, kan? Kau kenapa, Rayyan? Ni bukan kau, lah! Asal kau buat dia macam tu! Kita orang misscall kau banyak kali tapi tak dapat! Kau expect kitorang akan tunggu kau?! Entah nanti bini kau tu mati dulu! Ada suami tak berguna!" Jerkah Rafiq kepada abangnya kuat. Bergema satu rumah kerana jeritan itu. Rayyan memandang kearah abangnya yang sudah berdiri dihadapannya dengan pandangan tajam.

"Kau jangan sibuk dengan rumah tangga aku, boleh tak?! Aku tahu lah nak buat macam mana!" Jerkah Rayyan kembali pada abangnya. Mama disebelah sudah memicit kepala. Aduhai, boleh mati katak aku kat sini!

"Tengku Rayyan! Tengku Muhammad Rafiq! Sudah lah! Korang bergaduh terpancut darah pun apa pun tak ubah! Rayyan, kawal sikit emosi tu! Mama suruh Rafiq angkat Raini sebab memang nadi dia hampir tak berdenyut, Rayyan. Rafiq, jangan lah bertengking dekat adik kamu! Cuba terangkan baik baik! Hadoi, kalau macam ni lah hari hari, mati mama tau tak?!" Mama berkata sambil bercekak pinggang. Wajah dua orang anaknya yanh tertunduk dipandang tajam. Dia menarik nafas dan dia hembus.

"Ayyan, kenapa buat macam tu dekat Raini? Kenapa berkasar dengan dia?" Tanya mama dengan lembut. Dia melabuhkan punggung diatas sofa sambil menatap wajah anak anaknya.

"A-Ayyan tak boleh kawal emosi, mama.. Ayyan tak suka kalau ada orang lain sentuh isteri Ayyan. Ayyan pergi tolak dia dan Ayyan pergi tinggalkan dia seorang. Ayyan mengaku, Ayyan tak boleh kawal emosi Ayyan masa tu, mama. Ayyan minta maaf." Rayyan berkata sambil tertunduk. Air mata dia tahan daripada mengalir. Dia mencengkam kedua belah tangannya kuat. Geram dengan diri sendiri dan keadaan.

"Ayyan tak boleh macam tu. Mama ni dah tua, Ayyan. Tak selamanya mama boleh tegur kamu macam ni. Raini tu orangnya lembut, Rayyan. Jangan sampai dia pergi baru kamu menyesal." Kata mama memujuk. Rafiq disebelah hanya mengeluh perlahan. Dia memandang sisi wajah adiknya yang murung.

" Aku minta maaf. " Kata Rafiq secara tiba tiba. Tangan dia hulurkan kepada Rayyan untuk meminta maaf. Rayyan memandang tangan itu sebelum dia menyambutnya.

" Aku minta maaf sentuh isteri kau tanpa kebenaran kau. Aku minta maaf. " Kata Rafiq dengan lembut pada adiknya. Rayyan mengangguk dan tangan Rafiq dia goncangkan sedikit.

"Kalau bukan sebab kau, mungkin isteri aku tak dapat diselamatkan. Terima kasih." Kata Rayyan dan Rafiq terus memeluk adiknya. Belakang tubuh Rayyan dia usap.

"Ha, macam tu, lah! Tak ada lah serabut kepala aku ni!" Mama berkata dan mereka tertawa kecil. Namun, ada sesuatu perkara yang Rayyan harus tempuhi. Mampukah dia bertahan dengan semua ini? Ya Allah, aku mohon kuatkan aku, Ya Allah. Kuatkan Isteriku.

Siling dinding aku pandang kosong. Fikiran aku kosong ketika ini. Aku mengecutkan kaki didalam selimut kerana sejuk akibat penghawa dingin di hospital ini.

Tiba-tiba, fikiran aku melayang tentang Tiana. Memori aku dengan dia mula bermain di minda. Air mata aku bertakung apabila bayangan wajah Tiana yang tersenyum ceria terpapar di minda aku.

Bidadari Syurgaku . ( C )Where stories live. Discover now